Klik sini..

Thursday, August 13, 2009

Perginya Sebutir Mutiara




Aku terkedu seketika. Hiba.

Lantas lidah segera menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah.

Aku menerima khabar berita yg sungguh mengejutkan daripda sahabat2 bloggers. Di sini aku ingin berkongsi buat pembaca MM&I jk ada yg tdk tahu. Ustaz Asri, penyanyi kumpulan nasyid Rabbani telah pun meninggal dunia. Innalillah..

Masih terkenang tika aku membesar sambil mendengar suara lunak milik beliau yg ku kira amat berharga. Sgt Merdu. Waktu kecik2 dulu aku selalu mengikut menyanyi bersama bila kumpulan Rabbani muncul di TV. hehe. Semuanya ku hafal.

Satu kehilangan besar buat seluruh umat Islam di M'sia. Rasa macam tak percaya.

Berita mengenai beliau,
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Memetik ucapan Ustaz Asri drpd blog beliau;

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu
bersamaku…"

Mari, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin