Klik sini..

Sunday, March 14, 2010

bAGAIKAN mATI hIDUP sEMula

Bus adalah pengangkutan ketiga ku selepas kete dan motor. Cuba korang bayangkan, kalau tak de bus, agaknya macam mana nak balik kampung halaman tanpa sebarang pengangkutan awam? Lagi-lagi yang jauh beratus-ratus kilometer..Walaweh, berjanggut agaknya nak sampai rumah..


Tapi, macam mana pulak kalau pengangkutan awam tu sendiri menjadi punca korang takkan balik rumah?? Ishhh, Ya Allah, jauhkanlah ku dari segala bahaya.. Realitinya, kondisi kemalangan kat Malaysia ni bukannya makin lama makin rendah, tapi makin lama makin tinggi lak. Dahtu antaranya bus, pengangkutan ku untuk pulang ke rumah!! ISK. ISK ISK


alala, comelnye bus ni (ihsan Google)


Jumaat lepas, ku terasa seperti mimpi. Seperti biasa, pulang ke Batu Pahat naik bus. Sebelum tu terpaksa menunggu selama 5 jam lebih kat Melaka Sentral semata-mata tiket bus tinggal pukul 7.30pm. WTHeck??!! Penat jek sampai awal-awal semata-mata kena tunggu lebih lama.  Terpaksa menunggu tercongok kat MC sorang-sorang. Bosannya..


Not my day, cuti sekolah dah start!! hahahah  Amik ko, lain kali beli tiket awal!!


Dalam perjalanan pulang, ku tertidur hampir separuh 2 jam perjalanan. Tak pikir pape dah. Penat sangat. Tetibe jek nga syok-syok tido, lepas lalu SMS Muar,  bus aku hampir-hampir nak terlanggar kereta depan yang tetibe jek berhenti sebab nak belok kanan. Ya Allah!!! Terkejut kami.. Aku yang selalu duduk seat depan terus terpikir kalau lah hentaman berlaku, ku yang duduk depan ni la yang paling first akan kena dulu!!


Mujur, bus driver sempat break. Alhamdulilah, ku masih hidup!!!  Kalau tak, keluar la pulak nanti berita kemalangan bus dalam paper. Dah terbayang wajah parentsku. Ku tak nak jadi mangsa kemalangan.. TIDAK SESEKALI!!  Huhuhu..Teros tak berselera nak sambung tido balik lepas tu!!


Berhati-hati ketika di jalan raya..


p/s: tak sabar nak ada kete sendiri..

3 comments:

zella y said...

uish...bahaya tu...

slalu tgk bus ni kdg2 jaraknya dekat je dengan kenderaan hadapan...
mcm main cucuh2 plak...

yg penting...selamat dh kn...
alhamdulillah...selamat bercuti!

aCu said...

haha..time baca ni, aku teringat mee bandung dpn skola tu. pergh! bapak sedap.

Luffy said...

syukur ko selamat
hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin