Klik sini..

Wednesday, June 16, 2010



Bola

Malam Sabtu lepas, Stadium Hang Tuah gamat lagi memandangkan match bola sepak antara Melaka dan Selangor berlangsung. Memandangkan bosan dan mood cuti pun saje menyibuk tanpa diundang, housemates dan aku sepakat ke stadium. First time aku tengok match bola live. Aku bukannye minat sangat bola tapi saje ingin tahu.


Dari jauh dah kelihatan stadium penuh sesak dan gamat. Jalan raya pun penuh dengan kereta dan motosikal yang parking sekitar rumah sewaku. Aku kira, mereka begitu bersemangat untuk menyaksikan tuan rumah bertanding.. Sah! Bila menonton, terasa seperti seluruh pelosok Melaka ada. Kecoh! Tapi paling tak lupa mulalah kedengaran kata-kata caarutan, perkataan-perkataan yang tak sedap didengar. Menyampah betol. Tapi bila gol jek, satu stadium bising. Hahaha, aku sokong jek sapa yang menang. Neutral!



setakat yg termampu je kamera hp ni


Lasagna

Terasa lapar,  kitorang singgah Pizza Hut. Mek Su order meatball, aku pesan seafood lasagna. Cit, walaupun kureng rasanya, aku ngap je la. Rezeki jangan ditolak! hahaha. Actually, jarang pun makan lasagna ni, tak masuk tekak orang kata. Hmm, makanan rumah je la selalu ditelan. Tekak orang Melayu. tapi sebab tak puas hati, terasa nak buat lasagna sendiri lak. Nyum nyum..Bila ada mood rajin..


saje menempek gambar ni..



Sesak


Minggu ni sibuk betul dengan test dan presentation. Rasa macam tak caya lak dah nak abes intersesi. Betul-betul pendek short sem ni. Tinggal cuti 2minggu je di rumah nanti. Yes, cuti lagi. Hehehe.. Oh, harap sungguh semuanya baik-baik aja."Mr. Farhi, tolong la bagi saya A untuk subjek IM ya??" Saya mahu SKOR A.  amin.. Paper IM hari Isnin next week, pagi pulak tu.Moga dapat khatam 'Kamus Dewan' itu sebaik mungkin.






p/s: aku sokong Brazil, tapi Korea jugak sbb diorg wakil Asia. Bangga!

3 comments:

'AQILAH said...

macam ayat aku je, sokong sape menang...hahaha...

tengok bola life tak best...pada aku...

zella y said...

pg2 sy dh tgk lasagna..lapar sbb tgh puasa heheeh

Unknown said...

sokong spain.hoo.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin