Setelah bercuti selama 3 hari di kampung halaman (BP), tibalah saatnya utk aku pulang ke bumi Hang Tuah utk menyambung semula kehidupan di KBM.. Alhamdulilah, aku telah pun selamat tiba di Pulau Gadong walaupun sepanjang perjalanan hujan lebat turun tak henti-henti.
Orang kata hujan tu rahmat tuhan..
Alhamdulilah.. Hujan diturunkan kembali bagi menggantikan cuaca panas terik selama 3 hari.
Mungkin ada yg mengeluh kerana banyak urusan tergendala. Penunggang motor terpaksa mencari alternatif lain bagi menempuhi hujan. Para peniaga terpaksa menutup gerai bagi memberi laluan hujan yg turun.
Tapi sedarkah kita hujan yg sebenarnya Allah turunkan mungkin terkandung seribu satu manfaat??? Hujan menurunkan suhu Bumi akibat cuaca yg semakin meningkat naik. Hujan juga menyuburkan kembali tanaman2 di muka Bumi. Sekadar beberapa contoh.
Subhana Allah.. Indahnya ciptaan Allah..
Kini hampir dikatakan hujan turun beberapa kali di Bumi Melaka. Terpaksa la kitorang membawa payung sebelum ke kelas.. huhu.. Redha je la..
Oklah, perlu kembali menyiapkan 2 presentation dan assingments..
Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan dikurniakan rahmat oleh-Nya. Aku berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama dikurniakan nikmat keimanan dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.. Amin..
p/s : bestnyer dpt tido dlm suasana hujan.. hehe
No comments:
Post a Comment