Klik sini..

Thursday, November 11, 2010

"Kerana Diriku Begitu Berharga"



Perkara ni bermain-main kat fikiran aku selama beberapa hari.


Aku kira aku sangat bertuah 
kerana diberi peluang dan masih bernafas lagi harini..



Beberapa hari yang lepas, aku berjalan kaki menuju ke rumah berdekatan Jonker Walk bersama housemates. Dengan keletihan dan mengantuk yang amat sangat -__- dengan semangatnyer la berjalan laju-laju sebab kelibat rumah sewaku sudah kelihatan. 


Vroom.. vroom...


Tetiba dengar pulak bunyi engin motor datang dari belakang. Aku ingat macam biasa la kenderaan lalu lalang. Sekali tetiba entah hamba Allah mana lalu sebelah aku (x sampai berapa cm kot!) sampai tertiup tudung dan cardigan aku dengan kelajuan moto tersebut..  Ya Allah, kalau aku tertarik sekali dengan moto tu macam mana?? Diorang ingat nak acah-acah buat macam tu SYOKKK ke?? Aku tak nak jadi macam mangsa ragut yang terheret sekali dgn moto yang sedang bergerak.. Grrrr ~ 


Perkara ni dah terjadi kat aku 2-4 kali kot.  Macam (*^&%#  sepanjang aku hidup ni, ni lah yang buat aku menyampah. Mentaliti orang yang tak reti nak hormat orang lain. Nasib baik hidup lagi aku. Fobia betol. 



Nasihat aku, berhati-hati untuk pejalan kaki. Waspada dengan sekeliling ^^ Buat pemandu dan penunggang motor, tunggang secara berhemah bukan membahayakan diri dan orang lain.




p/s:   Ngeri tengok berita kemalangan yang tak abis-abis!



2 comments:

Kambenggurun said...

aku rasa die minat cardigan kokot tale. hehehehe

Azuan said...

berhati-hati di jalan raya..hihi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin