Klik sini..

Tuesday, March 31, 2009

Ingatan Buat Diri

Segera aku teringat tentang hadis ini ketika aku sedang sibuk memikirkan masalah yg membelenggu diri ini.. Saat terasa 'down' dgn segala musibah..

ALLAH SWT berfirman,

“ Kamu membuat perancangan, dan ALLAH juga membuat perancangan, dan ALLAHlah sebaik- baik perancang”

Aku menjangkakan sepanjang 2 minggu sebelum kedatangan 'Study Week' pelbagai rancangan telah diatur. Segala pembentangan, test dan quiz perlu segera disiapkan secepat mungkin. Tambahan pula, semester ini amat la singkat tempoh pembelajarannya dgn jadual yg agak padat.

Namun, segala-galanya menjadi tidak menentu dan tidak mengikut plan. Sesungguhnya, Allah jualah sebaik-baik perancang. Aku mula menjadi stress yg terlampau. Maka, mulalah diri ini menjadi sedikit tak betul, bkn gila tp perangai y semakin 'gila-gila' bg menghilangkan stress.

Aku gagal dlm membahagikan masa. Keputusanku bagi sem ini juga agak merudum.Masalah bermula ahli kumpulan yg tidak memberikan sepenuh komitmen. Kitorang sekali lagi terpaksa 'stay up' bg menyiapkan presentation. Kemudian, dgn ketetapan waktu. Kami terlewat sampai sewaktu pembentangan MArketing tadi.. Mujur, group kedua. Sekali lagi, ujian dariNya. Slide kami bermasalah. Segala usaha menjadi seakan-akan sia-sia. Huhuhu.. Mata yg tidak tidur semalaman terpaksa dikorbankan demi kelas berlangsung.

Masalah ahli rumah pula melanda. Bosan dn situasi ni. Aku tidak tahu sampai bila ia akan berakhir. Sesungguhnya, manusia sering melakukan kesilapan. Tension pula kerana final exam akan tiba tak lama lagi. Aku berfikir lagi..

"Mengapa berlaku perkara sedemikian?"

Tapi, akhirnya aku sedar setelah melihat blog saudara Hilal Asyraf. Dia juga mengalami masalah yg serupa. Ringkasnya, ini adalah teguran daripada Allah s.w.t. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku kembali kepadaNya. Menjadi manusia yg lebih baik. Selama ini aku berada di 'comfort zone' agaknya. Syukur alhamdulilah.. Pandangan aku terhadap musibah menjadi semakin meluas. Kini, aku lebih memandang ke hadapan.

"Semoga Allah memberikan segala kemudahan dlm urusanku"


Salam semua..

p/s: Aku memerlukan motivasi kalian sbgai pembangkit semangatku..tq



1 comment:

Izan said...

gud luck!!! jgn stress....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin