Klik sini..

Thursday, January 15, 2009

Memikul Tanggungjawab


Dgn Nama Allah, Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang


Baru sahaja berlangsungnya taklimat kolej malam tadi bertempat di parking kereta bersebelahan bangunan blok B.. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Masih ingat x aku ade bercerita ttg angin kencang di kolej ku?? Kami mendengar taklimat sambil bertemankan angin kencang waktu malam.. Sejuk gle! Nasib baik aku membawa sweater kesayanganku yg memanaskan.. hehe..

Taklimat bermula seawal 8 mlm hnggalah pukul 10 mlm.. Kesian kat diorg.. ader yg belum makan lagi.. Tambahan pula, aku pun masih kepenatan bru je pulang dr aktiviti ko-kurikulum iaitu ”kawad” huhu..penat2.. Komitmen habis nie..Turun je la.. Dgn mata yg mula mengantuk terpakasa meminjamkan telinga sambil mendgr ucapan tetamu kehormat..

Anyway, penghujung taklimat perjumpaan kolej berakhir dgn pengenalan anggota Jawatankuasa Pelajar Kolej (JPK) sem baru dan perlantikan Ketua Anjung dan Ketua Rumah.. Hmm, aku tidak terkecuali.. Alhamdulilah, aku diamanahkan memegang 3 jawatan sekaligus pada semester yg ini.. Layak ke aku ni?? Bagaimana la study aku nanti??Hmm, terasa beban yg dipikul memberatkan otak ku skrg..

Bukan apa, takut tidak layak dan tidak mampu memikul satu tanggungjawab yg diamanahkan..Ini adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakan2 kepada aku dan amanah yang harus dibawa kehadapan Allah kelak. Bukannya kemegahan dan kebanggaan yg dicanang apabila memiliki sebuah jawatan, jawatan hanya wasilah dan jawatan ini juga akan ditanya di akhirat kelak.

Namun aku juga bukan sempurna. Moga ada yg sudi memperbetulkan kesilapanku. Apabila mengakui diri sebagai hamba Allah yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi yang sementara ini, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Semoga Allah memudahkan kehidupan seharian kita kelak dan membuka jalan seluas-luasnya bagi pintu2 rezeki-Nya. Insyaallah..^_^


Seorang lelaki berkata kepada Saidina Umar, yang ketika itu adalah seorang Khalifah umat Islam, kata beliau, “ Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau dengan mata pedang aku ini”. Lalu Saidina Umar menjawab “Alhamdullillah, kerana ada orang yang sudi memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya”..



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin