Klik sini..

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Weekend Break away!


1 April 2011, Jumaat
 Aku meninggalkan Batu Pahat dan menuju ke Melaka dengan bus bersama Awida malam tu jugak lepas balik keje. Fuh, penat sangat! Sampai Melaka pun lebih kurang pukul 11 malam. Luckily, kawan Wida tolong hantar aku ke Avillion Hotel dan terus check-in. Reunite again with Syaza & Aqila, my ex-housemates.. Meeting friends dan terus tidoooo -__-!! ZZZzzzz

2 April 2011, Sabtu 
Orang kata barang mahal memang berbaloi sesuailah dengan harganya kan? Morning in 4-Star Hotel memang best! First time kalo tak cuba bila lagi.. Hehehe ^^~ I love it lah! Turun breakfast dalam pukul 8am, cafe house full! Terjumpa pulak pelancong dari China dan staff-staff government. I'm full! Alhamdulilah.. Check out & terus ke KBM untuk bengkel SPSS Level 10.



credit to Aqila.

Love ya!  ^ ^ ♥

last but not least. gambar sendiri perlu jugak kan?




Monday, March 14, 2011

Note 4 : cuti sehari terasa macam public holiday la!

AHAD 13/3/2011

Mujur harini tak hujan macam beberapa hari lepas. Bukan rimas tapi risau takut tak dapat tunaikan janji. Bukan senang nak keluar lagi-lagi bila dapat jumpa mereka selang beberapa bulan mahupun setahun sekali. aishh T_T sebab mereka lah member yang rapat dengan ku kat Batu Pahat ni. hehe ^^~ dapat gossip sama-sama, shopping sama-sama makan sama-sama, tengok wayang pun sama-sama lah! TQvm Ain & Dilla 

Big Cinema BP Mall.. macam hampeh! 


laparnya saya! 1st time makan kat Kenny Rogers..

Kami tengok 127 Hours bila sume citer best-best tak kuar lagi kat Big C. Geram sungguh. Overall cerita ni not bad. Truly true story. Tentang hero yang cekal dalam menyelamatkan diri kat tengah-tengah canyon yang maha besar tu. Fuh tak tau la kalau aku yang kat tempat dia. Boleh gila kot! Tabik spring la.. Kawan aku kata best cerita ni lagi-lagi yang tengah putus cinta. Why? aku pun tak sure tapi bagi aku 50-50 la. Not bad bagi aku yang tak minat cerita genre camni.. Hehehe =)

Mamat ni adalah Harry Osborn dlm Spiderman tu?? Fuh..

Waktu tangan kanan dia tersekat di celah batu..


p/s: sangat-sangat risau dgn keadaan Jepun sekarang.  huhu T_T

Saturday, February 5, 2011

Menghabiskan Waktu Di Rumah Keduaku

Xinnian Kuaile!


Semalam(4 Feb) dah masuk hari kedua CNY. Hotel pun dah full house dengan guess dari luar BP
Kebanyakkannya dari Singapore. Fuh, kete tak nak besar-besar lak kan
Jeles gua! Dapat bawak sebijik ni memang puas


Semalam seperti biasa datang keje. Tak banyak pun nak buat. Sebab semalam dah penat buat keje berat
Nasib baik boleh on9 memanjang. Streamyx beb. suka! ^^~
 Kah kah kah Siyes memang bosan. T_T
paling tak bleh blah...
Berpuluh kali aku turun jalan sekitar hotel, banyak jugak la staff tanya;


"Aik, tak cuti ke hari ni?" Memang G*****!!


Kalau aku cuti tak le aq datang down. Menyirap. Okay-okay, dah nama pun boring, dok amik gambo pun best. *curi-curi bawak hp* Ofis aku (perasan!) dah berubah wajah..
3hb Feb, tarikh rasmi renovation kat ofis aku. 100% berubah wajah


Aku tak taw la apa reaksi staff department aku nanti ble diorang naik cuti nanti *risau*
Neves pun ada lagi-lagi pompuan tu. Huh.. ^^



Department terchinta 



Jarang tak tunjuk muka terbaru. *malu2 kambing aku ni!*


Selamat bercuti semua!!


p/s: ok, nak pi keje dulu


Thursday, February 3, 2011

Saya suka makan limau Mandarin


Salam semua..


Wahh, dah masuk bulan February.. Tinggal 2 bulan lagi ku berpraktikal.
Minggu ni ku agak sibuk dengan segala keje sempena CNY. 
Lagi-lagi Chinese staff pun akan bercuti
Well, officially aku takkan cuti pada 3hb & 4hb ni..UHUK UHUK =(
Tak best betol! Sapa yang cuti tu, selamat menikmati cuti anda
Ingatlah ada lagi yang tak cuti masuklah aku! 


Cuba teka apa aku dapat harini?? 
ANG POW. Yeay! 
Thank you Miss Au aka my director. Syukur walaupun tak banyak janji kami tak dilupakan
Betol? Hehe ^^~


Sekarang ni musim hujan. Nak kuar jenjalan dgn gi keje pun payah. 
So, jaga diri dan kesihatan korang semua seeloknya okay..
Banjir pun dah banyak. Aku sentiasa berdoa agar BP tak ditimpa banjir kilat.
Semoga saudara-saudara di kawasan banjir sentiasa tabah..


 Have a blast day everyone!!






p/s: Ada banyak entry pending. InsyaAllah ku update dlm masa terdekat


Friday, November 5, 2010

Happy Diwali





Kepada:

Semua rakan-rakan yang berbangsa India, saya mengucapkan Happy Diwali 

terutamanya Jananiswary, my long lost friend masa kat SK Convent dulu..

Teringat pulak time Jananis ajak beraya rumah die, paling best
dapat makan kuih suji dan maruku mak die

Perghh, sedap giler!! ^__^

Then, bila time raya, die dan family datang beraya rumah aku pulak..

Rindu sama dia. Sekarang dah lost contact pulak sebab no die hilang

Oh Jananis, where are you?? =)



p/s: Sakit mata aku makin teruk, camne nak jawab exam Ahad ni??


Sunday, September 12, 2010

Video ucapan raya..





*Aku berfikir dua kali bila nak postkan video ni..huhu *blushing*
tengok jek jangan banyak tanya! >.< ~


p/s: Out for while.. nak makan lemang!   

Friday, September 10, 2010

Virtual Card ~ Jimat dan senang!




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca MM&I

***




Wow, what a BIG Hari Raya card but I still like it!! >.< ~
(represent sincerity from my big heart)

****

****


SNEAK PEEK...





nantikan video kami! hahaha poyosss



p/s: schedule post ~ leaving for 'dwet raye, pliz..pliz.." daa!


Thursday, September 9, 2010

Semperit & Tart Nenas kuih kegemaran saya!

Wah, sudah masuk bulan September!!


Maknanya ada banyak komitmen perlu diuruskan sebelum September tutup buku..yup! Anyway, yang lebih penting RAYA kian hampir dan kita pun dah sampai penghujung RAMADHAN.. Sedih ISK ISK ISK =,( banyak kisah suka duka sepanjang bulan Ramadhan ni berlangsung..


Apa khabar semua warga bloggers? Sudah bayar zakat belom? Hehehe


Mungkin ada bloggers yang akan menyepi sepanjang cuti raya 2 minggu. Faham dah, offline la tu takpun sibuk beraya rumah sedara! Hehe.. Mungkin aku pun akan turut bercuti dari blogging memangdangkan kampong terchenta ku itu tiada signal 3G yang memungkinkan aku online!


Grrrr, saya budak alaf baru maka saya SANGAT perlukan INTERNET!! *sigh*


Terpaksa puasa Facebook, Blogspot dan jugak Twitter, ~ ~ Sorry guys, no internet are available, setakat EDGE/GPRS tu apaleh sangat, bukak Twitter je boleh la. Lain la kalau aku beli Black Berry.. No..No..No Black Berry for me rite no, not this time.. Save for later HA HA HA poyosss je aku ni!

Oh ya, sebelum terlambat – Norizan Bt Samsudin ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada sesiapa yang mengenaliku personally atau pun kawan-kawan mayaku..hehe.. Dengan seikhlas hati, saya ingin memohon maaf kalau ada salah & silap sepanjang kita berkawan yek!!


Jaga diri dan jauhkan dari bahaya terutamanya ketika balik kampung tu.


Selamat untuk anda semua!!



p/s: not fair, nak dwet rye gak!!..huhu


Monday, September 6, 2010

Di Penghujung Ramadhan..

Lagi beberapa hari jek Ramadhan akan menutup tirai.. Sob sob..
Macam-macam kisah sepanjang Ramadhan ni
Flashback balik, inilah kali terakhir kami satu rumah akan berbuka puasa
Buat kali terakhirnya sebelum final sem akan tamat
Bersahur bersama..


Masak bersama-sama, lepak-lepak selepas berbuka
sambil bergossip  bersembang
Dapat try masakan baru, yeay! >_<
Rindunya saat ini nanti!!!


Tapi paling best..
Puasa kali ni dapat jimat dwet..
Masak sendiri yang best tu
Jarang kami makan luar kecuali bila ada kelas ganti malam..
Gi bazaar Taman Cempaka pun jarang, maklumlah jauh
Last day baru dapat gi..hehe
Dengar semuanya selalu gi bazaar, jeles gak
 tekak ni rasa nak telan je semua tapi..

Semuanya..

Alhamdulilah  ^___^

Thanks Allah atas rezeki-Mu…



p/s: mencari-cari Lailatul Qadar.. =)

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



"Happy birthday Malaysia!!!!" ^_^

Saya bangga menjadi anak Malaysia..




"Jangan tanya apa yang negara berikan kepada kamu, 
tapi tanya apa yang kamu berikan kepada negara.."


Malaysia, I Love You!!  >_<

***


p/s: Jangan sampai jadi pengkhianat bangsa & negara..


Sunday, June 13, 2010

Menjadi Lebih Matang atau Semakin Tua??

Minggu ni adalah minggu short sem terbaik sepanjang aku berada di Melaka cuti ni. Walaupun sekejap, tapi berbaloi-baloi. Hahaha. Memandangkan FIFA dah pun bermula serentak, korang tau tak SUKMA atau Sukan Malaysia dah pun berlangsung kat Melaka?? Tau?


SUKMA berlangsung di Melaka bermula pada 10 Jun sehinggalah 19 Jun. MySpace Memandangkan aku dah pun menetap sementara (merantau) kat Melaka, terasa jugaklah semangat SUKMA kat mana-mana. Walaupun aku tak pi opening SUKMA semalam, tapi aku tengok jugaklah match bola sepak kat Stadium Hang Tuah. Al-maklumlah, rumah depan stadium. Last match aku tengok, antara Melaka versus Selangor. Kecoh!

pentas baru di Jonker Walk

Semalam, 12 Jun bersama dengan housemateku, kitorang bergerak ke Jonker Walk (10minit perjalan je dari rumah sewa). Padat sungguh malam tadi, sesak macam tin sardin! Tak taw la kenapa, ramai sangat pelancong malam tadi agaknya.  Tambahan pulak ada Sukma berlangsung, agaknya kot.





Btw, berterima kasih sangat-sangat MySpace kat my housemates, Farah 'Aqilah dan Syuhada yang sudi belanja ku semalam. Terharu den *sob* *sob*  jarang orang belanja ni. Terima kasih kerana ada di samping ku selama ni, susah mahupun senang sepanjang sem ni.


Semakin lama hidup, aku teringat kata-kata ini:

“ Hidup ini adalah untuk ALLAH, kita datang daripada ALLAH, kita akan kembali juga kepada ALLAH, maka hidup kita ini adalah untuk ALLAH. Mencapai redhaNya, buat apa yang diperintah, tinggal apa yang dilarang.”


Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir aku berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri ku dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri ku bermanfaat pada orang lain. Doakan diriku pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.


“Selamat Ulang Tahun yg Ke – 21, Norizan Binti Samsudin” MySpace



p/s: rasa macam semalam jek aku jadi budak 17 tahun..hak hak

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Yang Berbaloi-baloi!

Wah, heaven dok rumah walaupun sekejap jek.

Betul orang kata, pergi mana-mana pun rumah sendiri tetap di hati. Hahahaha =) Bila dok rumah, nak buat apa-apa pun boleh dan jugak ada bilik sendiri. Yup, going to miss that!


Sepanjang cuti singkat ni, member lama Dilla mengajak ku ke Square One, BP Sabtu lepas (4 Jun). Mentang-mentang nak jumpa setahun sekali, alang-alang jumpa terus la. Memandangkan Sabtu lepas cuti awam, aku layankan aje la mana boleh kata tidak kan?. On the spot punya plan! Baik kan aku? AHAHA Hmm, baru jek sampai rumah, penat tak hilang lagi dah keluar rumah dah. Mak aku pun iyakan aja la.


Sampai-sampai jek, tengok Square One ada Pesta IT (serupa cam PC Fair tapi kecik sket), patutla ramai orang. Salah waktu betol. Adeh.. Sesak jalan. Tapi takpe, boleh cuci-cuci mata. KAH KAH KAH. Amik kau. Anyway, aku, Dilla dan member dia, Najib cepat-cepat beli tiket “Lagenda Budak Setan” memandangkan tiket laku macam pisang goreng. Walaweh grrrr!


Gila cermin ka kami ni? hahaha


Komen aku pasal movie LBS ni:
Memandangkan aku tak pernah pun baca buku LBS yang setebal kamus dewan tu , dahtu 3 buku pulak. So, aku tak rasa la nak kecewa ke hapa. Okay BEST bak dari pelakon-pelakon lagi-lagi ada Lisa (so cute! ) Scene pemandangan dalam LBS memang superb! Kat mana la tempat tu. Cantik cam dalam mimpi aku plak. Siyes, kat mana la pernah aku nampah scene atas bukit dengan sebatang pokok tu. Lagu dia, Bila Cinta ~ ah, menusuk kalbu den.. I liiiiikeeeee!


Sapa tak tengok lagi, silalah ke cinema sekarang..








p/s: Cuti kali ni terserempak dgn member-member lama dulu.
       Bila la dapat jumpa lagi wei kengkawan??

Friday, June 4, 2010

Teringin Jadi Budak Sekolah Lagi..

Sabtu lepas..

Ayah : "Balik rumah bila lagi?"
Aku : "Tak tahu lagi. Kelas lagi 2 minggu!"


Akhirnya..

Minggu ni ku dapat cuti memandangkan lecturer ku pergi outstation lagi. Dok sibuk kira tambah tolak hari dalam hati, dapat la cuti 5 hari sampai hari Rabu ni. Gelak guling-guling yeay! hahahah Macam budak-budak.


Apsal aku 'terlebih rajin' membuang duet ni??


Padahal lagi 2 minggu lebih jek kat Melaka. Gedik. Ha Ha Ha. Bosan masak sendiri, muak tau. Kalau balik rumah terus jek dapat apa yang kau nak. Cakap la apa je, mak mesti tunaikan. Betul tak? Hmm, tipu la kalau tak. Al-maklumlah, anak sulung dia ni jarang ada kat rumah. Jarang-jarang.  Rindu mee racun! nyum nyum


Apapun, memandangkan tiket balik BP lagi 3 jam, sempat la jugak aku mengupdate blog ni. Hai, nampaknya sekali seminggu jela yang dapat ku sumbangkan. Sorry okay! Ku tak rajen macam blogger tegar tu lagi-lagi yang nga sibuk cuti dok kat rumah lagi. hehe ku tak cuti pun.


Nampaknya hari ni ku pilih silap waktu untuk balik rumah la. tak tahu pulak cuti sekolah dah start, ramai pulak budak-budak sekolah membanjiri Melaka Sentral ni! Haih, harapan nak balik awal tak kesampaian. huhuhu. Alamatnya aku terpaksa menunggu lagi 3 jam lagi.





Sebut pasal budak sekolah, teringat pulak waktu sekolah dulu-dulu time muka tengah 'innocent' bak kata orang. Iya kah? hahaha tak tahu la pulak. Waktu duduk hostel dulu , selalu gak balik rumah naik bus Mayang Sari dengan beg besar balik kampung ala si Garfield tu.. (berangan nak naik bus ekspress padahal  jarak antara Muar dengan dengan Batu Pahat dekat je pun! Gedik giler!) Balik semula pasal baju sekolah, dulu kalau aku nak pulang bermalam, diwajibkan pakai baju outing kalau ikut term kat Samura dulu, baju kurung warna putih denagan kain pelekat biru hitam. Skima giler!  Sekarang ni lepak jek kat MC memang boleh nampak macam-macam warna dah baju hostel. Hahaha
 

Cakap pasal baju sekolah biasa pulak. Bila aku tengok sekarang, trend baju sekolah biasa makin pelik plak aku tengok. Ada yang makin singkat nak bagi nampak stokin ke, kain senteng, tudung pulak makin kecik.Macam-macam.  Heran! Ke aku yang makin ketinggalan zaman ni. Dulu kalau buat macam tu amik kau kena catat nama dengan pengawas waktu sekolah kat Convent dulu. Tak boleh. HARAM!


Aku paling suka tengok budak sekolah yang pakai tudung labuh ni. Nampak sopan jek. Tutup aurat pun ada. Nak masuk sekolah agama tak lepas. Takpelah takde rezeki.  So, adik-adik kalau nak tutup aurat tu biarlah betul-betul menetapi syariat. Aku pun rasanya kena la ikut jugak nasihat diri sendiri ni. kalau tak ubah diri sendiri dari sekarang, bila lagi kan?



p/s: membebel panjang pulak kali ni. miyane!

Monday, May 10, 2010

Menghadam Kimchi & Sushi Sampai Muak





Officially aku nak mengumumkan yang aku dah pun merdeka. Alhamdulilah!!! walaupun last paper semalam sangat susah. huhu  Sungguh bersemangat tika di rumah sendiri. Hahahaa.. Rasa macam dah setahun tak balik. Rindu dengan bilik ku. Masa ni lah nak balas dendam, layan movie dan drama, banyak giler aku download time exam week..


 Drama-drama oversea yang dah complete aku download:

1) [K-drama] Slave Hunter / Chuno


from Mr Google

Bagi aku cerita ni serius atkde huhahuha tapi nampak smart bila tengok aksi pertarungan. Teros jadi excited! Cerita versi sejarah tapi dengan gaya moden dan shot yang cantik. Pelakon-pelakon terkenal yang aku suka dengan OST yang sedap. Sesuai untuk yang mencari kelainan.

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


2) [K-Drama]  Invicible Lee Pyung Kang


from Mr. Google

Lagi drama korea. First impression aku bila tengok cerita ni adalah macam sama dengan versi Delightful Girl Choon Yang pulak sebab campur versi zaman kuno dengan zaman moden. Cerita ni adalah adaptasi daripada sejarah jugak. Best cerita ni sebab aku suka heroin die, cute giler! hahaha. Dari cerita ni jugak aku baru tau main golf bukan sekadar main gitu-gitu jek. Buat aku tertarik nak tengok sampai habis!

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


3) [J-Drama] Galileo

from Mr. Google


Sangat suka cerita ni selepas Bloody Monday 1. Tentang seorang pensyarah fizik yang genius, tapi mempunyai perangai pelik. Cara dia selesaikan kes-kes polis sangat best. Buat aku kagum dengan penulis cerita ni. Oh ya, pelakon die, Masaharu Fukuyama still maintain dan jugak an outstanding actor kat Jepun. Aku rekemen cerita ni. 5 bintang kot kalau nak bagi rating,hahaha

Donlod Sini
Credit to HeavenofDesires


4) [J-Drama] Kami No Shizuku


from Mr Google

Mungkin korang akan kata aku ni sewel ke tengok cerita ni. Well, bagi aku walaupun cerita mostly 100% tentang wine (haram ek, so buang niat nak teguk mende alah ni awal-awal!!!) tapi boleh tambah infomasi gak la bagi aku. Terjawab segala persoalan tentang wine. Overall, cerita ni memang memenuhi persepsi aku. Best lagi-lagi pelakon die, I likeeeee!!!  Kawaii Nampak matang pulak, lain daripada watak kat Gokusen 2 dulu. hahaha

Donlod Sini
Credit to SilentRegret

***
***

Rasanya cukup la empat jek review aku. Hehehe,  a big thanks pada YelloCinema.Com, HeavenofDesires dan SilentRegret yang sedia bagi link. Overall, aku sangat puas hati tengok cerita-cerita ni walaupun ada yang endingnya sangat tak menepati kehendak aku, tergantung atau lain dari expectation aku. [Demand giler aku ni!] Kah kah kah. Dua-dua aku suka, korean dan japanese drama tapi japanese drama lebih pendek dan mempunyai mesej tersendiri. Bagus untuk motivasi diri.


Rasa nak tengok anime Jepun Studio Ghibli la, ada sesape tau kat ne nak cari???



p/s: layan citer sampai muntah


Sunday, March 14, 2010

bAGAIKAN mATI hIDUP sEMula

Bus adalah pengangkutan ketiga ku selepas kete dan motor. Cuba korang bayangkan, kalau tak de bus, agaknya macam mana nak balik kampung halaman tanpa sebarang pengangkutan awam? Lagi-lagi yang jauh beratus-ratus kilometer..Walaweh, berjanggut agaknya nak sampai rumah..


Tapi, macam mana pulak kalau pengangkutan awam tu sendiri menjadi punca korang takkan balik rumah?? Ishhh, Ya Allah, jauhkanlah ku dari segala bahaya.. Realitinya, kondisi kemalangan kat Malaysia ni bukannya makin lama makin rendah, tapi makin lama makin tinggi lak. Dahtu antaranya bus, pengangkutan ku untuk pulang ke rumah!! ISK. ISK ISK


alala, comelnye bus ni (ihsan Google)


Jumaat lepas, ku terasa seperti mimpi. Seperti biasa, pulang ke Batu Pahat naik bus. Sebelum tu terpaksa menunggu selama 5 jam lebih kat Melaka Sentral semata-mata tiket bus tinggal pukul 7.30pm. WTHeck??!! Penat jek sampai awal-awal semata-mata kena tunggu lebih lama.  Terpaksa menunggu tercongok kat MC sorang-sorang. Bosannya..


Not my day, cuti sekolah dah start!! hahahah  Amik ko, lain kali beli tiket awal!!


Dalam perjalanan pulang, ku tertidur hampir separuh 2 jam perjalanan. Tak pikir pape dah. Penat sangat. Tetibe jek nga syok-syok tido, lepas lalu SMS Muar,  bus aku hampir-hampir nak terlanggar kereta depan yang tetibe jek berhenti sebab nak belok kanan. Ya Allah!!! Terkejut kami.. Aku yang selalu duduk seat depan terus terpikir kalau lah hentaman berlaku, ku yang duduk depan ni la yang paling first akan kena dulu!!


Mujur, bus driver sempat break. Alhamdulilah, ku masih hidup!!!  Kalau tak, keluar la pulak nanti berita kemalangan bus dalam paper. Dah terbayang wajah parentsku. Ku tak nak jadi mangsa kemalangan.. TIDAK SESEKALI!!  Huhuhu..Teros tak berselera nak sambung tido balik lepas tu!!


Berhati-hati ketika di jalan raya..


p/s: tak sabar nak ada kete sendiri..

Sunday, February 28, 2010

Kids, Give Parents Some Peace!!

4 hari melarikan membawa diri seketika ke kampung halaman..Ececeh.. Rumah kesayangan. Mana lagi kalau bukan Batu Pahat. So, masa untuk update pun amatlah jarang apetah lagi blogwalking. Akan ku buat jugak bila ada masa nanti. InsyaAllah.


2 minggu seterusnya mulai saat ni akan bermulah minggu seksaan sibuk lagi padat bagi ku. KAH KAH KAH.. Macam hapa jek ayat ku ini. Kenapa?? Sebab test besar sem ni akan start ditambah pulak nak siapkan report. Yes, ku sangat "SUKA"!! ( note : dalam lara tu sebenarnya!)  Kengkawan, doakan ku dapat menjawab soalan test dengan berjaya ye!


InsyaAllah..


Di saat ni, rasa nak buat jugak la idea daripada mat salleh oversea ni. Macam best plak idea dia itupun kalau aku rajin la nak buat. Sangat berguna di saat kemalasan ataupun kecemasan.. Buruk benor perangai! ISK ISK ISK.. 





p/s: magnet tu selamat ke pakai lama-lama?

Tuesday, February 23, 2010

Keje Sambilan Tak Semudah ABC. Tak percaya cubalah! Part 2

Sambungan entry lepas

Kali ni berkisar tentang minggu kedua sepanjang aku keje part time sebagai Promoter untuk brand Snails Original.. Brands ni semuanya tentang pakaian lelaki. Rasanya target Snails hanyalah untuk lelaki dewasa, bekerja dan juga yang berusia. Sebab?? Bila aku tengok, memang takda nya rekaan fesyen yang funky ala stylo-milo ni untuk teenagers. Tak sesuaaaii!!!


Warna baju pun kebanyakannya warna tanah atau pastel tetapi bermutu tinggi dan tahan lasak. Gerenti sesuai untuk dihadiahkan pada bapak-bapak atuk dan pakcik diluar sana.. Hah, amik kau! Dah promote plak aku ni. Permintaan pun boleh tahan. Ramai customers Chinese cari jugak brands ni. Hehehehe =)


Okaylah, kali ni takde gambo orang. Cuma tempat keje ku bila Fair dah abes kat tingkat 2. So, pindahlah aku ke tempat asal. Jumpa plak dengan akak-akak promoter yang dah senior. Diorang semuanya baik-baik. Kaki gossip gak. Kah Kah Kah


Bila hari-hari terakhir aku keje, yakni lepas Raya Cina customers dah tak ramai. Jangan nak bandingkan dgn Jusco besar ala super saiya tu! huhu  So, kebosanan tahap dewa tu mulalah datang bertandang. Ngantuk tu jangan cerita! Boleh tumpas agaknya kat tengah-tengah workstation aku. Ish..ish..sempat jugakla curi-curi beli popcorn caramel buat penghilang ngantuk. Huaaa


Snails a.ka.  Siput?? 




Timbunan seluar yang maha tinggi lebih tinggi dari aku lak tu!




Mahu beli baju ke cik abang?? Gerenti aweks terpikat..haha



Baru belajar ni. Alat penebuk belt. Masih gagal lagi dlm menebuk. Kematu tangan ku!




p/s: Bila gaji mahu masuk ni??



Friday, February 19, 2010

Gelap Semata-mata tapi Bukan Buta!



Beberapa hari yang lepas, lepas aku dan Qila melantak alas perut  maggie goreng   MySpace kat Restorant Subaidah depan Agro Bank lepas balik keje. Al-maklumlah, penat berdiri sepanjang hari. Maka tenaga pun kurang. hahahha, alasan!


Apapun, kami balik ke rumah sewa dalam lebih kurang pukul 11.30 malam.. Kami berdua jek yang stay kat rumah sewa. Semua orang balik bercuti di rumah. Kami berdua pulang dalam mood happy campur penat tak ingat dunia tanpa  pikir pape pun.


Sekali tiba di pekarangan rumah sewa....MySpace


Aik, "Apsal bangunan rumah kita jek yang gelap gelita ni?"


"Black out la!!" MySpace


Arghhh, Sudah.. Tuhan je yang tahu betapa takutnye kitorang, Tinggal berdua plak tu. Nasib baik aku tak balik cuti ni kalau tinggak Qila jek sorang? Cian dia. Nyesal tak beli lilin siap-siap sebagai preparation. Mujur ada torchlight dari handphone. Memang berbakti waktu kami naik tangga setinggi 4 tingkat tu!




Apa korang buat bila black out berlaku?? 


Selalunya ku akan tido jek kat ruang tamu menghadap beranda ni. Berangin! Dah la gelap, panas plak tu. Tak bleh buat pape dah. Tetiba jek ku  terasa insaf sebab cuba pikir orang miskin yang tak mampu bayar letrik & air tu lagi bergelap sepanjang masa.. Btol tak??



p/s: memang pelik jek rumah sewa aku ni

Monday, February 15, 2010

Mari Jelajah Jusco - Sesi Membeli belah Tingkap!

14hb Feb 2010 bersamaan hari Ahad
Ku pergi juga bersama teman serumah
Seawal 11pagi sebab MekSu tumpangkan kami
So, transpot pergi setle!


Kami breakfast dulu di KFC
Then, kami separate plak dgn Mek Su
Sesi jelajah Jusco baru branch Melaka pulak!
Hahahaha =)
Aku ingat macam MP jek sekali rupa cam BP Mall (JJ lagi besar kot!)
Jusconye kecik tapi bahagian luar Jusco yang besar
Ada macam-macam service center cam Sony, Nokia dll (tak yah riso dah)
Leguh jugak kaki ku menapak


Overall okayla cuma kawan aku kata
Jusco kali ni tak banyak choice
Ye ke?? Ntahla first time aku pergi ni
Redah je la..
Janji shopping mopping!!


Ku jadi suka bila semua sale..
Jadi rambang mata pulak
Tapi tekad dah tak nak membazir dwet
Hahahahah (Boleh caya ke aku ni??)
Sempat jugak amik gambo dengan Dewa Kekayaan
Dapat la angpow sekali tengok dalamnya gula-gula 2 bijik?!#!


Menjelang petang Jusco makin crowded
Semua kaunter pun panjang customer beratur
Macam dalam konsert aku tengok
Nak berebut lagi dalam food court
Tensen gua!
Bila balik pulak, sudah!
Kami konpius mana nak cari tempat tunggu bus ni
Teksi pun tak nampak..
Alahai hari cuti ku!





Brunch dulu!

 
Testing jaket labuh..suka!



dalam Jusco dgn Dewa Kekayaan ~ kononnye lah!



kiut -miut nye souvenir..hahaha =)



p/s: ok ejan, start menabung sekarang!

Sunday, February 14, 2010

Teringin Makan Limau Mandarin Sekotak!




Gong Xi Fa Cai!!!

Untuk semua pakcik, makcik, jiran2 sbelah rumah, member tempat sekerja dan jugak kengkawan Chinese aku yang menyambut hari raya Cina.. mau angpau sama limau Mandarin ada boleh ka?? Keyi la. hahahha


Untuk bloggers yang sudi melawat dan tinggalkan link di M,M&I beserta komen-komen 'membina' tu, Xie Xie Ni!! (tetiba rasa nak cakap Mandarin plak almaklumlah setiap hari jumpa customer Chinese..KAH KAH KAH)


Maaf bebanyak.. Duibuqi..


Actually kalau boleh nak update hari-hari tapi memandangkan bila tiba rumah jek aku dah 'syahid' dulu sebelum sempat online dah.. Aishhhh..  Draft sekadar tinggalan jek. Esok-esok aku dah berhenti keje karang aku mau terjah sambil lompat-lompat di blog kamu ya! Semuanya gara-gara penangan part time time raya Cina nak dekat. Gila sakan diorang bershopping plak tu..Jeles aku!


Off day


Aku dapat cuti sehari sempena raya Cina 14hb Feb ni. Hopefully rancangan ke Jusco baru tercapai. Hehe Suka sangat. Mahu membeli belah tingkap sambil cuci-cuci mata. (Balas dendam ke hapa ni? tak kot. Ish2) InsyaAllah. Tak sabar dah nak jalan-jalan plak. Memandangkan plan nak balik Batu Pahat terpaksa ditunda, so aku redha. Redah jek esok hari!




p/s: Meriah bila kawasan rumah dgr mercun meletup-letup mcm popcorn masak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin