Klik sini..

Tuesday, March 16, 2010

Diam Bukan Sekadar Elakkan Kontroversi Panas





Hari ni, aku belajar tentang Customer Complaint Behaviour dalam subjek Services Marketing. Macam-macam kami belajar hari ni lagi-lagi dalam menilai komplen daripada pelanggan. Bila cakap tentang komplenn, aku pun rasa nak mencarut komplain jugak la..hahaha..(Ada-ada aje aku ni!)


Semua orang nak komplen. Komplen pasal makanan, servis, cuaca dan macam-macam la.Perkara biasa tu.


Tapi, kali ni aku nak komplen pasal BISING. Ye, bising la. Apelagi kan takkan pasal Cik Kiah rumah sebelah pulak.  Nonono.. Anyway, aku pergi mana-mana jek semua orang nak buat bising termasuklah AKU jugak..hahaha..Motif? Mulut tak reti nak diam.. Ada jek benda nak cakap..


Semenjak akhir-akhir  ni, aku perhatikan budaya ni dah makin menjadi-jadi pulak kat kelas aku (habis la aku kalau diorang baca tapi ni sebagai peringatan utk aku gak okay!). Kalau nak diikutkan, sape-sape pun buat. Lelaki ke perempuan ke sama jek. Semua balun nak cakap.. Tak kira mana-mana tempat.  dalam kelas, cafe, bus stop, lagi dalam tandas pun nak jugak?!@#??  Adehhh, memang terganggu jugak la!


1) Dalam kelas

Memandangkan lecturerku semuanya baik-baik belaka sem ni, mulalah pelajar-pelajar buat bising lagi-lagi kat seat belakang.Paham dah. Syaitan bersorak kegembiraan tu! huhuhu Kesian jugak aku tengok lecturer  sem kali ni. Rilek jek. Belum lagi waktu presentation, semua pun nak jadi presenter tak rasmi. hahaha.. Sebab? boring dalam kelas. Mulalah nak bergosip itu ini!!


2) Dalam Perpustakaan

Nampak jek papan tanda "Jangan Bising", tapi macam tak wujud. Kalau sekadar berbincang, memang elok sangat la tapi waktu study week, takkan nak cakap kuat-kuat kot. Memang ku geram, rasa nak campak jek muka hardcover kat library kat budak-budak yang buat bising dalam library tu.. huhuhu
Sabar je la. Harap-harap sem ni tak macam sem lepas..


3) Dalam Bus

Selalunya aku akan teros tidur sambil pasang mp3 dalam bus. Lagi-lagi kalau balik waktu malam, ahh memang HEAVEN.. sedap tidur.. Sunyi jek unless bus tu gedik-gedik pasang radio KLASIK.FM.. ah, sudah!! Aku selalu abaikan jek tapi kalau salah seorang penumpang cakap dekat telefon ataupun melalak kuat-kuat sampai satu bus dengar.. Tettttt... Memang tak boleh tahan! TSK..TSK..TSK.. 

Sebagai peringatan uuntuk diri ku ini..

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

*sumber google



p/s: tak sabar nak pi trip Khamis ni..

2 comments:

Abd Rahim said...

Diam2 ubi berisi...
Bising tin...cuma tin kosong jer..

zella y said...

nak suruh member yg suka sgt wat bising ni bc entry ni hehhehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin