Klik sini..

Thursday, October 23, 2008

Musim peperiksaan yg bakal tiba..

Asslamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Ilahi krn teman2 sudi melawat ke laman sy yg serba kekurgn nie.. Tika ini sy memilih utk menulis dlm BM shj.. Bukan ker BM tu bhs ibunda kiter? Dah lama x menulis utk blog nie.. dek krn kesukaran mencari idea utk menulis dan kekangan waktu yg membuatkan sy jrg utk menulis.. kehidupan sebagai pelajar Marketing bg tahun nie masih lg diperingkt ‘muqadimah’ hehe.. Maklumlah, bru menempuh Tahun 1.. Semoga sye Berjaya menempuh thn pertama dgn jayanye..InsyaAllah..

Okay, tujuan sye menulis pd kali ini adalah utk bercakap ttg “Exams” huhu.. Skung ni tentu sudah sedia maklum, musim peperiksaan bakal melanda seluruh Malaysia bg kebanyakan sekolah, kolej waima universiti.. tidak terkecuali sye..hehe.. Sye yg akan menduduki peperiksaan final bermula 29hb nie mmg sedang menanti dgn pnuh debaran..dup..dup..Terinagt pula musim exams nie, sume org akn sibuk menyemak kembali nota2 ringkas, rajin berjumpa lec, stay uop hingga ke pagi, minum kopi & maggie pasti ader, dan yg lbh ketara, muka tension semacam..kahkahkah.. memahami.. sye jgk adlah student..huhu

“Exams itu pasti,” menurut kata Ayah Man, ketua program merangkap coordinator program Pemasaran (BM220)..

Bagi sy, ujian dan peperiksaan adlah medan untuk menguji sejauh mana kita berjaya mengaplikasikan teori sesuatu subjek yg dipelajari dlm peperiksaan. Tentunya kita tidak mau exams yg bkl diduduki akan merosakkan pointer kite sekiranya kite lalai dan kurg mengambil berat kedatangan peperiksaan.. takkan kite nak mensia-siakan exams setelah berbulan-bulan kite belajar, melalui test dan presentation.. For once, this ‘big days’ are the last things that we had to face as a challenge being a student..oleh itu, sye menyeru termasuk diri sye ni, agar tidak mensia-siakan peluang yg terakhir ini. Jika dulu ada yg dpt pointer rendah, inilah masa utk kite pulun habis-habisan..

Peringatan atau Penggerak Minda..

Masih lagi berkaitan exams, sy menyeru kawan2 yg bakal menghadapi peperiksaan final.. Jika terasa malas utk study atau bosan, paksa diri utk berjaya.. Tanya diri sendiri, cukupkah atau berbaloi pencapaianku selama ini? Al-Biruni, pemikir Islam menyatakan, manusia dilahirkan dgn kemampuan terbang; jadi mengapa kita masih sekadar merangkak?

Selain itu, cuba kita merenung dan mengingat kembali pd ibu bapa yg tersayang.. Jgn terlampau asyik mengingt pd ‘mata air’..seeloknya ingtlah selalu pd Allah yg Satu..Hanya Allah yg dpt member pertolongan sekiranya kita meminta kpd-Nya.. okay, berbalik pd Ibu bapa tercinta, ingt kembali pd wajah ibu dan bapa kita yg semakin menuju ke penghujung usia. Wajah ayah dan ibu yg semakin berubah dek pertambahan umur yg semakin singkat.. WAJARKAH kta sebagai anak membiarkan mereka meniti usia tua dan menutup mata kelak dgn melihat dan meninggalkan anak2 yg masih belajar tidak seberapa & akhlak ntah ke mana? Ibu bapa mana yg tidak mahu melihat anak2 mereka Berjaya & menjadi seorg manusia berguna..Beritahu diri, “cukuplah sampai di sini sikapku, aku perlu berubah” Tekad saya..insyaAllah..

Kita tentu mahu melihat ibu bapa kita menangis kerana kegembiraan bukan? Dan bukan sebaliknya tapi masih ada segelintir remaja terutamanya Islam dan Melayu yg masih membiarkan ibu bapa mereka menangis kesedihan dan kecewa krn mereka.. Kita pula bagaimana? Renung2kan, ‘Tepuk dada, Tanya selera’

Allah menyatakan dalam Surah al-Balad ayat 10 yg bermaksud, “Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan iaitu jalan kebaikan bagi dijalaninya atau jalan kejahatan bagi dijauhi?”

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman.(51:55)

Akhir kata, gunalah masa yg singkat ini sebaiknya.. jgn leka dan rajin2 lah menunaikan solat fardhu + solat sunat.. Tidak lupa, mohonlah kpd Allah agar memudahkan kita menjawab soalan exam nanti.. Semoga kita sama2 beroleh kejayaan cemerlang. gemilang dan terbilang..hehe.. Amin..InsyaAllah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin