Klik sini..

Saturday, February 21, 2009

Harga Sebuah Kebebasan - Aku di Penjara??


Seperti yg dijanjikan pada post aku minggu lepas (13/2/09 hari Jumaat)aku akan menceritakan pengalaman aku selama 2 hari di Sedili Damai Resort, Kota Tinggi, Johor. Untuk makluman, aku bukan di mana2 penjara, tapi hanya sekadar merasai pengalaman menjadi seorang banduan. Bagaiman jika korang di tempat banduan?? Kebebasan korang dirampas buat beberapa tahun?? tanpa sebarang perhubungan luar dan hidup tanpa bebas. Tentu x nak bukan?? Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri! "


Sabtu 12 Feb 2009

Kami bertolak pada pukul 7 pagi selepas solat Subuh dari Melaka dgn 3 buah bus.. Pelbagai perasaan bercampur baur tatkala bas melangkah pergi.. huhuhu.. Cuak woo.. dgr mcm2.. Perjalanan menganbil masa selama beberapa jam. Kitorang tiba kira2 pukul 12. Memang tempatnye x seperti yg aku bygkan tapi redha je la..

Sampai jer, bermakna kami di bawah tanggungjawab pegawai2 penjara atau warden Penjara Johor Bharu.. So, faham2 je la..kami dilayan seperti banduan. Jeritan warden terhadap kami yg masih blurr lagi mula kedengaran..huhu..mcm nak blk.. Banduan yg tidak diberi sebarang hak. Kami diarahkan hanya membawa barang keperluan tanpa sebarang beg atau beg plastik.. So, pandai2 la nak bwk brg gi bilik cell.

Setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan, kitorang kne ambil gambo beserta nombor masing2.. haha.. sebelum tu kne mencangkung dulu, dgn baju T-shirt putih yg disediakan tertera no. badan masing2.. lenguh gle kaki dgn tangan diatas kepala..ish2...

No badan aku : 067-09

Oh ya, paling tidak dilupakan, makanan. Sebut pasal makanan, korang pasti akan berasa bersyukur gle.. Kami diberikan makanan stail penjara yg "amat menyelerakan" huhu.. Meaning, tawar la..air teh pun sekadar warna jer.. Memang haru.. Cian kat banduan2 tue.. Tp mmg patut pun.. Itupun, tak serik2 nak wat kesalahan lagi.. Ish2.. Menghabiskan dwet kerajaan je nak support diorang nie.. betul tak??

Pengisian kami pada hari tersebut adalah ceramah keagamaan dan berkaitan perundangan seperti kes mahkamah, seksyen dan jenis2 hukuman. First time dpt tgk video org kne sebat!! Insaf..insaf...Itu baru je hukuman di dunia, blom lagi di Akhirat.. Nauzubillah..


Ahad 15 Feb 2009

Kami dikejutkan awal2 pagi dgn bunyi siren oleh Warden.. Memang agak blurr pagi2 bute sbb x der jam tangan dan handphone.. Aiseh..susah btul.. Kitorang dibawa ke tepi pantai berdekatan resort.. Best.. tp plg x best kne denda jalan itik.. Lenguh kaki beb! huhu.. Then, lepas sarapan, aktiviti yg menyeronokkan plak.. Cam biase, aktiviti dlm kumpulan. Best sebab barulah mase ni kitorang dpt tgk perangai sebenar warden atau kitorang panggil cikgu nie.. Cool! Baik n sporting sebenarnya diorang nie.. hehehe..

Alhamdulilah, masa lunch kitorang dpt makan sedap. Yang penting, makanan tue ada "rasa" dan nampak menyelerakan.. huahuahua.. syukur sgt time tue! Setelah tamat, kitorang ambik gambar dan berkemas utk pulang ke Melaka semula. Ikut perancangan, kitorang akan melawat Penjara Kluang, malangnya xder kitorang x leh masuk..Kiciwa gue!!! huhuhu.. Masalah teknikal. Memang terkilan tapi x leh wat pape..huhu

Sebelum blk, kitorang singgap jap Bandar Ayer Hitam..makan dan membeli ape yg patut.. hehe.. Lama x singgah sini.. Byk kerepek aw! nyum2.. kitorang bertolak dari tol kira2 pukul 9 mlm dan tiba di kolej jam 10.45 mlm.. Alhamdulilah.. selamat tiba..




p/s: Jadilah budak baik, jgn langgar undang2 k! x best pun dok penjara..

2 comments:

Muimui said...

hai ijan..nice blog eh.. kalo ade mse post la comment eh..mizz u=)

pudding pie said...

hahaha..

okies...

thanks 4 visiting my blog vv..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin