Klik sini..

Friday, November 19, 2010

Memori Terindah



Dari 14hb hinggalah 16hb November 2010, aku berada di Bumi Melaka buat kali terakhir. Tak sangka dah 3 tahun aku kat sini. Pejam celik pejam celik dah tamat sudah 3 tahun tu. Orang kata setiap permulaan akan ada pengakhiran. SOB SOB SOb T_T


Inilah tempat aku belajar selama 3 tahun ni. Aku akan rindukan lif yang sentiasa sesak waktu pagi, terseksa bila ada kelas pagi la. Kalau terlambat kena naik tangga, kalau la kelas kau tingkat 6,7 or 8. Tapi kalau kelas kau tingkat 13,14 nak tak nak kena naik jugak lif. Fuh, kalau ramai dan tetiba lif kau naik tersangkut pulak Ahhh sudah!! Memang seksa, nasib baik aku baru kena sekali. Ada kawan aku dah kena banyak kali tak jadi hal pada dia dah.. Aku akan rindukan kelas yang macam Alaska, sejuk giler nak mati!!! T_T  Terketar-ketar kalau nak jawab exam, keluar masuk tandas tu perkara biasa la.


Lagi aku akan rindukan food court Mara. Fuh, sedap dan murah giler. Rojak kat Subaidah, mantap! Kedai CC kat MAra, restoran Kasturi depan Bank Rakyat, perpustakaan KBM level 1 dan 12.. Selalu lepak kat sofa utk tgk tv dan tido! ahahaha memang rindu saat ni lagi-lagi dulu bila nak tunggu bus balik Gadong. Kalau berjam-jam alamatnye berkampung kat sofa library level 1. Pinjam novel kat library, lepak-lepak kat Pusat pelajar dan surau perempuan level 4. HUH, gonna miss this!!! 

Sepanjang aku kat Melaka ni banyak jugak la yang aku belajar, alami dan tempuhi. Macam-macam kenangan pahit dan manis sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan juga insan. Fuh, kiranya macam-macam ada la! Tak banyak tapi sikit pun adalah. Teringat pulak bila banyak kali aku pindah rumah dari Gadong sampai la ke rumah pangsa Kubu berdekatan Jonker Walk, banyak kali menempuh pelbagai konflik sesama member, banyak kali berjalan-jalan sekitar Melaka sampai naik muak dah..dan banyak lagi la..bla..bla.bla. 3 hari 3 malam pun tak abis.  hahaha ^^ 


Hari-hari terakhir..





I like my bedroom so much XOXO..


 Last day time clearing house *penat*


Kurang sorang housemates, Syaza..

Buat yang mengenaliku, terima kasih banyak-banyak dan sorry for everything selama 3 tahun ni. Hehehe, al-maklumlah darah muda tu perkara biasa. Mesti ada yang teremo. HUHUHU ^^  Kalau ada rezeki kita jumpa lagi okay! 



p/s: entry panjang pulak kali ni. *emo jap!*


3 comments:

'AQILAH said...

katil kiteeeeeeeeeeeee :S

mS waniE said...

akak..sy student kbm..bleh sy tau akak sewa umh kt mne dulu?? :)

pudding pie said...

@'aqilah

rinduuuuuuuuuuu katil kriuk kriuk kekekeke


@mS Wanie

hmmm kat kubu..wah ye ke? hi junior ^^ seronok jd student kbm?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin