Klik sini..

Wednesday, January 26, 2011

Hari Yang Sungguh SENGAL..




19 Jan 2011..

Haritu aku pergi keje macam biasa. Keluar rumah, kunci gate then hidupkan enjin motor. Masa tunggu enjin panas, tetiba terasa nak tengok side mirror. Raba-raba kepala (heh, jangan pikir lain lak!) ea rasa berangin jek. Plain. La, rupanya terlupa nak pakai helmet. Macam gampang.


Mood teros jadi emo. Amik kunci, bukak gate balik, cepat-cepat pakai helmet. Ahh, tengok jam sudah 8.40am. Damn, lambat! Aku naik motor then terus merempit ala-ala minah rempit champion. Ha ha ha 


Sampai tempat keje, tepat-tepat pukul 8.50am. Fuh lega! Terima kasih kepada aksi berani mati aku sebentar tadi. Nasib baik selamat sampai.  Nyaris-nyaris terlambat punch card. Masuk ofis dengan muka bahagia sambil tersengih-sengih macam menang cabutan lucky draw. Then, salah seorang staff department aku tegur, "Apsal kau sengih-sengih ni? Gila ke?" Aik?? Saja jek kan nak buat aku menyirap. Lagi baik bagi aku minum air sirap kan bagus. Memang ada yang nak makan penampar pagi-pagi ni kang. Nasib je superior. 


Okay, sabar.. -__-"


Pukul 10am, aku kene panggil tolong Ms Lim purchasing department gotong-royong bersihkan stor hotel. Oh, sungguh banyak tak terkira barang-barang di stor. Berjuta-juta lemon. Aku sorang je wakil dak trainee department. So, aku lah yang kene buat sebab ramai cuti. Damn! Dari angkat kotak dan rak besi, tolak troli, susun pinggan mangkuk, sampailah pindahkan barang-barang. Fuh, penat siot! Kalau nampak aku, tentu orang akan kata muka aku macam baru balik dari bercucuk tanam. Serabai.


Petang sikit, aku tolong Ms Lim balik. Sebelum tu, uruskan department sendiri dulu sebab kena tegur kaw-kaw dengan Akak Cina sorang tu. Bising. Tetiba meroyan. Dah le aku penat, tetiba jek nak sound orang. Pergh tersentap mak cik! Pukul 4 je aku blah.Tengok ramai budak-budak Kitchen tolong sekali, memang heaven ~ Sebab diorang lak yang buat keje berat. KAH KAH KAH.. Sume ada, Ah Be, Ah Yong, Ah Keat dll. Ah Keat la paling naughty, selalu buli aku. Kurang asam boi punya budak kecik. Nasib baik kau cute! Tak sedar aku lagi tua dari die tapi lagi sedih sebab last week die training kat hotel. huhu.. Takpe janji buat keje happy, tak nak la stress kan..kan.. ^___^ 


Balik rumah, makan dan solat. Settle, terus terbongkang atas katil. Tarik comforter, SYAHID sampai pagi esoknya. Heaven, aku tido nyenyak macam baby... 

****

p/s: esok turun Melaka. yeay ^.^V



1 comment:

aCu said...

asal ko sorg je dr department ko?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin