Klik sini..

Friday, June 4, 2010

Teringin Jadi Budak Sekolah Lagi..

Sabtu lepas..

Ayah : "Balik rumah bila lagi?"
Aku : "Tak tahu lagi. Kelas lagi 2 minggu!"


Akhirnya..

Minggu ni ku dapat cuti memandangkan lecturer ku pergi outstation lagi. Dok sibuk kira tambah tolak hari dalam hati, dapat la cuti 5 hari sampai hari Rabu ni. Gelak guling-guling yeay! hahahah Macam budak-budak.


Apsal aku 'terlebih rajin' membuang duet ni??


Padahal lagi 2 minggu lebih jek kat Melaka. Gedik. Ha Ha Ha. Bosan masak sendiri, muak tau. Kalau balik rumah terus jek dapat apa yang kau nak. Cakap la apa je, mak mesti tunaikan. Betul tak? Hmm, tipu la kalau tak. Al-maklumlah, anak sulung dia ni jarang ada kat rumah. Jarang-jarang.  Rindu mee racun! nyum nyum


Apapun, memandangkan tiket balik BP lagi 3 jam, sempat la jugak aku mengupdate blog ni. Hai, nampaknya sekali seminggu jela yang dapat ku sumbangkan. Sorry okay! Ku tak rajen macam blogger tegar tu lagi-lagi yang nga sibuk cuti dok kat rumah lagi. hehe ku tak cuti pun.


Nampaknya hari ni ku pilih silap waktu untuk balik rumah la. tak tahu pulak cuti sekolah dah start, ramai pulak budak-budak sekolah membanjiri Melaka Sentral ni! Haih, harapan nak balik awal tak kesampaian. huhuhu. Alamatnya aku terpaksa menunggu lagi 3 jam lagi.





Sebut pasal budak sekolah, teringat pulak waktu sekolah dulu-dulu time muka tengah 'innocent' bak kata orang. Iya kah? hahaha tak tahu la pulak. Waktu duduk hostel dulu , selalu gak balik rumah naik bus Mayang Sari dengan beg besar balik kampung ala si Garfield tu.. (berangan nak naik bus ekspress padahal  jarak antara Muar dengan dengan Batu Pahat dekat je pun! Gedik giler!) Balik semula pasal baju sekolah, dulu kalau aku nak pulang bermalam, diwajibkan pakai baju outing kalau ikut term kat Samura dulu, baju kurung warna putih denagan kain pelekat biru hitam. Skima giler!  Sekarang ni lepak jek kat MC memang boleh nampak macam-macam warna dah baju hostel. Hahaha
 

Cakap pasal baju sekolah biasa pulak. Bila aku tengok sekarang, trend baju sekolah biasa makin pelik plak aku tengok. Ada yang makin singkat nak bagi nampak stokin ke, kain senteng, tudung pulak makin kecik.Macam-macam.  Heran! Ke aku yang makin ketinggalan zaman ni. Dulu kalau buat macam tu amik kau kena catat nama dengan pengawas waktu sekolah kat Convent dulu. Tak boleh. HARAM!


Aku paling suka tengok budak sekolah yang pakai tudung labuh ni. Nampak sopan jek. Tutup aurat pun ada. Nak masuk sekolah agama tak lepas. Takpelah takde rezeki.  So, adik-adik kalau nak tutup aurat tu biarlah betul-betul menetapi syariat. Aku pun rasanya kena la ikut jugak nasihat diri sendiri ni. kalau tak ubah diri sendiri dari sekarang, bila lagi kan?



p/s: membebel panjang pulak kali ni. miyane!

9 comments:

azuan said...

sekarang pakai baju sekolah pun boleh buat dajal lagi~

Raybond said...

huhu.. zaman sekolah zaman paling best.. =)

si[jari] telunjuk said...

waaaaaaaaa....saya takmo kembali ke sekolah..zaman yg hecticcc

+akufobia+ said...

suka sekolah.rindu sekolah.aa.kita tak ketinggalan zaman,mereka yang kembali ke zaman purba.

pudding pie said...

azuan,

besela tuh. dajal berleluasa

pudding pie said...

azuan,

besela tuh. dajal berleluasa

pudding pie said...

raybond,

yup..memang. rindu sey!

pudding pie said...

si jari telunjuk,

satu hari nanti mesti rindu. percayalah

pudding pie said...

+akufobia+

ye ke? hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin