Klik sini..

Monday, December 20, 2010

Saya nak kerusi urut satu!!




Ku rasa minggu lepas adalah minggu yang paling penat..
7 hari bekerja dalam seminggu huaaaa TT___TT

Minggu lepas ku diarahkan untuk membantu Puan As, HR department untuk menyiapkan segala borang untuk persediaan pelajar praktikal dari Indonesia. Thanks to my boss, ku terpaksa menaip dengan menggunakan mesin taip antik yang lebih kurang seusia ku agaknya! Kematu tangan buat beberapa hari.. adeh! Kesian puan.  Kalau la dapat mesin taip elektronik dah lama siap agaknya. Aku je yang terkedek-kedek mengetuk mesin taip seminggu. Lambat giler..


Selain itu, minggu ni jugak aku diberitahu kami bertiga kena bergilir-gilir membuat promotion hotel kat Fair BP Mall bermula hari Khamis sampai la hari Ahad. Shift aku dari hari Sabtu hingga hari Ahad dari pukul 11am hingga 5pm. Fuh, bosan giler! Pusing-pusing BP Mall bagi flyers untuk customers awareness.. ^^ Muak dan penat!! Sempat jugak aku cuci-cuci mata dan terserempak pulak  member aku, Ain dan Reen..

Flyers Hotel

Hari Sabtu adalah paling penat!!

Kami bertiga terpaksa buat aprt time sebab staff banquet tak cukup. Haritu paling sibuk untuk Hotel K sebab function full house! ^^ Selepas pulang dari BP Mall, aku kena buat macam-macam keje. dari hantar Event Orders, photostat dan siapkan task kat department aku sorang sebab trainee lain dah siap-siap tolong department banquet. oh ya, kitorang kena tolong banquet untuk dinner Syarikat Faizah..


Thanks Syera & Wida sebab tolong cover keje aku masa aku takde kat banquet petang tu. hehehe.. Function start pukul 9pm. Sebelum tu ada brief meeting untuk budak part time. Kebanyakannya cina semuanya. Diorang ni sume dah biasa keje banquet. Muda-muda semuanya dari aku tapi dah pandai cari dwet. "Apa lah yang aku buat masa umur diorang ni yek??"


Tugas aku adalah masa Food Presentation. sebelum dinner start, pihak hotel akan buat gimik opening sebelum makanan diserve. Fuh, nerves giler time tuh! Menggigil time aku pegang makanan untuk VIP. Dahla kena jalan kat red carpet dan semua mata tengah pandang kitorang. Macam pengantin pun ada kena catwalk! hahahaha Nasib baik pinggan aku tak tumpah. Syukur dah lepas.


Bila dah abis, kitorang bertiga kena jaga part time sambil pantau meja-meja guest takut ada yang terlepas pandang. Seriously, memang penat! Badan aku dah start lenguh-lenguh inikan pulak waiter-waitress yang ulang-alik angkat pinggan mangkuk tu! Fuh, sakit!!! Waiter dah la tak cukup, kesian guests. Bila time nak hidang makanan baru, ada pulak air yang tak cukup. memang tak cukup tangan.. Hopefully, aku harap diorang pulang dengan senang hati.


Malam tu memang tak bleh lupa. Hehehe ^^ aku dapat jumpa bos besar Syarikat Faizah. *Woot* Bukan selalu ni. selalu nampak kat TV jek. Function habis dalam pukul 12am. Lepas dapat dwet bayaran part -time, sampai rumah jek terus tidur atas katil. Memang tak bleh nak bukak mata, tambahan pulak kaki aku dah start kejang. 2-3 kali jugak aku tersedar. Terpaksa tidur awal sebab esoknya nak turun BP MAll, damn,keje lagi esoknya.. huhuhu T__T

Ihsan Pakcik Google..


Esoknya, masa on duty, aku dan Syera gi cari kerusi urut yang kena bayar RM1 untuk 3 minit tu.
Hehehhe ^^ memang syok kena urut. Kurang skit sakit-sakit badan kitorang. Tanpa peduli orang yang lalu lalang kat sebelah cinema.KAH KAH KAH. 


Isnin sampai lagi harini. Keje time! 
Semoga minggu ni adalah lebih baik dari minggu sebelum-sebelumnya. InsyaAllah!



p/s: boss, saya nak cuti lebih!!!

   

2 comments:

Kambenggurun said...

weh, asal ko wat keje part time plak? ko tak de kuliah ke?

n pastu, yg fauziah ni yg dulu ko penah tulis dlm blog ko ni kan? yg pasal usahawan melayu tuh eh?

pudding pie said...

aku tengah praktikal yank. ni mesti tak baca entry lepas2..
praktikal kat hotel, bhgn sales department, wat part time kat banquet. taw banquet?


ea, fauziah mne pulak?
syarikat faiza yang jual beras tu la

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin