Klik sini..

Monday, June 21, 2010

Hero Sepanjang Zaman



Takde perkataan yang dapat terucap melainkan..


ALHAMDULILAH..


Tutup Buku
Tamat sudah sem 4 aku secara rasminya hari ni. Baru saja melepaskan keringat menduduki exam untuk subjek Internet marketing pagi tadi. First day exam, first jugaklah kertas kami start untuk minggu exam sepanjang intersesi ni. Untuk housemate ku, Kak GG & Kak Wawa, jangan jeles kami dah MERDEKA!!!!! Weeee =))

Bye-bye Sem 4, Hi Sem 5 pulak!


Walid
Ada orang panggil ayah, walid, daddy, papa, paling ektrem bapak. hehehe  Aku panggil ayah je. Common. Umur ayah 56 tahun ni. Julai ni cukup dah tempoh untuk ayah bersara dalam Pos Malaysia. Muka ayah hensem tapi gelap, ye lah setiap hari berpanas hujan. ayah ku orang Jawa tapi tak pernah ajar kitorang cakap Jawa kat rumah. Alahai = ( Ayah selalu keluar rumah, kalau tak keje, dia ke kebun pulak. ada-ada saja asalkan keje. Gila keje. 


Ayah banyak tanggungan. Macam-macam kene guna duit. Duit kete,duit zakat fitrah, duit baju, duit beli stok makanan dan juga broadband (tak lama lagi orang grad, nanti orang bayar pulak ea yah!.) Semua ayah la. Memandangkan keluarga ku bukanlah orang beruang ber-wang sangat, tapi ayah tak pernah berhenti menghulurkan duit. Sama macam emak. Sampai ku terpaksa berbohong.. "Duit hari tu ada lagi yah.Tak pe lah..hehe!"  


Ni semua kerna ayah tak mahu anak-anaknya hidup susah. Mujur aku belajar erti berjimat sejak kecil. Duit lebihan belanja dari ayah selalu ku tunggu supaya aku dapat menabung. hehehe. Sebab, dulu-dulu waktu kecik aku nak menabung beribu-ribu supaya nanti ayah dapat gunakan duit tu. (Ijan mahu tolong ayah pulak!) hahaha.. alalala, dak kecik time tu..


Ayah seorang pemalu, begitu jugak anaknya.. HAK HAK HAK.. dan jugak sangat garang tapi pendiam. Bila emak membebel dalam kete, ayah jadi pendengar berjaya. ayah..ayah..  Emak kata aku mewarisi kedegilan dan baran ayah. Agaknye kot.. Hehehe.. Kata anak bapak? Tahun lepas ayah masuk wad akibat kencing manis, kritikal lagi. Kami sekeluarga keluar masuk hospital dengan risaunya. Mujur ayah masih selamat sampai sekarang. Semoga ayah panjang umor! Amin.


Ayahku Samsudin Bin Moghd Noh , "Selamat Hari Bapa!!"


gambar lama..curi-curi



dari anakmu,
Norizan Bte Samsudin
Kubu, Melaka
21 Jun 2010..

10 comments:

zella y said...

selamat hari bapa untuk bapa2 semua!!

dh sem 5 ye...xlama lg nak habis dh la ni... ;) tahniah!

cik elina said...

smoga ayah kamu pnjang umur..
amin..
selamat hari bapa pacik..
:)

AkuAyie said...

ayah ku orang Jawa tapi tak pernah ajar kitorang cakap Jawa kat rumah.
sama.

Sampai ku terpaksa berbohong.. "Duit hari tu ada lagi yah.Tak pe lah..hehe!"
sama.

Mujur aku belajar erti berjimat sejak kecil.
aku sgt boros. haha.

sejuk hati parents dapat ko sebagai ank. :)

tahniah...selamat bercuti! :D

+akufobia+ said...

selamat.

azuan said...

terharu kalau ayah ko baca nie ekeke

pudding pie said...

zella y,

mekasih banyak2 =)

pudding pie said...

cik elina,

sye ucapkan mekasih bagi pihak ayah saya la..hehe

pudding pie said...

aku ayie,

terharu aku ko dtg jenguk blog aku ni.lama x dengar citer wei..hak3

anyway thanks dear =)

pudding pie said...

+akufobia+

mekasih jugak.selamat utk kamu!

pudding pie said...

azuan,

ececeh.. kalau bapak aku bce blog aku ni.. hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin