Klik sini..

Monday, December 22, 2008

Rezeki Tuhan..

Bismilahirrahmannirrahim..

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berpeluang untuk mencoretkan blog kali ini sejak post yang terakhir.. Lepas nie entah bile la aku dapat meluangkan masa menulis blog..Lagi2 buat pelajar U seperti aku, masa untuk 'menyibukkan diri' akan bermula tak lama lagi! Waktu kuliah yg packed, ujian, pembentangan dan asigment..hehe..Hmm, untuk bulan Disember nie, aku harap aku dapat memanfaatkan cuti aku sebaik2nya di samping menambah sebanyak mungkin post di blog ini..(mne lagi kan??)..Tekadku cuti sem ini..InsyaAllah..

Mungkin ada yg tau bahawa sekarang musim keputusan exam keluar termasuk U tempat aku belajar..hehe..(Uitmm Di Hatiku..muahaha)..Aku yang sibuk disebabkan dek waktu keje yg 'sesak' yakni pulang lewat ke rumah tidak memungkinkan aku untuk menyemak keputusanku secara online..18hb, tarikh keramat bagi warga Uitm..

Ain Karim : Salam, Ko dah semak result lom?
Aku : Lom ag..sok kot..x sempat..huhu..


Pada 20hb Dis 08, disebabkan waktu keje ku bermula pukul 12pm, so aku memasang niat untuk melihat resultku.. Segala perasaan bercampur baur..huhu..Hanya zikir yang mampu aku lakukan selain menyerahkan segalanya kepada Allah Taala..Lantas, aku mengambil keputusan untuk solat Dhuha dulu suPaya ALLAH menurunkan rezeki yg melimpah ruah kepadaku & keluarga..Doaku mudah-mudahan agar aku berjaya dengan cemerlang..Ini ku kira sebagai ihtiarku yang terakhir..

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMu, cahayanya cahayaMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezekiku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah, dan jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ia jauh maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah; dengan kebesaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu. Berilah padaku sebagaimana Engkau berikan pada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Alhamdulilah, walaupun x sehebat seperti genius2 yg lain, aku bersyukur dgn result yg telah ditakdirkan buatku..Mungkin ini yang terbaik buatku..Sem depan, akan ku usahakan lagi agar lebih berjaya dari sebelumnya..InsyAllah.. Bagi rakan2 yg berjaya, tahniah aku ucapkan.. Bagi yg sebaliknya, gandakan usaha dan tawakal kepada Allah..Mudah-mudahan Allah memakbulkan usaha+doa kita.. Allah menilai dari usaha yang kita laksanakan..

Wasalam..

Taman Soga, Batu Pahat
Ahad, 20 Dis 2008

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin