Klik sini..

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Last Note: Farewell Time ^^~

Wow, it's been ages since I wrote in this blog.. ^0^ duibuqi nimen..

I'm in the mood of writing in English again after my English class ended last year. Well, along with BM posts as I will NEVER EVER leave my Bahasa Malaysia, my proud language. Yeah, we're talking about my graduation. I'm officially unemployed!  heh. =) No, it's not okay since I'm going to be adult in real, incase you know what I mean when I said adult rite?. So, yes I admit that I'm not happy with that statement. I'm still missing my Uni days in Uitm. I love hang out with my friends, I love attending class & doing my presentation & tests, mingling & fooling around sort of. Well, it's student life we're talking about! Who wan't it real bad? Raise your eyebrow? HAHAHA  bla. bla bla.. okay stop my rant*.

Now, I'm finished my internship at The Katerina Hotel a few weeks back.  I also done with my VIVA presentation and report. Phew, that was totally HELL weeks for me! I'm not doing it again for now unless I continue again with my Master. I'm planning to take my master maybe after I'm working. Well, we need money for that and I'm need to pay my PTPTN. Huh, still regret not applying scholarship. Damn for you, ijan! *mouth pouting* 

During my last internship, I had a great time with my colleagues, En Hamdan, En Khairul, En Iskandar, Ms Pei Lin, Syera, and Awida etc. So many friends I've made there during my 4 months and half. Definitely gonna miss them! Saranghaeyo! @_@ SO, my farewell party as my last day internship was 11 April 2011, we decided to make it at Dreamworld Family Karaoke (forgot the name place!). We sang and ate at Ceria Maju in Peserai in the middle of night! around 12.30am I think. It's so late that my father ends up calling me a few times. Hahahahaha but we have a great time, chatting and laughing together. ^^~


Miss this space..

my 2 executives.. 

 my beloved friends, Awida & Syera





My internship time was finally over. It was sweet, tough and full of memories! ^^~



Sunday, April 10, 2011

Weekend Break away!


1 April 2011, Jumaat
 Aku meninggalkan Batu Pahat dan menuju ke Melaka dengan bus bersama Awida malam tu jugak lepas balik keje. Fuh, penat sangat! Sampai Melaka pun lebih kurang pukul 11 malam. Luckily, kawan Wida tolong hantar aku ke Avillion Hotel dan terus check-in. Reunite again with Syaza & Aqila, my ex-housemates.. Meeting friends dan terus tidoooo -__-!! ZZZzzzz

2 April 2011, Sabtu 
Orang kata barang mahal memang berbaloi sesuailah dengan harganya kan? Morning in 4-Star Hotel memang best! First time kalo tak cuba bila lagi.. Hehehe ^^~ I love it lah! Turun breakfast dalam pukul 8am, cafe house full! Terjumpa pulak pelancong dari China dan staff-staff government. I'm full! Alhamdulilah.. Check out & terus ke KBM untuk bengkel SPSS Level 10.



credit to Aqila.

Love ya!  ^ ^ ♥

last but not least. gambar sendiri perlu jugak kan?




Monday, March 14, 2011

Note 4 : cuti sehari terasa macam public holiday la!

AHAD 13/3/2011

Mujur harini tak hujan macam beberapa hari lepas. Bukan rimas tapi risau takut tak dapat tunaikan janji. Bukan senang nak keluar lagi-lagi bila dapat jumpa mereka selang beberapa bulan mahupun setahun sekali. aishh T_T sebab mereka lah member yang rapat dengan ku kat Batu Pahat ni. hehe ^^~ dapat gossip sama-sama, shopping sama-sama makan sama-sama, tengok wayang pun sama-sama lah! TQvm Ain & Dilla 

Big Cinema BP Mall.. macam hampeh! 


laparnya saya! 1st time makan kat Kenny Rogers..

Kami tengok 127 Hours bila sume citer best-best tak kuar lagi kat Big C. Geram sungguh. Overall cerita ni not bad. Truly true story. Tentang hero yang cekal dalam menyelamatkan diri kat tengah-tengah canyon yang maha besar tu. Fuh tak tau la kalau aku yang kat tempat dia. Boleh gila kot! Tabik spring la.. Kawan aku kata best cerita ni lagi-lagi yang tengah putus cinta. Why? aku pun tak sure tapi bagi aku 50-50 la. Not bad bagi aku yang tak minat cerita genre camni.. Hehehe =)

Mamat ni adalah Harry Osborn dlm Spiderman tu?? Fuh..

Waktu tangan kanan dia tersekat di celah batu..


p/s: sangat-sangat risau dgn keadaan Jepun sekarang.  huhu T_T

Tuesday, March 8, 2011

Note 3


Salam semua,

Dah masuk bulan 3. Woot ^^~ Lagi beberapa minggu jek ku berpraktikal lepas tu cari stable job pulak. Aish aku masih tak decide lagi nak stay kat BP ke dok merantau lepas ni. Dilema. Aku anak sulung, so tanggungjawab jaga mak ayah satu hal. Kalau bukan aku sapa la lagi kan. Aishhhh


Lupakan sekejap tentang responsibility tu..


Sabtu lepas 5hb Mac, lepas balik keje cadang nak kuar makan. Aku, Syera dengan Wida singgah Ceria Maju berdekatan taman perumahan aku bersama dengan exec department aku, En Hamdan dan En Iskandar. En Hamdan nak belanja makan sempena besday Wida yang lepas. Alhamdulilah, dapat makan free! yeay!!! Bukan senang orang nak belanja makan ni. Aku jarang-jarang dapat peluang makan luar. Suka taw! Dapat hang out luar sekali sekala memang syokkk! kekekeke ^^~


Jam menunjukkan pukul 9.30pm, awal lagi. So, kitorang bertiga singgah BP Walk sambung bergossip! Lepak kat kedai Ramly. ahahahah =)  Angin pun sepoi-sepoi bahasa malam tu. Patutlah ramai suka keluar malam. Jeles! Sambil borak, sambil minum dan jugak cuci mata. Oops! =) Macam-macam ragam. Paling meluat kalau asap rokok tu menusuk hidung. Grrr tapi aku pun bukan peduli sangat janji kitorang enjoy. Ini kali kedua kitorang bertiga hang out together. Busy huhu..  


Such a precious time! Thanks guys  


p/s: entah bila dapat lepak-lepak lagi..


Wednesday, December 15, 2010

P**** Berganda-ganda!!





Aku dah mula mengenali staf-staff hotel K sekarang ni
Yang baru mahupun yang lama
Lagi-lagi nak hujung tahun ni ramai la pulak part time
Menyesal betol aku tak minta keje kat situ time muda-muda dulu *UHUK*
Hahahahaa ^^ Ahhh, its past already..

Chingu, Kawan, Pengyou, Friends..

Walaupun tak semua nama yang aku tahu.
Yang aku ingat pun Syera, Siti, Zila, Shirley, Chiew Yee, Sham, Iwan etc..
Tapi best sebab ramai kawan2 aku bleh kenal kat sini
Aku kan pemalu orangnya nak-nak orang yang baru kenal ni
Adehhh, malu-malu kambing tul aku ni! hak hak hak
Sorry adik-adik, akak bukan sombong tapi malu
Harini pun bertambah lagi staff baru. Events hotels sangat banyak
maka staff baru pun diperlukan.. 

Masa rehat paling la penting, Canteen Staff
Tempat nak bersosial itu la spotnyer
Bila dah kumpul ramai-ramai, memang sesak
Sampai makanan untuk staff pun habis!
Kena tunggu second round lagi-lagi kalau aku rehat lambat! Damn.

Satu lagi time assembly, kena menari poco-poco beramai2
Staff2 lain pun ada..
Masa ni la aku kenal adik-adik yang amik part time
Siap menyakat aku lagi pulak tu.
Kureng asam boy betol! 
Takpe..takpe bagi can kat diorang. Ni time diorang..HUH!

Apapun, dalam 2 minggu ni aku kne praktis koir utk Christmas Eve
WTH?? Aku kne keje malam cuti lor.. 
Sangat la busy lagi-lagi aku tolong 2 department sekaligus..
Balik rumah terus terbongkang! *dead*


***

p/s:Takde masa nak jumpa member sendiri sbb kena keje. Miyaneh Chingu!! ^^ ~



Friday, November 19, 2010

Memori Terindah



Dari 14hb hinggalah 16hb November 2010, aku berada di Bumi Melaka buat kali terakhir. Tak sangka dah 3 tahun aku kat sini. Pejam celik pejam celik dah tamat sudah 3 tahun tu. Orang kata setiap permulaan akan ada pengakhiran. SOB SOB SOb T_T


Inilah tempat aku belajar selama 3 tahun ni. Aku akan rindukan lif yang sentiasa sesak waktu pagi, terseksa bila ada kelas pagi la. Kalau terlambat kena naik tangga, kalau la kelas kau tingkat 6,7 or 8. Tapi kalau kelas kau tingkat 13,14 nak tak nak kena naik jugak lif. Fuh, kalau ramai dan tetiba lif kau naik tersangkut pulak Ahhh sudah!! Memang seksa, nasib baik aku baru kena sekali. Ada kawan aku dah kena banyak kali tak jadi hal pada dia dah.. Aku akan rindukan kelas yang macam Alaska, sejuk giler nak mati!!! T_T  Terketar-ketar kalau nak jawab exam, keluar masuk tandas tu perkara biasa la.


Lagi aku akan rindukan food court Mara. Fuh, sedap dan murah giler. Rojak kat Subaidah, mantap! Kedai CC kat MAra, restoran Kasturi depan Bank Rakyat, perpustakaan KBM level 1 dan 12.. Selalu lepak kat sofa utk tgk tv dan tido! ahahaha memang rindu saat ni lagi-lagi dulu bila nak tunggu bus balik Gadong. Kalau berjam-jam alamatnye berkampung kat sofa library level 1. Pinjam novel kat library, lepak-lepak kat Pusat pelajar dan surau perempuan level 4. HUH, gonna miss this!!! 

Sepanjang aku kat Melaka ni banyak jugak la yang aku belajar, alami dan tempuhi. Macam-macam kenangan pahit dan manis sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan juga insan. Fuh, kiranya macam-macam ada la! Tak banyak tapi sikit pun adalah. Teringat pulak bila banyak kali aku pindah rumah dari Gadong sampai la ke rumah pangsa Kubu berdekatan Jonker Walk, banyak kali menempuh pelbagai konflik sesama member, banyak kali berjalan-jalan sekitar Melaka sampai naik muak dah..dan banyak lagi la..bla..bla.bla. 3 hari 3 malam pun tak abis.  hahaha ^^ 


Hari-hari terakhir..





I like my bedroom so much XOXO..


 Last day time clearing house *penat*


Kurang sorang housemates, Syaza..

Buat yang mengenaliku, terima kasih banyak-banyak dan sorry for everything selama 3 tahun ni. Hehehe, al-maklumlah darah muda tu perkara biasa. Mesti ada yang teremo. HUHUHU ^^  Kalau ada rezeki kita jumpa lagi okay! 



p/s: entry panjang pulak kali ni. *emo jap!*


Wednesday, November 10, 2010

Berjemba-jemba mengalahkan mak cik



Malas Amik mood nak smbung stdy ^^ maka terupdate la blog harini Yeay!!

Okay, gambargambar ni time aku, Aqila dan Syaza berjalan-jalan

sambil jadi pelancong sekitar Melaka last week *bosan*

lepas paper Global Marketing.. Fuh, selesai 1 paper!


Antara tempat yg kitorg singgah, Jonker Street, ABC Jam Besar kat dpn

 Statdhuys (selalu fail eja mende ni!),

Bukit St. Paul, A Famosa dan Sekitar la.. takkan x taw lagi kan? penat nak citer woo

aku pun dah naik muak SETIAP MINGGU mesti lalu kawasan ni..

****






Mantap! 




Bukitt St Paul





Lepas solat, kitorang gi karok pulak, layan buat kali terakhir dengar suara Syaza yg meletopp ^^

hahaha btol tak tipu sedap giler.. Aku fail kalo nyanyi karok,

 setakat nyanyi kat rumah tu boleh la.. hehehe

Then, lepaking at padang DP, borak-borak dari kul 9 sampai kul 11 cam tak nak balik pulak

Aiseyy memang la best giler ni walaupun borak jek kekeke ~ ~ >.<

Lastly, best giler dapat kuar aritu..***



p/s: next time  btol2 pusing 1 Melaka!!

Sunday, September 12, 2010

Video ucapan raya..





*Aku berfikir dua kali bila nak postkan video ni..huhu *blushing*
tengok jek jangan banyak tanya! >.< ~


p/s: Out for while.. nak makan lemang!   

Friday, September 10, 2010

Virtual Card ~ Jimat dan senang!




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca MM&I

***




Wow, what a BIG Hari Raya card but I still like it!! >.< ~
(represent sincerity from my big heart)

****

****


SNEAK PEEK...





nantikan video kami! hahaha poyosss



p/s: schedule post ~ leaving for 'dwet raye, pliz..pliz.." daa!


Thursday, August 12, 2010

Gendang-gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati!


Salam pembaca MM&I,


Rasanya tak terlalu lambat sangat kot nak post entry dinner MASA ni
Hehehe =) 
Dinner MASA aku pada 31 Julai 2010 hari Sabtu lepas, 
bertempat di Hotel Equitorial Melaka bersebelahan dengan Dataran Pahlawan
Member pernah tanya, "Napa awal sangat dinner kamu tu?"
Dan aku jawab pulak, "Senang, sebelum puasa tak pening"

Tapi..
Pening gak nak pakai time tu nanti padahal kelas baru start 2 minggu
Amik kau! Semua aktiviti nak packed
sebelum Ramadhan. acara makan-makan la katakan
Heh, gemok!!! 

Overall, dinner kali ni bertemakan  CETUSAN WARNA
so, macam-macam warna boleh la pakai..
aku pakai simple jek, baju kurung moden.
Senang kepala otak aku. 
Tak macam member aku sorang ni sibuk nak pikir nak pakai baju apa,
beg apa, warna apa, even nak pakai tudung style pun pening kepala..
Aishhh, jangan merumitkan keadaan kawan..


Tang dinner..aku nak berterima kasih la pada siapa yang organize ea
walaupun banyak kelemahan di situ.. 
Makanan sangat sedap!! Berbaloi RM50 aku =)
Cuma aku tak taw camna la diorang terpilih jadi organizer ni
alih-alih dah jadi pun. 


TERIMA KASIH jugak
 sebab beri meja no. 21 kat tempat paling belakang sekali dalam dewan
walaupun semua kengkawan part 5 kat bahagian depan
TERIMA KASIH jugak sebab bagi aku plak yang salah eja nama (bukan selalu ni!)
Error di situ.. salah manusia tak dapat nak elakkan
Huhuhuhu takpe la aku maapkan


Dinner abes dalam kol 12mlm tapi tunggu member yg sibuk bergambo kenangan
akhirnya jadi hampir-hampir ke pukul 1am.
Dinner sangat penat tapi yang best,
Everyone was having fun through all night..yeah! 











u buka



p/s: looking forward on teh next Pra-Grad dinner lak..ahakss



Monday, August 2, 2010

Membuang Masa di DP



Rabu lepas..

Mood blogging kian malap tapi mood nak gi jalan-jalan still hot
hahaha..while we still can!
Kelas RM dibatalkan ~ yeay!!! Bukan selalu kelas batal
 So kitorg plan nak curi-curi kuar jap before kelas Agro petang tu..
Usha-usha barang untuk dinner MASA 
dulu aku de cerita yang bus awam sgt lembap
Buktinya..
kitorg tunggu bus ke Mahkota Parade tp still tak sampai lagi
dari setengah jam ke 1 jam setengah..huh!
Sempat jugaklah amik gambar nak hilangkan bosan..

















Malamnya..aku, Qila & Syaza turun GSC DP lagi, kitorg menapak kaki jek dari rumah
tengok filem baru,The Sorcerer's Apparentice
tapi sayangnya tiket kami midnight sebab penuh bila malam Khamis 
Kalau tau beli awal-awal ~ Damn!
Melebur tiket RM10 aku..
Ada free time 2 jam, lepak jap kat McD..alalalaa
Overall, walaupun tengok time midnight, nasib baik cerita ni syok gilerr!!
Korang PATUT TENGOK cerita ni okay..
Kalau tak dah lama aku 'syahid' dalam panggung time tu jugak
Kah kah Kah =)


Kuar panggung dah 2.30am
Argh, sudah..teksi takde!!!
So, kitorg sepakat menapak balik jugak time tu. Janji balik.
(tak pernah dibuat aku setakat ni!)
Memang cuak dahla kami bertiga ni jek pompuan..
Dalam hati Tuhan jek tahu..huhuhu
Aku baca macam-macam surah buat tenangkan hati
Alhamdulilah, kami selamat sampai dalam kul 3AM..
End of day..




watak-watak utama.. I likeeee!


p/s:girls, hati-hati bila kuar malam okay!

Saturday, July 31, 2010

Fooling Around



Hello Mr August, Bye-bye July!!!


Wow, cepatnye masa berlalu. Rasa tak caya dah sebulan menjalani sem 5, the final year at KBM. Walaweh, rasa macam semalam naik sem. Dah sebulan juga tak balik rumah. Sorry, emak, sorry ayah (sorry..sorry - super junior!) anakmu masih tak berkesempatan nak curi-curi balik macam dulu..huhuhu


Apapun, Ramadhan nak dekat. Lagi 2 minggu. Weeee, sukaaaaaa!!!!! Sem ni banyak kelas habis petang so sampai je teros dah boleh bukak pose..LALALA. Cuma tak berapa nak bestnyer, banyak aktiviti kampus kebanyakannya nak buat sebelum pose. Sebulan ni ada je macam-macam aktiviti oleh persatuan, kelab dan MPP.


Sesak nafas!


Tapi sibuk macam manapun, ada yang lebih sibuk dari aku. Pening+malas+penat+marah+kecewa pun tetap ada yang terima maha hebat dari aku. Kena terima yang ini adalah sem last aku kat KBM. Kena score betol-betol. Kena belajar betol-betol.. dan yang penting kena enjoy dengan kengkawan betol-betol..HAHAHA


"It takes a long time to grow an old friend."
- by John Leonard


biar gambar berbicara...






p/s: sedang mencari tempat praktikal. any suggestion mybe Malacca or Johor?

Tuesday, July 20, 2010

Tertipu atau Ditipu Sama Aje




Salam hencek2, gades2, pakcik makcik semua..

Kali ni nak sambung cerita lagi..
berlaku di restoran tak jauh dari kampus aku tu.


Malam tu, lepas balik meeting club
Singgah jap lepak minum sambil borak-borak kami berempat
Memang penat..
Bertambah penat bila customer service cam sampah
Member aku yang sampai dulu lagi la menyirap
Tak dilayan setelah beberapa lama duduk di situ
ok fine.. kitorang sabar paham dah, customer ramai


Then, tunggu lagi nasi yang diorder..
Lepas 10minit, 15 minit..20minit
Tak sampai lagi.. cadang pulak order air
Bila order sampai, ape lagi minum la dari cawan kedabak tu
"Aik, apsal cawan kita super duper beso dari orang lain ni?"
Member aku bersuara..
"Haah la"
"Maybe kita punye special kot!"


Bila time nak bayar, aku kuarkan duit Rm2 siap-siap.
"Bang limau ais bape?"
"Rm 4.50!" "Heh?"
"Cawan beso kan?" 
"Abes, air karot susu?" "RM7.50!"
"Biar betol bang. Kitorang tak taw pun ada cawan beso dengan cawan kecik. Lagi satu, kitorang tak mintak pun cawan beso."
Abang cashier diam. Pastu membebel plak.Suruh datang next time nak belanja kitorang..
Menyirap kami sekejap disitu. Dalam hati apetah lagi.*&&^%^$@$
Dahla first time datang. Yang amik order pun tak bagitaw.
Sabar je la. Kami ni student lagi. Ingat nak sangat ke minum mahal-mahal ni.


Sorry, no next time!!



p/s: aku perlukan duit sekarang. Sape la yang baik hati?? *blink blink*

Thursday, July 15, 2010

On the Spot

Aku tak tahu kenapa, setiap kali nak keluar jek mesti on the spot punye plan. Tak disangka-sangka. Kalau orang lain nak pergi jalan-jalan, kena rancang dulu nak pi mana-mana, naik apa, dengan sape, waktu dan tempa kat mana. Tapi kalau aku, tiba-tiba jek plan jadi camtu, snap dah jadi!


Senang cerita..


Teringat pulak aktiviti sem lepas, pergi Genting pun camtu. Hahaha, tapi Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar takde masalah pulak setakat ni. Sama pulak kes kali ni. Aku datang ke KL sekali lagi. Arigato untuk memberku, Mek Su dan Liyana sebab sudi mengajak aku berjemba-jemba sekitar KL. Hahaha


Mek Su;"Nak ikut kitorang gi KL tak tengah hari ni?"
Aku;"Hah, sekarang Mek?"
Mek Su;"Iye lah. jap lagi"
Aku;"Orait!!"


Maka, hari Sabtu last week, kitorang go on dengan plan on the spot tu. Walaweh, betol-betol sesak nafas nasib tak asma. Tepat-tepat je 1.30pm aku berlari-lari dengan Mek kat Melaka Sentral memandangkan tiket bus ke Seremban 1.30pm.  Ni semua gara-gara sistem pengangkutan bus awam yang lembap cam siput. Mesti nak tunggu bus penuh baru nak jalan padahal penumpang yang datang awal dah lama naik. Damn sama bus awam tu! ok, dah melalut pulak ni..


Apapun, aku banyak belajar benda baru. Suka! Walaupun banyak kali kena gelak, dapat malu pun ada. Hahahah *blushing*  Banyak jugak yang first time =) *malu*, tapi yang penting bagi aku kenangan yang dikumpul untuk last sem ni yang lebih berharga..










LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin