Klik sini..

Showing posts with label Practical training. Show all posts
Showing posts with label Practical training. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Last Note: Farewell Time ^^~

Wow, it's been ages since I wrote in this blog.. ^0^ duibuqi nimen..

I'm in the mood of writing in English again after my English class ended last year. Well, along with BM posts as I will NEVER EVER leave my Bahasa Malaysia, my proud language. Yeah, we're talking about my graduation. I'm officially unemployed!  heh. =) No, it's not okay since I'm going to be adult in real, incase you know what I mean when I said adult rite?. So, yes I admit that I'm not happy with that statement. I'm still missing my Uni days in Uitm. I love hang out with my friends, I love attending class & doing my presentation & tests, mingling & fooling around sort of. Well, it's student life we're talking about! Who wan't it real bad? Raise your eyebrow? HAHAHA  bla. bla bla.. okay stop my rant*.

Now, I'm finished my internship at The Katerina Hotel a few weeks back.  I also done with my VIVA presentation and report. Phew, that was totally HELL weeks for me! I'm not doing it again for now unless I continue again with my Master. I'm planning to take my master maybe after I'm working. Well, we need money for that and I'm need to pay my PTPTN. Huh, still regret not applying scholarship. Damn for you, ijan! *mouth pouting* 

During my last internship, I had a great time with my colleagues, En Hamdan, En Khairul, En Iskandar, Ms Pei Lin, Syera, and Awida etc. So many friends I've made there during my 4 months and half. Definitely gonna miss them! Saranghaeyo! @_@ SO, my farewell party as my last day internship was 11 April 2011, we decided to make it at Dreamworld Family Karaoke (forgot the name place!). We sang and ate at Ceria Maju in Peserai in the middle of night! around 12.30am I think. It's so late that my father ends up calling me a few times. Hahahahaha but we have a great time, chatting and laughing together. ^^~


Miss this space..

my 2 executives.. 

 my beloved friends, Awida & Syera





My internship time was finally over. It was sweet, tough and full of memories! ^^~



Sunday, April 10, 2011

Weekend Break away!


1 April 2011, Jumaat
 Aku meninggalkan Batu Pahat dan menuju ke Melaka dengan bus bersama Awida malam tu jugak lepas balik keje. Fuh, penat sangat! Sampai Melaka pun lebih kurang pukul 11 malam. Luckily, kawan Wida tolong hantar aku ke Avillion Hotel dan terus check-in. Reunite again with Syaza & Aqila, my ex-housemates.. Meeting friends dan terus tidoooo -__-!! ZZZzzzz

2 April 2011, Sabtu 
Orang kata barang mahal memang berbaloi sesuailah dengan harganya kan? Morning in 4-Star Hotel memang best! First time kalo tak cuba bila lagi.. Hehehe ^^~ I love it lah! Turun breakfast dalam pukul 8am, cafe house full! Terjumpa pulak pelancong dari China dan staff-staff government. I'm full! Alhamdulilah.. Check out & terus ke KBM untuk bengkel SPSS Level 10.



credit to Aqila.

Love ya!  ^ ^ ♥

last but not least. gambar sendiri perlu jugak kan?




Wednesday, March 30, 2011

Note 7 : Orang kata breakfast itu penting!


Hi semua.


Minggu ni di penghujung bulan 3. Nampaknya aku kene gigih menyiapkan thesis. Aduh! -_-"
Memang tak sabar nak habiskan cepat-cepat! Pening nak menghadam segala perkataan satu satu
Boleh muntah, allergik kot.. kekeke ~ ~

***

Al-kisahnya, semalam 29/3/11

Aku dan Syera plan nak breakfast kat McD alaaaa breakfast ala-ala Western gitu
Ceh perasan! tapi ada aku kesah?? Aku ni jarang la pulak nak sarapan kat luar kan
So, dengan semangatnya tido awal then bangun pagi-pagi, bersiap dalam 7 pagi
Amik Syera then teros merempit ke McD Drive Thru berdekatan Carrefour BP
Sampai-sampai jek.... 


jeng jeng jeng...

Tadaaaa!!!!



OMG what the fish betol! ada promotion rupenya TT_TT

Sorang customer angkut sekali 6 polistrin cuba bayangkan line sepanjang ni.
Punch card keje nak pukul 9am at least la paling lambat
Last-last tukar plan makan kat Restoran Asam Manis jadi la
Family Breakfast bertukar jadi Teh 'O' dan Nasi Lemak...


ok kecewa.. banyak-banyak hari, kami salah pilih hari daa 

takpe takpe *pujuk diri sendiri* next time ada ^^~



Cilok dari si budak kecik =)


p/s:  Waktu-waktu terakhir praktikal!


Saturday, March 19, 2011

Note 5 : Sembang-sembang Sabtu

Selamat Hari Sabtu!



Rasanya dah dekat seminggu jugak ku tak mengupdate blog. Memandangkan hari ni hari Sabtu, keje kat ofis pun tak berapa banyak so  ape lagi curi-curi semangat berkobar-kobarnya  aku mengupdate blog. kekeke Hehehe ^^~ Aku tau ramai yang singgah sambil tinggalkan komen-komen yang cute kat shoutmix tu. Okay mekasih banyak-banyak, kalo ada masa aku akan cuba blogwalking balik UOLLLL semua yang sudi menjenguk MM&I ni.  TQVM!! Hoyeah ~ ~ ~



Okay, time serius pulak..


Wuuuuu...dah mula dahhhh..


Cecece ^^ Entry kali ni aku nak cakap tentang pandangan aku tentang bencana yang menimpa tsunami di Jepun 11 Mac yang lalu. Aku memang tak sangka sebab malam tu aku dah pun tertidur semalaman a.k.a overslept melampau dek penat berkejar-kejaran di ofis Sales. hahaha ^0^ Esok paginya baru bukak internet keluar kat berita. Terpegun sekejap. Sat tu dah terpikir kawan aku kat Jepun selamat tak mereka??



Bagi aku, musibah kali ni dah menunjukkan bahawa dugaan Tuhan itu tak mungkin kita dapat elak sedangkan Jepun adalah salah sebuah negara maju berteknologi tinggi. Allahhu Akbar. Sedih sangat. Lagi-lagi bila aku tengok berita. Fuhhh, tak dapat bayangkan kalo aku kat tempat mereka, di bumi mereka, dahtu depan mata pulak! Dulu aku selalu terfikir sampai masuk mimpi camne la kalo Malaysia ni ada gempa bumi, bencana alam, Astaga!



Cuba tengok ni! 




Bila aku tengok video-video ni semua, buatkan aku terfikir yang masalah aku ni tak la seberapa teruk dan malang pun apalagi nak dibandingkan dengan musibah mereka ni. Insaf..insaf...



Okay, dah penat membebel, apa kata lepas solat nanti kita doakan mereka agar selamat dan dapat bangun semula macam dulu-dulu. Sebab aku sangat kagum dengan orang Jepun ni. Tak semua tapi sebahagiannya. Tak dapat bantu dengan tenaga, doa & wang ringgit pun apa salahnya. Betul??




p/s:   Teringin nak melancong kat Jepun masa kecik-kecik dulu

Tuesday, March 8, 2011

Note 3


Salam semua,

Dah masuk bulan 3. Woot ^^~ Lagi beberapa minggu jek ku berpraktikal lepas tu cari stable job pulak. Aish aku masih tak decide lagi nak stay kat BP ke dok merantau lepas ni. Dilema. Aku anak sulung, so tanggungjawab jaga mak ayah satu hal. Kalau bukan aku sapa la lagi kan. Aishhhh


Lupakan sekejap tentang responsibility tu..


Sabtu lepas 5hb Mac, lepas balik keje cadang nak kuar makan. Aku, Syera dengan Wida singgah Ceria Maju berdekatan taman perumahan aku bersama dengan exec department aku, En Hamdan dan En Iskandar. En Hamdan nak belanja makan sempena besday Wida yang lepas. Alhamdulilah, dapat makan free! yeay!!! Bukan senang orang nak belanja makan ni. Aku jarang-jarang dapat peluang makan luar. Suka taw! Dapat hang out luar sekali sekala memang syokkk! kekekeke ^^~


Jam menunjukkan pukul 9.30pm, awal lagi. So, kitorang bertiga singgah BP Walk sambung bergossip! Lepak kat kedai Ramly. ahahahah =)  Angin pun sepoi-sepoi bahasa malam tu. Patutlah ramai suka keluar malam. Jeles! Sambil borak, sambil minum dan jugak cuci mata. Oops! =) Macam-macam ragam. Paling meluat kalau asap rokok tu menusuk hidung. Grrr tapi aku pun bukan peduli sangat janji kitorang enjoy. Ini kali kedua kitorang bertiga hang out together. Busy huhu..  


Such a precious time! Thanks guys  


p/s: entah bila dapat lepak-lepak lagi..


Wednesday, March 2, 2011

Note 2


Assalamualaikum.


Moga hari anda baik-baik aja.=)


2 hari ni aku sorang-sorang kat department sebab Syera cuti *sigh* boring sket. Rasa tangan tak cukup sebab terkejar-kejar nak buat sume benda. Nasib baik ada orang tolong. Arigato En Khairul, Arigato En Iskandar. Hehe =) Sangat terharu! Ada masa diorang sangat baik hati. ^^ Lagi-lagi bila ramai lak on leave masa aku sorang ni. Aishh.


28 Februari 2011
Aku diminta menolong Banquet jadi waitress masa dinner persaraan Ketua Polis BP malamnya memandangkan Banquet tak cukup part time. So aku keje la part time malamnye lepas balik keje. Fuh, first time serve, tolong angkat pinggan, clearkan meja, tuang air kat guest. Memang lenguh tangan dan kaki lagi-lagi pakai heels sebab tak sempat nak balik rumah time tuh. huhuhu 


Siyesly, sekarang aku sangat-sangat memahami keje banquet ni. Bukan senang tahu. It does pay well but u'll get tired easily if you're not strong enough.  Kene kuat semangat fizikal dan mental taw. Lepas dapat pay cash, aku teros blah.


Malam tu,aku susah nak tido sebab kaki sakit sangat, berdenyut-denyut T_T


Note 1



I'm so sorry..


Entah beberapa kali agaknya aku cakap sorry. Sorry to myself, sorry to others. I really mean it. Banyak kali menyusahkan orang lain. hehe. Beberapa harini ni sangat sibuk sampai badan sendiri pun tak terlarat. Sakit seluruh badan sampai satu tahap aku terus demam.MC beberapa hari. Tak boleh bangun sebab suhu 39'C. Mungkin keje melampau sangat. Sebelum tu tolong housekeeping jugak Satu pengalaman baru.Dapat tengok bilik dan jugak tengok cara diorang bekerja Fuh, penat! I tell you ^^


Aku dah pun buat yang terbaik. Sehabis mungkin. Sayang takde yang menghargai tapi aku sangat bersyukur sebab masih ada kawan-kawan yang sanggup tolong masa aku susah. THANK YOU SO MUCH.

I'm very thankful ~^^




Sunday, February 27, 2011

Mess Night

Salam semua.

Nampaknya dah masuk penghujung bulan Februari. Yeay! Lagi sebulan lebih jek aku kan berpraktikal lagi. Memag tak sabar nak habis tapi lepas tu kene cari keje pulak. UHUK UHUK ^^~ Kali ni aku post entry lama.ngeh =)


Aku berpeluang untuk tengok function masa dinner "MESS NIGHT" kat hotel tempat aku berpraktikal. Dinner kali ni lain sikit sebab dinner berprotokol ala-ala makan beradap gitu. Dulu aku selalu join gak waktu duduk asrama sebab tiap-tiap bulan ada makan beradap. Teehee =) Oh ya, dinner "MESS NIGHT" ni lain dari yang lain sebab korang akan makan bila lagu yang dimainkan bertukar-tukar. Ahahaha macam robot dah aku tengok diorg ni makan. Tukar lagu jek dah kene serve makanan lain. Membazir tapi rezeki bagi kami. hahaha =)


Sebelum function aku uruskan menu card segala jadah tu semua. Cerewet tol! Sabar jek la. Sales person aku pun banyak kuar dwet sendiri sebab nak layan demand diorg ni. hehe Sorry. Then, before function start aku dan Syera menyemak tengok budak Banquet hias Grand Ballroom sambil amik gambar. hahahaha Paling best bila dapat makan free. nyum nyum  










p/s: Penat tapi berbaloi!.. ^^~  


Saturday, February 5, 2011

Menghabiskan Waktu Di Rumah Keduaku

Xinnian Kuaile!


Semalam(4 Feb) dah masuk hari kedua CNY. Hotel pun dah full house dengan guess dari luar BP
Kebanyakkannya dari Singapore. Fuh, kete tak nak besar-besar lak kan
Jeles gua! Dapat bawak sebijik ni memang puas


Semalam seperti biasa datang keje. Tak banyak pun nak buat. Sebab semalam dah penat buat keje berat
Nasib baik boleh on9 memanjang. Streamyx beb. suka! ^^~
 Kah kah kah Siyes memang bosan. T_T
paling tak bleh blah...
Berpuluh kali aku turun jalan sekitar hotel, banyak jugak la staff tanya;


"Aik, tak cuti ke hari ni?" Memang G*****!!


Kalau aku cuti tak le aq datang down. Menyirap. Okay-okay, dah nama pun boring, dok amik gambo pun best. *curi-curi bawak hp* Ofis aku (perasan!) dah berubah wajah..
3hb Feb, tarikh rasmi renovation kat ofis aku. 100% berubah wajah


Aku tak taw la apa reaksi staff department aku nanti ble diorang naik cuti nanti *risau*
Neves pun ada lagi-lagi pompuan tu. Huh.. ^^



Department terchinta 



Jarang tak tunjuk muka terbaru. *malu2 kambing aku ni!*


Selamat bercuti semua!!


p/s: ok, nak pi keje dulu


Sunday, January 23, 2011

Lautan Biru Di Sana



14 Jan 2011

Tarikh keramat SERVICE CULTURE 2011-2012 dilancarkan.  


Salah satu program yang dilancarkan kat tempat aku berpraktikal. Memang bagus. Management nak serapkan quality service from heart. Perghhhh, sumpah aku rasa mende ni macam FAIL jek. Bukan aku nak buruk-burukkan tapi kalau company tu sendiri tak nak buat perubahan dan jaga kebajikan pekerja, macam mana Pekerja tu sendiri nak ikut? Betol tak? hurmmmm.. kita tunggu dan lihat!


Kempen ni dilancarkan kat Sapphire Ballroom. So semua pekerja diwajibkan hadir. Kira event hotel yang grand lah. Siap ada decoration gitu. Tiga-tiga director pun ada. Punya la semangat sampai t-shirt ala-ala cleaner pun dapat free jugak.. Sumpah dah macam pekerja kilang takpun budak sekolah nye baju aku tengok. kaler BIRU! Aku teros sarung t-shirt dan pakai button Service Culture siap-siap masuk dewan.


Takpe terasa okay lagi. Tapi saiz baju aku, M punya gedabak sebab takde cutting. HEH, tak okay! Tak boleh blah taw. Macam sarung guni dah aku tengok. Saiz badan pekerja kebanyakannya kecik-kecik, baju aku dah boleh muatkan 2 orang budak kecik taw.. Menyirap aku!  Meroyan sekejap sebab nampak macam .....? Dahla badan ku ini cute, bertambah sepuluh kali ganda cute! ^.^~ Bukan aku sorang je, semua pun menyumpah-nyumpah.. Memang ..........!


Benci..


Aktiviti sampai pukul 5.30pm lepas berakhir dengan ucapan Ms Au Gek Keng. Fuh, memang mantap! Semangat giler pengarah aku sorang ni bercerita. Dia kata, "Saya lebih suka bercerita sebab kamu semua lebih faham kalau saya cerita panjang lebar!" Faham sangat.. Memang berjela-jela dia bercerita sampai buat aku tertido! (-__-)  Khusyuk sungguh aku kan?


Erk!!?  -__-"


Last but not least,
Aktiviti terakhir kitorang menari tarian poco-poco beramai-ramai. Yeay! memang suka time ni. Lagi-lagi bila dah terer menari. Dah macam kanak-kanak ribena. Menari ramai-ramai memang best lagi-lagi aku dapat tengok semua orang. Bukan selalu nak berkumpul macam ni. Selalu bertembung jek dalam lif. Tak syok la kan. kan.. =)  Ahh, rindunya time tuh!   Hari terakhir jugak bersama Chin Yee, lepas ni sorang-sorang budak praktikal lama akan tinggalkan hotel. Wuaaa T_T kitorang dah rapat walaupun sekejap jek.. 



Last day bersama Chin Yee ~ Trainee Hotel Mgmt



Orang kuat.. Top management yang cun melecun >.<


***

p/s: Lagi 2 bulan setengah jek.. pastu blah!


Sunday, January 2, 2011

My day on 1.1.11





Happy New Year!!


Gong Xi Fa Chai!!

Alhamdulilah, dah 2011. Officially I'm going to be 22 this year..OMG! Sudah besar maka boleh jadi mak orang?? Hahahaaha^^  Ea silap, sudah tua maka semakin matang dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Agaknyalah. kekeke ~ ~


2010
Berlalu sudah. Rasa macam nak review balik. Banyak yang berlaku tahun lepas. Macam-macam pengalaman aku alami, Baik buruk pahit manis semua ada. Bak kat Tok Wan; "Macam-macam ada!" Hah, memang tak boleh lupe sebab ia mengajar aku erti hidup. Kenangan-kenangan terakhir bersama member-member di Uitm terutamanya ex-housematesku, Qila, Oya & Syaza dan juga budak-budak Marketing part 5A, 5B & 5C. Ahh, manisnya kenangan! Lepas ni dah masuk alam pekerjaan, so takde main-main lagi. Fikir nak balas balik jasa mak ayah. Itu yang penting.. ^__^


 2011
Tahun baru, 1.1.11 no yang sangat sangat cantik. Ramai agaknya yang kahwin semalam termasuklah sahabat ku di Samura, Aida Azmal. Tahniah ku ucapkan pada beliau (ramai betol teman seusia ku sudah berkeluarga, aku bila lagi agaknya ya?? hehe insyaAllah!) Semalam, aku menghabiskan tahun baru dgn bekerja. Well, no public hoilidays for me..huhu  Apapun, lepas balik keje, En Khairul belanja kami, aku dan Wida gi lepak-lepak kat Old Town untuk minum  petang. Thanks ya En. Khairul! First time aku makan kat Old Town. hahaha *blushing* jangan gelak okay!




Jarang ni nak suruh exec belanja makan..hehe ^^




Lepas makan-makan, sambil borak-borak, kitorang balik hotel balik. Kami stay sekejap, sambil monitor function dinner budak-budak lepas sekolah. hahaha sangat kelakar! Fesyen mengalahkan budak U. Padahal
18 tahun je kot. Mak ai. sabar je la. terseksa mataku tengok diorang ni. Bosan giler, kitorang teros blah.

Next time, aku nak tengok function wedding plak!


 p/s: cuti ku approved so Isnin ni cuti. Turun Melaka!


Monday, December 27, 2010

Berat Hati Tapi....



Happy holidays!!!

Tinggal lagi beberapa hari jek lagi 2010 akan melabuhkan tirai. Welcome 2011!!! Huaaa ^_^ Cepatnya masa berlalu. Masuk minggu ni dah genap sebulan lebih 1 minggu ataupun 6 minggu specifically aku berpraktikal di Hotel K******* lalalalalala ^^~


2 minggu lepas sangat hectic.maka sangat penattttt  TT__TT


Entry lepas aku ada cerita pasal aku menjalani praktis koir sempena sambutan Christmas Eve kat hotel aku. Maka selama 2 minggu kitorang berlatih tepat jam 4pm. Semua department terlibat termasuklah department aku. Department aku semua terlibat kene sekali. Huhuhu no excuse! Tapi selama 2 minggu ni memang best sebab kitorang dapat hang out beramai-ramai.. Aku memang menunggu time koir sebab dapat keluar department. Best! Wuuuuaaaa ^___^


23 Dis 2010
Pukul 9pm, lepas habis keje, kitorang datang balik hotel. Praktis koir lagi. Semua orang termasuk banquet sibuk setting Grand Ballroom untuk Xmas Eve punye function. So, diorang tak dapat join choir. Sayang giler. Hilang suara harmoni. Huh.. Takpe  takde rezeki. Choir kali ni special sebab ada version unplugged oleh exec aku, En Hamdan..Kami nyanyi 3 lagu, Jingle Bell Rock, We Wish U Merry Xmas dan Santa Claus Is Coming To Town..



Malam sebelum Xmas Eve..praktis koir

'
penyanyi2 koir berkaliber..hua hua ^^


24 Dis 2010
So, the big day, (note:aku tak sambut pun Christmas eve ok!) aku bekerja malam tu. Aku tahu, umat Islam diharamkan menyambut, maka aku pun tak boleh nak kata apa. Anggap jek bekerja.  Boleh ke ek macam ni? Orang kata hotel industry ni halal haram memang letak tempat last sekali. Sumpah! Memang betul. Soal hukum agama diorang tolak tepi. Ada yang teguk air tu macam air teh jek. Sedih aku tengok. Orang Melayu tu tapi aku tahu aku siapa so malas nak campur janji aku buat keje aku. 


Memandangkan kami dilarang membawa handphone, so aku pun malas nak amik gambar malam tu, Xmas Eve. Malam tu kami bertiga makan besar. Semua orang dok sibuk keje, kitorang bertiga dok sibuk menjamu selera. Thanks staff kitchen. Hahaha Heaven! Kitorang dapat makan free turkey! 1st time aku rasa. Not bad, macam ayam jugak rasanya. Cuma kena hati-hati takut ada yang termakan sos bercampur wine. Fuh! So, kene tanya dulu. Then, kitorang melantak makanan-makanan yang ada. Fruit tart, spagheti, mixed fruit, popia basah bla bla.. 

Alhamdulilah.. ^^ Praise to Allah


25 Dis 2010
Kami kene keje hari tu. So no public holiday for us. Datang keje pun rasa nak tak nak jek tapi tenang sikit sebab tak de bunyi telefon sangat dari clients, tak de bunyi bising dan takde stress sangat. Relax jek. hahaha Memang best walaupun hati kat rumah.. *hipokrit giler*


Sekian berita melaporkan dari TV6..



                                                                                      p/s: tahniah pada member aku, Fatin & pasangannya
                                                                                            yg baru berkahwin semalam (26/12/2010) ^^



Monday, December 20, 2010

Saya nak kerusi urut satu!!




Ku rasa minggu lepas adalah minggu yang paling penat..
7 hari bekerja dalam seminggu huaaaa TT___TT

Minggu lepas ku diarahkan untuk membantu Puan As, HR department untuk menyiapkan segala borang untuk persediaan pelajar praktikal dari Indonesia. Thanks to my boss, ku terpaksa menaip dengan menggunakan mesin taip antik yang lebih kurang seusia ku agaknya! Kematu tangan buat beberapa hari.. adeh! Kesian puan.  Kalau la dapat mesin taip elektronik dah lama siap agaknya. Aku je yang terkedek-kedek mengetuk mesin taip seminggu. Lambat giler..


Selain itu, minggu ni jugak aku diberitahu kami bertiga kena bergilir-gilir membuat promotion hotel kat Fair BP Mall bermula hari Khamis sampai la hari Ahad. Shift aku dari hari Sabtu hingga hari Ahad dari pukul 11am hingga 5pm. Fuh, bosan giler! Pusing-pusing BP Mall bagi flyers untuk customers awareness.. ^^ Muak dan penat!! Sempat jugak aku cuci-cuci mata dan terserempak pulak  member aku, Ain dan Reen..

Flyers Hotel

Hari Sabtu adalah paling penat!!

Kami bertiga terpaksa buat aprt time sebab staff banquet tak cukup. Haritu paling sibuk untuk Hotel K sebab function full house! ^^ Selepas pulang dari BP Mall, aku kena buat macam-macam keje. dari hantar Event Orders, photostat dan siapkan task kat department aku sorang sebab trainee lain dah siap-siap tolong department banquet. oh ya, kitorang kena tolong banquet untuk dinner Syarikat Faizah..


Thanks Syera & Wida sebab tolong cover keje aku masa aku takde kat banquet petang tu. hehehe.. Function start pukul 9pm. Sebelum tu ada brief meeting untuk budak part time. Kebanyakannya cina semuanya. Diorang ni sume dah biasa keje banquet. Muda-muda semuanya dari aku tapi dah pandai cari dwet. "Apa lah yang aku buat masa umur diorang ni yek??"


Tugas aku adalah masa Food Presentation. sebelum dinner start, pihak hotel akan buat gimik opening sebelum makanan diserve. Fuh, nerves giler time tuh! Menggigil time aku pegang makanan untuk VIP. Dahla kena jalan kat red carpet dan semua mata tengah pandang kitorang. Macam pengantin pun ada kena catwalk! hahahaha Nasib baik pinggan aku tak tumpah. Syukur dah lepas.


Bila dah abis, kitorang bertiga kena jaga part time sambil pantau meja-meja guest takut ada yang terlepas pandang. Seriously, memang penat! Badan aku dah start lenguh-lenguh inikan pulak waiter-waitress yang ulang-alik angkat pinggan mangkuk tu! Fuh, sakit!!! Waiter dah la tak cukup, kesian guests. Bila time nak hidang makanan baru, ada pulak air yang tak cukup. memang tak cukup tangan.. Hopefully, aku harap diorang pulang dengan senang hati.


Malam tu memang tak bleh lupa. Hehehe ^^ aku dapat jumpa bos besar Syarikat Faizah. *Woot* Bukan selalu ni. selalu nampak kat TV jek. Function habis dalam pukul 12am. Lepas dapat dwet bayaran part -time, sampai rumah jek terus tidur atas katil. Memang tak bleh nak bukak mata, tambahan pulak kaki aku dah start kejang. 2-3 kali jugak aku tersedar. Terpaksa tidur awal sebab esoknya nak turun BP MAll, damn,keje lagi esoknya.. huhuhu T__T

Ihsan Pakcik Google..


Esoknya, masa on duty, aku dan Syera gi cari kerusi urut yang kena bayar RM1 untuk 3 minit tu.
Hehehhe ^^ memang syok kena urut. Kurang skit sakit-sakit badan kitorang. Tanpa peduli orang yang lalu lalang kat sebelah cinema.KAH KAH KAH. 


Isnin sampai lagi harini. Keje time! 
Semoga minggu ni adalah lebih baik dari minggu sebelum-sebelumnya. InsyaAllah!



p/s: boss, saya nak cuti lebih!!!

   

Wednesday, December 15, 2010

P**** Berganda-ganda!!





Aku dah mula mengenali staf-staff hotel K sekarang ni
Yang baru mahupun yang lama
Lagi-lagi nak hujung tahun ni ramai la pulak part time
Menyesal betol aku tak minta keje kat situ time muda-muda dulu *UHUK*
Hahahahaa ^^ Ahhh, its past already..

Chingu, Kawan, Pengyou, Friends..

Walaupun tak semua nama yang aku tahu.
Yang aku ingat pun Syera, Siti, Zila, Shirley, Chiew Yee, Sham, Iwan etc..
Tapi best sebab ramai kawan2 aku bleh kenal kat sini
Aku kan pemalu orangnya nak-nak orang yang baru kenal ni
Adehhh, malu-malu kambing tul aku ni! hak hak hak
Sorry adik-adik, akak bukan sombong tapi malu
Harini pun bertambah lagi staff baru. Events hotels sangat banyak
maka staff baru pun diperlukan.. 

Masa rehat paling la penting, Canteen Staff
Tempat nak bersosial itu la spotnyer
Bila dah kumpul ramai-ramai, memang sesak
Sampai makanan untuk staff pun habis!
Kena tunggu second round lagi-lagi kalau aku rehat lambat! Damn.

Satu lagi time assembly, kena menari poco-poco beramai2
Staff2 lain pun ada..
Masa ni la aku kenal adik-adik yang amik part time
Siap menyakat aku lagi pulak tu.
Kureng asam boy betol! 
Takpe..takpe bagi can kat diorang. Ni time diorang..HUH!

Apapun, dalam 2 minggu ni aku kne praktis koir utk Christmas Eve
WTH?? Aku kne keje malam cuti lor.. 
Sangat la busy lagi-lagi aku tolong 2 department sekaligus..
Balik rumah terus terbongkang! *dead*


***

p/s:Takde masa nak jumpa member sendiri sbb kena keje. Miyaneh Chingu!! ^^ ~



Thursday, December 9, 2010

Pahit Macam Hempedu

Its almost 3 weeks.. *woot*

Still on counting.. yeah!
I'm so proud of you Norizan.


However, this week sucks!!! Asyik kene tengking jek. Tanya soalan baik-baik pun nak marah.  Dalam hati nak je cakap, tapi kena la buat muka innocent kan tapi itupun tak jalan gak.Tanya salah, lagi tak tanya salah. Fobia betol aku nak cakap sepatah perkataan pun dgn dia.  Penat la aku camni. Lagi-lagi nak mengadap muka dia jek setiap hari. Aku rasa dia memang tak suka aku kot. Apa ni?? Semua yang aku buat macam tak kena jek kat mata dia. Aku sorang jek okay. WTH?? I can't pretend everything looks fine. I can't but I have to. Dugaan Tuhan nak bagi kat aku sekarang. Sabar lagi..


Bosan dan penat...


Setiap hari rasa takde mood jek nak datang keje. Nasib baik HOD aku baik-baik semuanya. Kuat menyakat. Hehehe. Kurang sket stress aku kat department tu. *sigh* At least diorang boleh bergurau senda dengan kitorang bertiga ni. Tak la sombong sangat. Aku suka. Meriah sikit petang-petang yang boring tu ^^ ~
Nak marah pun takde la sampai melukakan perasaan aku. Aku terima dengan hati terbuka. Al-maklumlah, praktikal semua baru nak belajar.


Bukan tu je yang mengganggu fikiran, tapi musim hujan buat beberapa minggu ni menyebabkan aku terpaksa berhujan setiaop hari. Al-maklumlah naik moto. Lagi-lagi tinggal sorang ni. Memang susah.  Nak mintak tolong parents hantar pun tak bleh la. Jauh. Nak tak nak kena la independent. Cepatla musim hujan ni berlalu. I can do it! hehehehe


Aku selalu bagitau diri sendiri, bagi motivate, penguat semangat aku;

Remember Allah is always with you.Be strong & never give up, Ijan ^^ You're a champion,show them what is a true champion. I'm so PROUD of you..



Friday, December 3, 2010

Hari-hari Berpraktikal..

rasa nak jerit kuat-kuat!
guling-guling atas padang rumput ke..
lompat-lompat atas katil pun okey gak..


macam tak caya..


dah 2 minggu rupanya.
memandangkan aku keje 6 hari seminggu
bila sampai hujung minggu memang tak sabar
lagi-lagi nak dekat hari Ahad ni
Fuh, cepatla sampai off day!!
walaupun sehari jek


Minggu ni koordi aku suruh aku buat macam-macam
2 orang lagi praktikal buat keje dalam department jek
Aku yang dikerah kuar sana-sini, tak sempat duduk kena kuar lagi
Turun bawah, hantar event orders, signage, faks dokumen etc.
Penat tapi at least tak la mengantuk buat corporate rates tu memanjang depan komputer antik tu
Hahahaha.. suka lagi-lagi dapat cuci mata ^^


At least aku kenal la sume staff kat situ
Dan diorang pun dah bleh buat lawak bodoh dgn aku
Perghh, memang tak bleh blah lagi-lagi abang assist. kat bhgn housekeeping
Selamba badak jek dia jek nak kata apa dgn aku
Hahahha, bagus la tu..


Cakap pasal tugasan, selain duduk dalam department aku
Aku juga kena tolong department HR sebab dia sorang-sorang kat situ
So, aku la yang kena panggil kalo ada keje lebihan
Hahahaha, >___<
"Puan As, sila beri markah lebih untuk saya okay!"
Minggu ni dah ramai staff baru, yang buat part time
ada jugak yang jadi permanent.
Ramai betol! Sampai aku tak ingat dah..

Apapun, aku kena ingat sume benda.. Penting!!


p/s: tak dapat bergambar, tak bleh bawak HP..huhu

Sunday, November 28, 2010

Aku Bukan Jahil Sangat!

Selama berpraktikal..
Aku banyak berdepan dengan orang ramai
Dealing dengan government dan private sektor
UTHM, Segi, JPNJ, dan lain-lain..
MAcam-macam commpany rupanya yang deal dgn hotel K
Memang busy.. Lagi-lagi Hotel K
adalah hotel 4 star kat Bandar BP ni
Nak-nak dekat hujung tahun
Banyak la pulak functions yang diorganize oleh Sales department
Walaupun aku bukanlah budak Sales, tapi
banyak jugaklah yang aku belajar kat department ni
Memang lari habis dah segala ilmu Mktg aku kat UiTM


Apapun, semua tu memang tak lari dengan konflik
Konflik sebab last minit, perubahan la
Permintaan customer la. macam-macam
Tapi yang paling aku hadapi kat sekarang ni
Konflik dalaman..


Racist..


Aku dah banyak kali hadapi mende ni
Sejak belajar kat Sekolah Convent dulu pun dah alami
Ni kan pula masa keje
Paling tak tahan bila Superior aku sendiri dok mengumpat pasal orang Melayu
dalam Mandarin sesama diorang
Patutla dia macam tak suka jek kitorang praktikal
Sebelum ni dak praktikal adalah Chinese okay.


Walaweh, pikir-pikir balik dia adalah superior aku
SABAR je la dalam hati
Ingatt aku tak paham ke??
Aku faham 99% la apa yang korang cakap.
Tu yang aku diam tak nak bagitaw yang aku bleh faham
Diorang nak umpat ke tak puas hati ke aku boleh curi-curi dengar
IShhh Geram betul la!!! #@#$%&*


Buat aku bad mood jek petang sepanjang hari..
Aku faham
Biasa la tu kalau keje private sektor
Yang penting cari pengalaman
Kita ni menimba ilmu bukan nak cari gaduh
So, bertahan Ijan!! ^^ ~ ~

Malu Sendiri

Alhamdulilah..


Harini genap seminggu ku berpraktikal
di Bandar Batu Pahat
Setelah lama tak duduk BP, akhirnya ku kembali jua
6 tahun kot dok merantau..
HEhehehe ^^ Macam baru balik oversea lak!!


Masa aku praktikal, terjumpa sorang budak ni
"Duduk mana?"
"Taman Soga."
"Ea, saya pun dok sana gak. Jalan K****"
"Sama gak"
"No 7."
"Hahahaha, sebelah jek rupanya"
"Tak pernah nampak pun!"
Kahkahkah, memang la tak pernah nampak.
Aku balik rumah pun bukan dia ada.
Dah jadi perantau ni, balik rumah pun kurang ler. LOL


Kesian..


Last-last jumpa jiran balik gak kat sini.
Buat maku betol aku nih.
Wida dok sindir-sindir.
"Aku borak dgn jiran ko la."
Peduli apa aku. Ceh.
Setakat ni baru beberapa orang jek staff yang aku kenal.
Boleh la baru seminggu.
Ada 5 bulan lagi kat situ..

Fuh, lama betol!

Tuesday, November 23, 2010

Pengalaman Hari Pertama

Hari ni 1st day aq wat practical kat Hotel K@8&%@#*
Dari malam sebelumnya dah berdegup-degup jantung
Macam nak pitam jek. Uishhh
Kalau budak Johor start hari Selasa
Tengok member-member yang lain yang dah practical
awal sehari kata okay
Rilek jek, lagi best bila dapat bos yang giler kaw-kaw
Perghhh jelesss!


So, awal-awal pagi dah datang hotel K.
Kena gi security dulu,
"Dik, tak bleh bawak beg besar ek, handphone kene tinggal gak!"
dalam hati, WTH??
Okay lagi, jumpa HR. Mak ai garang giler puan tu.
Dah selesai briefing, aku dengan Wida pergilah
Sales Department, macam 1 Malaysia
4 Chinese, 3 Melayu, 1 India muslim..


Tentang department aku lak,
Yang Melayu okay la. boleh lagi tapi yang C tu, kureng mesra alam sikit
Huhuhu mau nangis aku dibuatnya. Mulut tu tak reti ke nak bukak?
Sabar je la..
Exec kat situ ramai tapi yang paling garang head department la merangkap Operation Manager
Fuh, garang siot! nasib baik koordinator aku okay ^^
Walaupun tak de meja sendiri, kami redha *sigh*
Ye, Hari Memalukan Belajar benda baru ^^
Orang kata training ni macam kuli
So, kena lah buat apa yang diorang minta


1st day jek dah belajar fax, pastu taip quotation, photostat semua la
Dah lari kesana kemari
Kadang-kadang kena hantar document kat department lain
awal-awal lagi..
Koordinator aku kenalkan kitorang kat semua orang *malu*
Ramai gak budak practical kat situ cuma lain department la



Banyak yang aku belajar harini..
Kena pantas kuasai sesuatu dan mencatat
Walaupun exec aku dah mula ingat nama aku
Terpaksa terima arahan dgn senyuman hahahaha
bila dia asyik suruh aku jek buat keje
Takpe takpe.. cari pengalaman
Fuhhhh giler kentang penattt!!!


Keje aku memerlukan work attire hari-hari,
Bagi nampak smart tapi.. aku lagi suka pakai bj kurung
aku kena pakai 5 hari kemeja & 1 hari baju kurung (apa!!!!)
Uish, kena beli untuk 1 almari baju ke hapa nih.. mak aii >.<
Tak mo!!


Last day harini, Exec aku cakap;
"ada lagi 5 bulan?? Kena ragging kaw-kaw la jawabnya nanti dgn saya!!"
Perghhhh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin