Klik sini..
Saturday, March 19, 2011
Note 5 : Sembang-sembang Sabtu
Sunday, December 12, 2010
Kisah Monyet dan Genggaman Tangannya

Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu. Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.
Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal. Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu: "Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!" Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.
Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!" Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.
Pengajarannya..
Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat. Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?
Kredit to : Faridzul Laily
Wednesday, August 18, 2010
Kamu Tahu Tak??
Monday, August 16, 2010
Di Sebalik Mengunyah dan Melantak Makanan Korang tu...

Tips ni aku kira semua orang pun dah taw lagipun kat mana-mana pun boleh je dapat kan. Sekadar peringatan dalam blog ni lagi-lagi sesuai untuk bukak pose tuh! Penting ni kalau nak hidup lama..hehe =)
- Makanlah makanan dan minuman yang bersumberkan halal
- Makan buah dulu sebelum makan nasi ~ sunnah nabi so kena ikut (tapi bukan la satu bakul buah rambutan tu korang melantak lak sebelum jamah nasi taw!)
- Makan beramai-ramai sambil share makanan sama-sama lagi-lagi gunakan tangan kalau nak makan tu (enzim kat tangan tu bagus tu kesihatan)
- Amik makanan yang paling dekat dulu (walaupun lauk yg korang nak-nak sangat sampai terliur lagi jauh dari pinggan korang mentang-mentang lauk best)
- Jangan makan sambil minum air takut nanti enzim pencernaan dalam perut tu cair dan melambatkan proses pencernaan ~ sunnah nabi (baik minum selepas setengah jam ataupun dah buat solat 2 rakaat ke)
- Tidak mencaci makanan (rezeki depan mata tak elok la!)
- Dimulakan dengan membaca Bismillah dan diakhiri dengan Alhamadulilah
- Berhenti makan sebelum kenyang (karang susah pulak nak wat solat terawih ish2)
Friday, August 13, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan tiba lagi untuk tahun 2010..
Kali ini dia datang lagi waktu aku masih lagi menjalani kelas di penghujung semester. Ramadhan terakhir bersama teman-teman seperjuangan di UiTM KBM. Uiks macam tak percaya dan juga aku tak tahu lagi sama ada adakah ada lagi Ramadhan pada masa akan datang. huhu
Puasa sebenarnya mudah, semudah makan aiskrim. Alah, setakat menahan lapar dan dahaga. Kacang goreng. Tengok kawan-kawan, orang kat sekeliling, kedai makan tutup pun dah boleh buat puasa jadi lebih mudah cuma yang paling rumitnya nak menahan hawa nafsu, akal dan godaan tu. Hehe.. tu yang payah kan. Betul tak? Well, tepuk dada tanya hati la!
Cuba pergi bazar ramadhan. Tengok orang jual macam-macam makanan dan air, lagi-lagi perut tengah lapar. Perghh, rasa macam nak borong kat situ gak! Padahal perut tu kecik jek. Hah, dah satu pembaziran tu. Ingat, menahan nafsu tu dituntut dalam Islam. Besederhana kan lebih syokk.. (Peringatan untuk aku jugak ni!)Hehehe =)
Ramadhan kali ni pun sama gak. Masih di perantauan. KAH KAH KAH. Rindukan masakan emak. Sahur pun gitu-gitu jek Iya lah, nak balik
Apapun, Selamat Berpuasa untuk seluruh Muslimin dan muslimat!
Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka, Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan
Tuesday, March 16, 2010
Diam Bukan Sekadar Elakkan Kontroversi Panas

Friday, December 18, 2009
Salam Tahun Baru
Sudah masuk tahun baru ya murid-murid.. Hari permulaan baru bagi tahun 1431 Hijrah. Jangan hanya jadi penganut Islam tapi tak taw pun kalender Islam itu apa. Bikin malu jek. Sungguhpun aku ni bukan la penganut Islam yang benar2 zuhud, tapi aku masih tau apa itu ajaran Islam. Bukan setakat meraikan "Happy New Year" kat tgh2 bdr beramai2. Buang masa jek bg aku la.
Nampaknya, sudah 20 tahun aku menjalani tahun-tahun yang lalu.. Macam tak caya jek. Masih lagi diberikan nafas sehingga hari ini. Agaknya dah banyak la dosa-dosa yg aku kumpul. Ish2.. biler lagi la mahu bertaubat ni Ejan?? Moga aku diberikan hidayah.(Tetibe jek rasa insaf plak!)
Bila sebut je tahun baru, mesti aku terfikir. Sejauh mana aku pada tahun lepas?? Kalau tahun dpan bagaimana la aku agaknya ya?? Masih hidup atau setakat itu aja ke?? Apapun, aku harap tahun baru ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Nak tinggalkan semuanya yg sedih-sedih..hohoho dan "Be Optimist" utk tahun baru ini!!
Saturday, November 28, 2009
Hari Pengorbanan
"Jaga kesihatan dan diri anda"
daripada Norizan, MM&I
XOXO
Thursday, October 8, 2009
Hanya Tuhan yg Tahu
Aku tergerak utk menulis
Memandangkan ramai member2 aku study kat Indonesia
Lagi2 kat Uni Andalas, Padang.
Tempat berlakunya gempa bumi..
Risaunyer hanya Tuhan je yg tau
Alhamdulilah, sahabatku itu sdh pun membalas msgku
Kepada Syu
"Moga dipermudahkan dan diberi kesabaran yg tinggi dlm
menghadapi dugaan belajar"
Amin...
Sedikit perkongsian diambil dari blog FTI
waktu gempa di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"
di Padang(gempa kedua) 17:58 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)
"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"
SubhanaAllah...
p/s: Al-Fatihah buat mangsa2 korban
Saturday, September 19, 2009
Ucapan drpd Tuan Blog Ini
Dengan ini saya, Norizan Binti Samsudin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua yg mengenali saya..ececeh..
Saya nak amik kesempatan ni utk memohon ampun dan maaf andai saya..
Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yg sering melakukan kesilapan
Semoga Hari Lebaran kali ni membawa makna yg sungguh indah buat korang!!
p/s:rindu nak main bunga api
Saturday, August 22, 2009
Jom Puasa..
Dgn ini, Norizan Bte Samsudin ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kpd semua sahabat handai dan rakan2 bloggers serta saudara/i SeIslam.. Segala salah dan silap tuan empunya diri harap dimaafkan yek.. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang salah itu datang dari diriku jua..
Mari, banyakkan amal kita di bulan Ramadhan ini kawan2..
Moga segala amal dan puasa kita diterima Allah, InsyaAllah..
Salam Ramadhan!!
Thursday, August 13, 2009
Perginya Sebutir Mutiara
Aku terkedu seketika. Hiba.
Lantas lidah segera menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah.
Aku menerima khabar berita yg sungguh mengejutkan daripda sahabat2 bloggers. Di sini aku ingin berkongsi buat pembaca MM&I jk ada yg tdk tahu. Ustaz Asri, penyanyi kumpulan nasyid Rabbani telah pun meninggal dunia. Innalillah..
Masih terkenang tika aku membesar sambil mendengar suara lunak milik beliau yg ku kira amat berharga. Sgt Merdu. Waktu kecik2 dulu aku selalu mengikut menyanyi bersama bila kumpulan Rabbani muncul di TV. hehe. Semuanya ku hafal.
Satu kehilangan besar buat seluruh umat Islam di M'sia. Rasa macam tak percaya.
Berita mengenai beliau,
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Memetik ucapan Ustaz Asri drpd blog beliau;
“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu
bersamaku…"
Mari, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Friday, June 26, 2009
Sembang Jumaat
Askum semua,
Lama plak tak update blog.. Malas yg amat sgt. Hehe, mentang2 bru jejak rumah. Cis, tak bleh blah!! Baru jek 4 hari tp dah boring.. Nyesal plak tak mintak jdk fasi KBM utk dak2 bru nie, takpe la sbb lagi seminggu jek aq cuti before nek sem..
Memandangkan hari ni ni hari Jumaat, aku teringat la something.. Alkisahnya..
Bru jek 2 minggu yg lepas, kami ~ Laily, Eca, Aqila, Zack, Ain & aku pergilah lunch kat Restoran Kasturi tak jauh dari kampus lps kelas abes.. Tempat yg der tinggal la meja pjg kt tgh2.. Kat situ plak de 2 org mamat ni tgk dok borak2.. Kitorg terpksa la pilih meje tuh..
Nga syok2 makan, jam menunjukkan hampir pukul 2 ptg.. Tetibe jek ramai la para gentlemen berpusu-pusu balik ke arah kitorg.. De yg pakai bj melayu, bj keje, dll la..

Ea, bru aq tersedar.. Yg 2 org mamat kt sebelah aku nie bkn Islam ke?? Npe tak gi solat Jumaat ek??? Slumber badak sumbu air jek diorg dok borak2 dari td..
Geram plak..

Diorg tau tak kt luar negara, nak pergi Solat Jumaat pun dihalang oleh tentera laknat inikan pulak kat Malaysia masih bersenang lenang??? Ponteng tanpa sebab musabab??? Macam nak

Astaga.. Isu ni pun actly dah lama berlaku. Dulu waktu aku keje before msk U pun berlaku dpn mata.. Dah jadi perkara biase lorr..Lagi2 keje mcm pemandu bus dan security.. Mcm mne tu ek? Nak ikut budi bicara majikan ker or perintah Tuhan kat akhirat t? Tapi mcm mane kalo takde kesedaran diri plak?? huhu, "tepuk dada tanya iman"
So, buat kengkawan saudara SeIslam kat luar sne tuh, nasihat la kalo ayah, adik, abang ataupun kwn2 anda yg ponteng solat.. kalo sayangkan mereka, tak salah kan kalo kita menegur..

" Keindahan Islam dapat dirasai dalam hati yang mencintai Allah dan RasulNya"
p/s: ske ble kdai2 di Kelantan diarahkan tutup waktu solat Jumaat..

Tuesday, March 31, 2009
Say Alhamdullilah !
This is one of the nicest mails I have seen and is so true:
I dream that I went to Heaven and an angel was showing me around. We walked side-by-side inside a large workroom filled with angels.
My angel guide stopped in front of the first section and said, "This is the Receiving Section. Here, all petitions to God said in prayer are received." I looked around in this area, and it was terribly busy with so many angels sorting out petitions written on voluminous paper sheets and scraps from people all over the world. Then we moved on down a long corridor until we reached the second section.
The angel then said to me, "This is the Packaging and Delivery Section. Here, the graces and blessings the people asked for are processed and delivered to the living persons who asked for them."
I noticed again how busy it was there. There were many angels working hard at that station, since so many blessings had been requested and were being packaged for delivery to Earth.
Finally at the farthest end of the long corridor we stopped at the door of a very small station. To my great surprise, only one angel was seated there, idly doing nothing. "This is the Acknowledgment Section," my angel friend quietly admitted to me. He seemed embarrassed "How is it that? There's no work going on here?" I asked. "So sad," the angel sighed. "After people receive the blessings that they asked for, very few send back acknowledgments.
"How does one acknowledge God's blessings?" I asked.
"Simple," the angel answered. "Just say, "Thank you, Lord."
"What blessings should they acknowledge?" I asked.
"If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world "If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish, you are among the top 8% of the world's wealthy. "And if you get this on your own computer, you are part of the 1% in the world who has that opportunity."
Also.
"If you woke up this morning with more health than illness ...... you are more blessed than the many who will not even survive this day.
"If you have never experienced the fear in battle, the loneliness of imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation, you are ahead of 700 million people in the world.
"If your parents are still alive and still married, you are very rare.
"If you can hold your head up and smile that your married and staying together with children, you are not the norm, you are unique to all those in doubt and despair."
Ok, what now? How can I start?
If you can read this message, you just received a double blessing in that someone was thinking of you as very special and you are more blessed than over two billion people in the world who cannot read at all.
Have a good day, count your blessings, and if you want, pass this along to remind everyone else how blessed we all are.
Attn: Acknowledge Dept.:
Thank You Lord!
"Thank you Lord, for giving me the ability to share this message and for giving me so many wonderful people to share it with as my friend."
Peace Be With You..............all the times
Monday, March 9, 2009
Maulidur Rasul (09)
Umum sudah mengetahui Maulidur Rasul jatuh pada hari ini. Beruntungnya kita kerana masih lagi dapat melalui hari ini dgn aman dan sihat sejahtera. Alhamdulilah..
Jom, berselawat ke atas Nabi tanda kita tidak melupakan Baginda.
Ingatilah pesanan Rasullah sebelum baginda wafat iaitu,
“ Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh
kepadanya, maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan
Sunnah RasulNya”
Sirah Rasullah 2
1.Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.
2.Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.
3.Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa'ad bila tiba di sana.
4.Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
5.Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)
6.Wafatnya Aminah di Abwa'. (Umur 6 tahun)
7.Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.
8.Di pelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)
9.Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)
10.Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.
11.Berlaku Harbu Al-Fijar: (Umur 20)
12.Hilfu Al-Fudhul:
Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, 'Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.
13.Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha. (Umur 25 tahun)
14.Khadijah Radhiallahu 'Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.
15.Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu 'Anha semasa baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu 'Anha berumur (40 tahun).
16.Kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu pada umur (28 tahun).
17.Kelahiran Zainab Radhiallahu 'Anha.
18.Wafatnya Qasim Radhiallahu 'Anhu semasa berumur 2 tahun.
19.Penyertaan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)
20.Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.
21.Terkenal dengan panggilan Al-Amin.
22.Mula gemar berkhalwat di Gua Hira'. (Umur 40 tahun)
Sumber dari Anak Soleh
Bagaimana?? Sudah bertambahkah rasa cinta kita pada Junjungan Besar Muhammad s.a.w. setelah mengetahui lebih lanjut tentang Rasullah?? Andai ada yg terlupa, sama-samalah kita berselawat kepda Rasullah sempena Maulidur Rasul hari ini..

Sunday, March 8, 2009
Sirah Rasullah 1
1.0 BIOGRAFI NABI JUNJUNGANKU...
Nama :
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.
Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib
Ibu :
Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab
Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.
Status :
Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.
Isteri-isteri :
Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha
-Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.
-Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.
Surriyyah :(Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)
Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir, Muqauqis)
Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dari Banu Nadhir)
Zuriat :
1.Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
Zainab Radhiallahu 'Anha
Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
Fatimah Radhiallahu 'Anha
Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.
-Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.
-Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.
SUMBER dari ANAK SOLEH
Saturday, February 7, 2009
Andai haiwan sekecil ini mampu..
Gambar yg menarik perhatian aku mlm nie.. Aku ingin mengajak kalian berfikir sejenak.. Andainya mereka mampu berjuang, adakah kita hanya melihat sahaja tanpa berbuat apa2 ?? Sedangkan kita adalah khalifah di bumi Allah.. Sudah bersediakah kita?? Andai bumi Palestin ditimpa musibah lagi, mampukah kita menolong mereka?? Walaupun isu di Palestin semakin reda, tapi janganlah kita mudah lupa..Israel laknatullah tidak akan sesekali lupa..
Jangan kata kita tidak mampu, sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu.. Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain.
Allah juga memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu Palestin kepada orang ramai. Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.
Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan - aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya katakanlah kepada diri sendiri - apa lagi yang aku belum lakukan?
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kemenangan dan keamanan yg berpanjangan kepada seluruh umat Islam terutamanya saudara-saudara kita di sana. Amin..
Intipati dari rakan blogger, Leokid..
p/s :Sekadar peringatn buat diriku, yg hanya insan kerdil..
Saturday, January 17, 2009
Kita Gembira, Mereka Berduka

Alhamdulilah aku masih lagi bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.. Syukur jugak kerana Malaysia masih lagi berada dlm zon 'selesa' sedangkan warga Palestin sentiasa dihujani peluru dan bom.. wuwu

Kita masih lagi gembira, seronok dgn godaan duniawi sedangkan mereka berduka, merintih pada Yang Esa agar diberikan peluang untuk bernafas dgn tenang.. Aku sedih kerana di Malaysia masih ada yg x prihatin.. aku sgt berharap agar bukan Islam di Malaysia jgk turut bersimpati dgn mereka di ats Dasar Kemanusiaan.. Memikirkan perayaan cina akan tibe x lame lg..hatiku mula sebak..
Entah apa lagi yg mampu kami lakukan setelah qunut nazilah, demo2, bantuan derma dan boikot dilakukan.. tidak nampak tanda2 Israel laknatullah akan menghentikan serangan mereka.. Tambahan pula dana disumbangkan secara terang-terangan..Antara gambar yg menghayat hatiku..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tika ini aku berdoa agar Allah memberikan mereka kekuatan, kesabaran dan keberanian dlm menghadapi musuh.. Jika kita sayangkan Islam, doakan utk mereka.. Ingatlah, tanggungjawab kite sbg Muslim akan dipersoalkan di akhirat kelak..
