Mungkin kali ini, post aku agak berat kerna ia berkaitan dgn perkongsian ilmiah sesuai dgn tahap aku skrg(bergelar seorang siswi - apekah??) Hmm, pada hari Sabtu yg lepas (21/2/09) kitorang dikehendaki menghadirkan diri bersempena;
Tempat : Auditorium Level 4 KBM
Tarikh : 21/2/09
Tajuk : Bual Bicara bersempena Ulang Tahun Pengishtiharaan Tarikh Keramat hari
Kemerdekaan Tanah Melayu
Majlis bermula pd pukul 9 pagi dan tamat pd 1.30tgh hari. Tak rugi aku datang majlis bermakna ni sebab kitorang diberikan pendedahan tentang erti kemerdekaan oleh 3 orang tokoh2 terkenal Malaysia.
- Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz bin Tapa
- Tan Sri Prof. Emeritus Khoo Kay Kim
- Professor Dato Malik Munip
Selain itu, majlis rasmi ini bertujuan utk mengingati tarikh pengishtiharaan Hari Kemerdekaan iaitu 20 Feb 1956 di Dataran Pahlawan, Melaka. Secara jujurnya, memang aku langsung terlupa tentang tarikh penting nie.. Secara kebetulan, aku berada di bumi Melaka Bandar Bersejarah ni..ahaksss.. Bertuahnya!
Tak ruginya rasanya aku 'meminjamkan' telinga mendengar apa yg diperkatakan. hehe.. Memang best! Mendengar perkongsian berbentuk ilmiah ini.. sekali sekala apa salahnya. Membuka minda dan hati. tak la selalu hiburan jek..bosan plak..
Intipati yg aku dpt drpd program ni :
- Generasi baru usah lupa mengingati jasa kerajaan semenjak kita lahir hingga dewasa terutamanya kpd org2 Melayu.
- Ingatilah perjuangan tokoh2 silam. Tanpa mereka, kemerdekaan tak akan wujud.
- Jangan jadi pengkhianat bangsa.
- Pemikiran generasi baru khususnya Bumiputera seharusnya berfikiran selangkah ke hadapan.
- Ambil tahu dgn situasi hari ni.
Bagi aku, tak de salahnya kita ambik peduli dgn situasi yg berlaku pada hari ni. Aku bukan nak berkata ttg isu politik, tapi aku terpanggil menulis disebabkan remaja di luar sana yg kurang ambik tau pasal isu semasa. Jikalau isu dunia berkisar ttg isu palestin di Gaza dan kemelesetan ekonomi dunia, di Malaysia pun same hebatnye. Isu di Perak dan politik amat membimbangkan.
Mungkinkah peristiwa hitam bakal kembali??
Mudah-mudahan, apa yg aku bimbangkan tak akn menjadi kenyataan.
2 comments:
allaaaa... aku tak g ar jan. aku rugi
x per.. next year ader kot..
hehehe..
Post a Comment