Klik sini..

Saturday, November 15, 2008

Usaha dan Dugaan..

Asslamualaikum w.b.t.h. kpd saudara/i seislamku,

Bersyukur ke hadrat Ilahi krn sekali lagi aku berjaya melalui hari yg penuh barakah ini.. Alhamdullilah, Tuhan tlh memberikan aku peluang sekali lagi utk menambahkan amalanku yg tak seberapa ni..Jika nak dibandingkan dgn amalan Rasullah s.a.w. waima para sahabt, sudah bersediakah kita meninggalkan dunia yg fana ini? Hmm, jauh sekali. Ingtlah sahabat, mati tidak mengenal usia dan waktu. Mungkin esok atau lusa atau lps ini kita akan dijemput Malaikat Maut. Wallahualam..Inilah hikmahnya Allah tidak memberitahu kita bila saatnya kita akan mati.. Sudah jelas bahawa Tuhan ingin kita sedaya-upaya memperbanyakkan amalan kita utk dijadikan bekalan kelak. Cuma terserah pada kita sama ada ingin mepergunakan masa dgn sebaik-baiknya atau pun memilih utk mensia-siakan peluang yg diberi. Hehe..Sedikit tazkirah pd hari ini.

Tika ini aku ingin membicarakan tentang USAHA.
Hadis ini aku jumpa kt bulletin Friendster milik seorg hamba Allah.. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Apapun, harap2 ulasan aku tidak menyimpang dr maksud sebenar hadis ni. Jika tersilap, harap dibetulkan..

Maksud HAdis Qudsi :

"Sesiapa yang mendatangiKu sejengkal, Aku akan mendatanginya sehasta
Sesiapa yang mendatangiKu sehasta, Aku akan mendatanginya sedepa dan
Sesiapa yang mendatangiKu dengan berjalan Aku mendatanginya dengan berlari".

Maksud hadis qudsi ini adalah Allah SWT memberi perhatian dan tumpuan kepada mereka yang mengingati dan mencariNya lebih dari usaha mereka sendiri.. (Sumber: Fadhilat Amal).

Apa yg ingin aku katakan di sini adalah Allah menilai sebanyak mana USAHA yg kita dah curahkan. Contohnya, sebagai pelajar kita tentu ingin Berjaya lagi2 mendapat pointer yg bagus.,Insyaallah. Namun, tanpa USAHA, kejayaan tak kan datang bergolek. Berusahalah tanpa jemu sehingga kita mencapai tahap kepuasan yg tertinggi. Tekadkan dalam hati USAHA ini adalah kerana Allah Taala bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk. Kemudian, setelah penat berhempas pulas mengulang kaji dengan USAHA yang setimpal, mohonlah kepada Allah Taala agar diberikan hidayah dan keberkatan dalam hidup. Semoga Allah memakbulkan doa dan Usaha yg telah kita curahkan selama ini. Amin..

Malam semakin larut. Sedikit sebanyak idea yang ingin aku kongsikan bersama tergendala dek kerana mengantuk.. hehehe.. Selain itu, aku ingin membicarakan tentang DUGAAN. Ya aku tahu, DUGAAN pasti akan berlaku pada setiap insan di muka bumi ini tanpa mengira bangsa, bahasa, agama mahupun tempat. DUGAAN setiap individu pula berbeza-beza. Allah Taala menurunkan DUGAAN adalah demi menguatkan iman individu dan mengingati Allah. Mungkin kita tidak perasan, kita semakin menjauhi Allah. Sebagai contoh, mungkin sesetengah individu sering teringat pada pakwe/makwe, kawan2, hiburan atau lebih tepat lagi duniawi. Nah, bila Allah turunkan DUGAAN, kita mula mengingati Allah semula. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih terhadap hambaNya. Hehe.. Termasuk jugalah aku. Kadang-kadang aku juga sering mengeluh mengenangkan DUGAAN yang dirasakan tidak dapat dihadam oleh pemikiran. Namun, DUGAAN mendewasakan kita. Cuma terserah pada seseorang itu samada berputus asa atau enggan mengaku kalah. Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Nasihatku bagi sesiapa yang berputus asa di luar sana termasuk untuk diriku jugak, DUGAAN yang mendatang haruslah ditempuhi dengan tabah. Jangan kita menyalahkan Tuhan semata-mata tapi menganggap DUGAAN itu suatu pendorong atau penggerak untuk kita maju ke hadapan. Kembalilah pada Allah Taala kerana Allah sentiasa mendambakan luahan dan aduan dari seorang hambaNya..

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)

Berdasarkan petikan ayat al-Quran di atas menunjukkan Allah menurunkan DUGAAN sesuai dengan kemampuan hamba-hambaNya.

Aku ingin berkongsi sedikit cerita mengenai seseorang yang aku kenali. Buat pedoman dan pengajaran yang harus diingati. Dek kerana gara-gara putus tunang, A(bukan nama sebenar) sanggup membunuh diri. Baginya DUGAAN yang diterimanya sungguh tidak dapat ditanggung. Bagiku, perbuatan ini adalah satu perbuatan yang jahil lagi2 tentang agama. Bukankah membunuh diri itu berdosa besar? Mujur keluarganya sempat menghalang beliau. Sungguh, kalau ibu tirinya tidak meminta pertolongan dari ayahku, mungkin perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Aku memang tidak menyangka dia sanggup mengambil tindakan sedemikian. Sudah lupakah dia pada Allah Taala? Sudah lupakah dia pada keluarga yang menyayangi beliau sepenuh hati? Gara-gara putus tunang, dia sanggup mengambil jalan singkat demi mengubati rasa kecewanya. Inilah yang terjadi bila perbuatan melebihi kewarasan akal. Hanya menitikkan EQ tanpa SQ dan IQ. Aku dan semua yang terlibat akan sentiasa mendoakan agar beliau mendapat kembali kekuatan dan kembali berpegang pada paksi yang benar. Semoga tiada lagi perkara sedemikian berulang lagi di masa hadapan.

Cukup dahulu entry ku pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak aku berjaya membawa perubahan dalam kehidupan sehari-hari. Doaku semoga Allah memudahkan urusan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kalian. Tidak lupa semoga kalian berjaya di dunia mahupun di akhirat..insyaAllah..


Batu Pahat
Sabtu 15 Nov 2008

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin