Klik sini..

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Menjadi Seorang Yang Redha =)



Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


Alhamdulilah..


credit: sumber facebook



Sunday, December 12, 2010

Kisah Monyet dan Genggaman Tangannya

Monkey Cartoon Royalty Free Stock Vector Art Illustration

Di suatu hutan hiduplah sekumpulan monyet. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah. Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.


Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu. Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.


Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal. Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu: "Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!" Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.


Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!" Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.


Pengajarannya..


Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat. Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?


Kredit to : Faridzul Laily

Tuesday, February 9, 2010

Buat Keje Biar Ikhlas Bukan Sekadar Nak Duit jek!

Wah,dah masuk 4 hari lah!
Ku keje macam gilak komited beb..
Hahahahha =)
Balik keje, then baru terasa kaki
Macam nak tanggal
Leguhnye Tuhan je tahu
Satu sebab aku mesti rajin belajar
Buat aku lebih menghargai masa..
Ingat weh..
(Penting ni kalo kau tak mau jadi kuli nanti!)


Tapi yg paling best bila
Customer puji "Thanks ah, good service!"
Riak maha tinggi aku dlm hati
Yelah, penat taw berdiri sepanjang hari
Layan customer, buat muka friendly lagi
Bila dapat pujian, rasa happy sampai ke syurga!
(maka aku kena respek sket kat pekerja-pekerja ni!!)
Dahla dapat customer yg macam-macam kerenah
ada paham??


Hei kamu Miss Pudding Pie, sabar okay!
lagi2 bila datang pulak penyakit demam in pakej!
Tensen tu tentulah ada..grrrrrr!
Dugaan waktu bekerja
Dah lipat baju, then datang pulak customer baru
Kiraikan balik baju yg ku lipat cantekk2 jek tadi
Memang tensen tapi dah memang keje aku
Takkan nak marah kan btol tak?


Apapun, aku puas hati walaupun penat
Sebab aku buat keje halal
Bukannya membuang masa
Kan..kan..kan...




p/s:  sapa nak bagi kete sebijik buat aku tumpang blk keje??  hu3

Wednesday, October 7, 2009

Minggu FPP - Gelak Sampai Pecah Perot (2)

Mlm Sabtu lps jamuan
Kitorang gi Konsert Nasyid UNIC
"Seribu Langkah Tercipta"
Memandangkan aku dan Qila tumpang rumah Mek Su,
so dekat la nak gi Auditorium KBM mlm tu

Semua der mlm tu termasuk ahli baru UNIC
Fakhrulrazi [juara AQ musim 3]
Sedap sore mamat nie..hehehe =)
Diorang sume pakai baju Melayu
nampak comeyyy!!!
Last aku jmpe UNIC waktu kat asrama dulu
Skrang sume dah nmpak mcm bapak budak
keh3

Diorang nyanyi 5 buah lagu wajib
Plus 2 lagu tambahan
Antaranya Hanya Tuhan yg tahu, Aisya Humaira, Satu Pertemuan,
zapin Hari Raya, Jalinan dan lagu baru langkah Tercipta
Memang besh sbb diorang ni santai
selambar je wat gelak
Kami gelak sakan malam tuh =))





Esoknya pagi Ahad
Kami kne gi lagi Auditorium KBM
ade Seminar "Membina Keunggulan Diri"
Bersama motivator terkenal, Osman Affan
pernah dgr??
Sangat bestttt!!!!
Kami gelak lagi sepanjang 1 hari tu
Adusss, boleh pecat perot, lenguh pipi sampi mengembang
Macam pau panas
Gelak2 jgk tapi berinfo
Datang lagi yek En. Osman!

p/s: perlukan sgt2 motivasi diri dkt nk exam nie

Friday, September 18, 2009

Mengingat Pada yang Memerlukan

Tak lama je lagi nak raya.

So, kali ni aku bkn nak berckp pasal persiapan raya atau kemeriahan raya. Agak berat sdkt post kali ni tp apa la salahnya kalau kita saling mengingatkan kan??

Cuti yg lepas, aku sempat menonton rancangan Oprah the Show di Asto Hallmark Channel yg berkisar ttg Oprah Ambassador. Mereka ni terdiri drpd sukarelawan2 belia remaja yg pergi ke Afrika Selatan utk melihat sendiri masalah2 yg dihadapi penduduk sana.

Apa yg aku dpt lihat, rakaman video yg ditunjukkan oleh krew2 sangat2 menyedihkan. Actually bende ni dah lama aku tau tp aku tak sgka seteruk itu. Apa yg buat aku terharu bila pddk Afrika kat sana hanya tersenyum dan mereka terpaksa tabah sbb itu kehidupan mereka..

Cuba korang bayangkan satu2nya bekalan air yg mereka ada adalah drpd air sungai yg sgt jauh, berkeladak[mcm teh susu], berkongsi pulak dgn haiwan2 ternakan dan itulah sumber terakhir korg utk minum, mandi dan masak?? Belajar pulak pada kertas2 yg diulang pakai demi utk belajar??

Fikir-fikirkan..

Kita masih boleh gembira, memikirkan perkara remeh-temeh, bergurau senda sedangkan mereka mempunyai impian yg lbh besar - berjuang utk hidup

Gamabr2 ni diambil dr rakan blogger, Hafiz kalo tak silap. Dah lama dlm simpanan aku. Saje nak share dgn korang.

Salam Ramadhan yg terakhir!!








p/s: Kadang2 kita lupa pd mereka..

Sunday, February 22, 2009

Pesanan Ep 1


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hidup tanpa mempelajari sesuatu ibarat gelas kaca yang tidak diisi dengan sebarang air minuman..


Kosong.. Gelap.. Tanpa arah tujuan..


Tidak menyumbang apa-apa.. inikah yang kita mahukan dalam hidup kita?? menerima tanpa memberi apa-apa juga tidak mencukupi..


Jadi sahabat, pelajarilah sesuatu. Andai yang kita peroleh itu hanya segelintir saja,
cukup la sekadar yang termampu.
Ambil iktibar dan mulakan yang baru. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik.
Mudah-mudahan Allah redha dengan segala amalan kita.
InsyaAllah..






Monday, January 5, 2009

JiKa SeDih, kEcEwA atAu..

Bismilahirahmannirahim..

Tgh boring x taw nk masukkan ape utk post kali ini, aku terjumpe Testi dr sahabat blogger, http://hanristudio.blogspot.com/ yang aku dapati sangat menarik dlm versi greyscale..Thanks a lot!

Thursday, October 23, 2008

Musim peperiksaan yg bakal tiba..

Asslamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Ilahi krn teman2 sudi melawat ke laman sy yg serba kekurgn nie.. Tika ini sy memilih utk menulis dlm BM shj.. Bukan ker BM tu bhs ibunda kiter? Dah lama x menulis utk blog nie.. dek krn kesukaran mencari idea utk menulis dan kekangan waktu yg membuatkan sy jrg utk menulis.. kehidupan sebagai pelajar Marketing bg tahun nie masih lg diperingkt ‘muqadimah’ hehe.. Maklumlah, bru menempuh Tahun 1.. Semoga sye Berjaya menempuh thn pertama dgn jayanye..InsyaAllah..

Okay, tujuan sye menulis pd kali ini adalah utk bercakap ttg “Exams” huhu.. Skung ni tentu sudah sedia maklum, musim peperiksaan bakal melanda seluruh Malaysia bg kebanyakan sekolah, kolej waima universiti.. tidak terkecuali sye..hehe.. Sye yg akan menduduki peperiksaan final bermula 29hb nie mmg sedang menanti dgn pnuh debaran..dup..dup..Terinagt pula musim exams nie, sume org akn sibuk menyemak kembali nota2 ringkas, rajin berjumpa lec, stay uop hingga ke pagi, minum kopi & maggie pasti ader, dan yg lbh ketara, muka tension semacam..kahkahkah.. memahami.. sye jgk adlah student..huhu

“Exams itu pasti,” menurut kata Ayah Man, ketua program merangkap coordinator program Pemasaran (BM220)..

Bagi sy, ujian dan peperiksaan adlah medan untuk menguji sejauh mana kita berjaya mengaplikasikan teori sesuatu subjek yg dipelajari dlm peperiksaan. Tentunya kita tidak mau exams yg bkl diduduki akan merosakkan pointer kite sekiranya kite lalai dan kurg mengambil berat kedatangan peperiksaan.. takkan kite nak mensia-siakan exams setelah berbulan-bulan kite belajar, melalui test dan presentation.. For once, this ‘big days’ are the last things that we had to face as a challenge being a student..oleh itu, sye menyeru termasuk diri sye ni, agar tidak mensia-siakan peluang yg terakhir ini. Jika dulu ada yg dpt pointer rendah, inilah masa utk kite pulun habis-habisan..

Peringatan atau Penggerak Minda..

Masih lagi berkaitan exams, sy menyeru kawan2 yg bakal menghadapi peperiksaan final.. Jika terasa malas utk study atau bosan, paksa diri utk berjaya.. Tanya diri sendiri, cukupkah atau berbaloi pencapaianku selama ini? Al-Biruni, pemikir Islam menyatakan, manusia dilahirkan dgn kemampuan terbang; jadi mengapa kita masih sekadar merangkak?

Selain itu, cuba kita merenung dan mengingat kembali pd ibu bapa yg tersayang.. Jgn terlampau asyik mengingt pd ‘mata air’..seeloknya ingtlah selalu pd Allah yg Satu..Hanya Allah yg dpt member pertolongan sekiranya kita meminta kpd-Nya.. okay, berbalik pd Ibu bapa tercinta, ingt kembali pd wajah ibu dan bapa kita yg semakin menuju ke penghujung usia. Wajah ayah dan ibu yg semakin berubah dek pertambahan umur yg semakin singkat.. WAJARKAH kta sebagai anak membiarkan mereka meniti usia tua dan menutup mata kelak dgn melihat dan meninggalkan anak2 yg masih belajar tidak seberapa & akhlak ntah ke mana? Ibu bapa mana yg tidak mahu melihat anak2 mereka Berjaya & menjadi seorg manusia berguna..Beritahu diri, “cukuplah sampai di sini sikapku, aku perlu berubah” Tekad saya..insyaAllah..

Kita tentu mahu melihat ibu bapa kita menangis kerana kegembiraan bukan? Dan bukan sebaliknya tapi masih ada segelintir remaja terutamanya Islam dan Melayu yg masih membiarkan ibu bapa mereka menangis kesedihan dan kecewa krn mereka.. Kita pula bagaimana? Renung2kan, ‘Tepuk dada, Tanya selera’

Allah menyatakan dalam Surah al-Balad ayat 10 yg bermaksud, “Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan iaitu jalan kebaikan bagi dijalaninya atau jalan kejahatan bagi dijauhi?”

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman.(51:55)

Akhir kata, gunalah masa yg singkat ini sebaiknya.. jgn leka dan rajin2 lah menunaikan solat fardhu + solat sunat.. Tidak lupa, mohonlah kpd Allah agar memudahkan kita menjawab soalan exam nanti.. Semoga kita sama2 beroleh kejayaan cemerlang. gemilang dan terbilang..hehe.. Amin..InsyaAllah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin