Klik sini..
Sunday, February 13, 2011
Menjadi Seorang Yang Redha =)
Sunday, December 12, 2010
Kisah Monyet dan Genggaman Tangannya
Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu. Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.
Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal. Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu: "Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!" Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.
Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!" Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.
Pengajarannya..
Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat. Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?
Kredit to : Faridzul Laily
Wednesday, August 18, 2010
Kamu Tahu Tak??
Monday, August 16, 2010
Di Sebalik Mengunyah dan Melantak Makanan Korang tu...
Tips ni aku kira semua orang pun dah taw lagipun kat mana-mana pun boleh je dapat kan. Sekadar peringatan dalam blog ni lagi-lagi sesuai untuk bukak pose tuh! Penting ni kalau nak hidup lama..hehe =)
- Makanlah makanan dan minuman yang bersumberkan halal
- Makan buah dulu sebelum makan nasi ~ sunnah nabi so kena ikut (tapi bukan la satu bakul buah rambutan tu korang melantak lak sebelum jamah nasi taw!)
- Makan beramai-ramai sambil share makanan sama-sama lagi-lagi gunakan tangan kalau nak makan tu (enzim kat tangan tu bagus tu kesihatan)
- Amik makanan yang paling dekat dulu (walaupun lauk yg korang nak-nak sangat sampai terliur lagi jauh dari pinggan korang mentang-mentang lauk best)
- Jangan makan sambil minum air takut nanti enzim pencernaan dalam perut tu cair dan melambatkan proses pencernaan ~ sunnah nabi (baik minum selepas setengah jam ataupun dah buat solat 2 rakaat ke)
- Tidak mencaci makanan (rezeki depan mata tak elok la!)
- Dimulakan dengan membaca Bismillah dan diakhiri dengan Alhamadulilah
- Berhenti makan sebelum kenyang (karang susah pulak nak wat solat terawih ish2)
Friday, August 13, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan tiba lagi untuk tahun 2010..
Kali ini dia datang lagi waktu aku masih lagi menjalani kelas di penghujung semester. Ramadhan terakhir bersama teman-teman seperjuangan di UiTM KBM. Uiks macam tak percaya dan juga aku tak tahu lagi sama ada adakah ada lagi Ramadhan pada masa akan datang. huhu
Puasa sebenarnya mudah, semudah makan aiskrim. Alah, setakat menahan lapar dan dahaga. Kacang goreng. Tengok kawan-kawan, orang kat sekeliling, kedai makan tutup pun dah boleh buat puasa jadi lebih mudah cuma yang paling rumitnya nak menahan hawa nafsu, akal dan godaan tu. Hehe.. tu yang payah kan. Betul tak? Well, tepuk dada tanya hati la!
Cuba pergi bazar ramadhan. Tengok orang jual macam-macam makanan dan air, lagi-lagi perut tengah lapar. Perghh, rasa macam nak borong kat situ gak! Padahal perut tu kecik jek. Hah, dah satu pembaziran tu. Ingat, menahan nafsu tu dituntut dalam Islam. Besederhana kan lebih syokk.. (Peringatan untuk aku jugak ni!)Hehehe =)
Ramadhan kali ni pun sama gak. Masih di perantauan. KAH KAH KAH. Rindukan masakan emak. Sahur pun gitu-gitu jek Iya lah, nak balik
Apapun, Selamat Berpuasa untuk seluruh Muslimin dan muslimat!
Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka, Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan
Tuesday, March 16, 2010
Diam Bukan Sekadar Elakkan Kontroversi Panas
Sunday, January 24, 2010
Alhamdulilah Selamat Akhirnya..
Semalam merupakan hari bersejarah bila jenazah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat malam kelmarin, selamat dimakamkan di sebelah makam ayahanda baginda dalam istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, petang semalam.
Maka, semua kerabat diraja akan bergabung selama 40 hari dan rakyat jelata negeri Johor selama seminggu..huhuhu
Walaupun aku bukanlah seorang Johorian yang sejati, tapi aku rasa sikap "kenegerian" itu penting bila mana :
1) Nyanyi lagu rasmi Johor dalam perhimpunan sekolah (sangat mendayu-dayu lagunya entah mengapa?)
2) Bila ramai budak Johor dalam course aku..muahahaha
3) Bila makan laksa Johor, pisang goreg cecah sambal kicap (tempat lain lain cara!) dan nasi ambang ~ nyum-nyum
p/s: proud to be Johorian..hehe
Tuesday, November 10, 2009
Lucu Banget!!
p/s: Aku mmg anti perokok tegar
Tuesday, August 4, 2009
Anda ingat anda dah kaya???
Bulan Ogos telah pun bermula. Ini bermakna kedatangan bulan Ramadhan semakin hampir. Syukur alhmadulilah, dwet Ptptn tlh pun msk minggu lps. Kitorg 1 rumah tlh sepakat utk berjimat-cermat demi brg keperluan rumah dan trip slps final exam nanti. InsyaAllah!!
Rata2 siswa/I yg sdg menuntut di IPTA/IPTS kini memerlukan bantuan pinjaman PTPTN & juga biasiswa.Memang benar tapi kalo digunakan utk membeli benda2 tak berfaedah, membazir buat apa?? Bukan ke PTPTn nie duit rakyat?? Layakkah kita jika nak dibandingkan dgn para ilmuwan sarjana2 Islam abad lepas?? Tujuan utama wang pinjaman ptptn adlh demi membantu siswa/I menuntut ilmu tanpa perlu bersusah payah..
Cuba kita hayati kisah2 mereka..
Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.
Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.
Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap.
Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.
Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung..
Sejauh mana kita menggunakan duit belanja kita??
**Sumber dari internet
Friday, July 24, 2009
Bila Mati Makin Dekat
Aku tersentuh.
Baru je abis membace novel English, "A Thousand Tomorrows" daripada Karen Kingsbury. jek 1st time baca karya penulis ni. Belum sgt mengenalinya lagi.
Novel ni bukan la novel thriller ataupun love story yg sering aku baca. Tapi novel yg menyentuh hati. Touching la senang citer. Aku bukannya peminat genre touching2 nie, sbb bleh buat mood aku lari bratus ela.. isk.isk..
Mula2 ingat nak bace separuh jek tapi makin lama dah tak boleh nak stop. Sebab cerita ni makin lama makin besh. Aku batalkan niat.
Kisah tentang Cody Gunner & Ali Daniels yg berbeza pandangan tentang hidup. Ali Daniels ni ada penyakit Lung Cancers a.k.a. Cystic Fibrosis. Ali teringin sgt nak menang dlm pertandingan, hidup normal macam org lain tapi penyakit die plak makin kritikal. Diorang bertemu dan akhirnya bercinta. Hero ni sanggup dermakan sebelah lung dia semata-mata nak bersama Ali agar hidup Ali dipanjangkan hingga 3 tahun. sob..sob =(
Tentu takut bila tau kematian sedang menghampiri kan?? Detik2 kematian dan semangat Ali utk teruskan hidup buatkan aku terfikir. Itulah yg aku rasa bila byk prkara yg belum aku capai sdgkan jangka hayat utk hidup tinggal beberapa ketika jek..
Novel ni mengingatkan aku kembali kematian boleh berlaku bila2 masa sahaja. Mati tidak memilih usia, masa ataupun sesiapa jua. Semuanya hanya Allah sahaja yang tau. Rahsia. Sungguhnya dunia ni hanya tempat persingahan. Kita yg memilih berakhirnya hidup kita. Jadi isi hidup kita dgn sebaik-baiknya.
Sebagai peringatn utk diriku yg sering alpa ini.. Ada org senang2 jek nak mati, tp ada org lain ditakdirkan utk mati tanpa sempat utk menikmati hidup lbh lama.. Berbaloi ke??
Wednesday, July 15, 2009
Fikir-fikirkanlah..
Sedikit renungan dari MM&I buat tatapan pembaca blog ni..
Thursday, March 12, 2009
Menjelang Result Exam Diumumkan
Salam..
Lama dah tak mengupdate blog disebabkan kesibukan menghadapi test dan menyiapkan assingment. Hari ini, 12 Mac 2009 merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM 2008. Jadi, ketika aku menulis blog ini, kebanyakan pelajar seluruh Malaysia sudahpun mengetahui keputusan masing2.
Buat adik2 yg sudi melawati blog ni, aku ucapkan tahniah ikhlas dari dariku. Hehehe.. Alhamdulilah, tentu lega kerana segala macam perasaan dan persoalan yg timbul semalam akhirnya hilang.
Mungkin ada yang berjaya dgn cemerlang ataupun mungkin ada sesetengah yg kurang berjaya. Buat yg berjaya, pesananku agar korang sentiasa mensyukuri rezeki yg dikurniakan Allah.. Ingat, jgn sombong mahupun bermegah. Kita disarankan bersyukur kepada Allah kerana hanya Dia yg menentukan segala-galanya.
Bagi yg kurang berjaya, keputusan korang hari ini adalah daripada pemberianNya. Usah berduka kerana masa tak akan berubah kembali. Bersangka baiklah kepada ALLAH walau apa pun keputusan yang korang perolehi. ALLAH itu Maha Tahu apa yang baik untuk korang, dan sebaliknya.
“ Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi juga perkara yang kamu sukai itu buruk untuk kamu dan ALLAH itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Ayat 216, Surah Al-Baqarah)
Result sudah diketahui. Aku pasti skrang korang sedang memilih Universiti mahupun Kolej mana yg terbaik. Nasihat aku, pilihlah yang terbaik sesuai dgn keputusan dan pilihan korang. Dapatkan nasihat dan selidik betul2 sblm membuat keputusan. Ingat, pilihan korang menentukan kehidupan korang slps ini.
Saturday, February 7, 2009
Andai haiwan sekecil ini mampu..


Gambar yg menarik perhatian aku mlm nie.. Aku ingin mengajak kalian berfikir sejenak.. Andainya mereka mampu berjuang, adakah kita hanya melihat sahaja tanpa berbuat apa2 ?? Sedangkan kita adalah khalifah di bumi Allah.. Sudah bersediakah kita?? Andai bumi Palestin ditimpa musibah lagi, mampukah kita menolong mereka?? Walaupun isu di Palestin semakin reda, tapi janganlah kita mudah lupa..Israel laknatullah tidak akan sesekali lupa..
Jangan kata kita tidak mampu, sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu.. Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain.
Allah juga memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu Palestin kepada orang ramai. Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.
Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan - aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya katakanlah kepada diri sendiri - apa lagi yang aku belum lakukan?
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kemenangan dan keamanan yg berpanjangan kepada seluruh umat Islam terutamanya saudara-saudara kita di sana. Amin..
Intipati dari rakan blogger, Leokid..
p/s :Sekadar peringatn buat diriku, yg hanya insan kerdil..
Bangunan berwarna oren itu

Syukur Alhamdulilah..Kemenangan berpihak pada Islam.. Setelah sekian lama taman perumahan di mana kolej kediaman ku terletak, akhirnya terbina Surau Taman Bertam.. yeay... Walaupun kecik, lebih baik ader daripada tiada..btul tak?
Memandangkan masjid yang sedia ada terlalu jauh, penduduk Taman Bertam sepakat menubuhkan sebuah surau tak jauh dari kolej ku.. Nampaknya, azan akan kedengaran lebih dekat daripada sebelumnya..
Sebelum ni, kesukaran mendengar laungan azan amat menyukarkan kami untuk menunaikan solat dan berbuka puasa..Hanya berpandukan azan yg sayup2 kedengaran dari masjid berhampiran..Huhu
Ketika masih dlm pembinaan
Aku diberitahu bahawa surau tersebut dibina bagi memudahkan para ibubapa pelajar Uitm dan Politeknik yang datang melawat agar senang bersembahyang di surau tersebut. Selain itu, mudah bagi penduduk berhampiran menunaikan solat berjemaah. Alhamdulilah, syukur yg teramat sangat..Ada yg prihatin tentang masalah ini.. Tahniah aku ucapkan kepada pihak yang terlibat..
Setelah dibuka, nampaknya surau tersebut penuh dikunjungi oleh penduduk terdekat. GEMBIRANYA!! Moga surau tersebut sentiasa dipenuhi dlm setiap solat fardhu. InsyaAllah Kalau bukan kita, siapa lagi. Bagi sesiapa yg ada kemudahan masjid berhampiran, rajin2 la mengimarahkan masjid kita, kengkawan..
Bukankah rugi jika kita tidak mengambil peluang yg ada utk menambahkan amalan selagi kita masih diberikan kesempatan. Tidak rugi kita bersolat jemaah di rumah Allah. Dengan bersolat berjemaah, maka rumah Allah ini menjadi lebih makmur, ukhuwah imaniyah terbina, kepemimpinan umat bertambah jelas, dan syi’ar Islam menjadi nyata dalam kehidupan seharian.
“ Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran”
Ibnu Umar r.a. berkata: “Bersabdalah Rasulullah s.a.w. : “Pahala solat jemaah melebihi pahala solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. (HR: Bukhari dan Muslim)”
Teringat pula time solat terawih bersama dak poli last sem di bwh khemah yg disediakan pengurusan Politeknik dek kerana tiada masjid yg lbh besar dan dekat.. Nikmatnya sbb “open air” hehehe..Terasa nyaman jek..SubhanAllah
Wallahua’lam..
Thursday, January 29, 2009
Bila Hati Berkata-kata

Entah mengapa sejak kebelakangan ni tetibe aku mempunyai “musuh”.. Hati mula menjadi tidak tenteram. Sudah puas aku cuba berfikir apa yg silapnya. Mungkin amalanku masih lagi tidak mencukupi. Aku masih lagi gagal menahannya. Musuh aku ini terlalu kuat dan gah untuk aku menahannya. Aku tewas sekali lagi.
Memang silapku. Dengan mudah sahaja aku mengaku kalah. Aku lupa segala-galanya. Mengikut kata hati daripada berteraskan akal. Huhu.. Malunya aku pada Allah dan Rasullah s.a.w. Aku beristigfar semahu-mahunya..
“Musuh” yg aku maksudkan adalah teman baik syaitan, iaitu MARAH. Batasanku telah melebihi limit. Andai berpeluang, aku ingin menjerit biar terluah segala perasan marahku. Kerna aku juga punya perasaan. Allah saja yg tahu..
Orang kata, “Marah Itu Api”
Manusia selalu kalah dgn marah dlm diri mereka. Marah itu perlu sesekali,tapi kalau sentiasa marah dan penuh kesakitan, hingga setiap patah kata hanya mengungkapkan kemarahan dan ketidak setujuan… ia tidak tepat jika ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w
Rasulullah SAW pernah marah, tetapi marahnya diredakan dengan bermesyuarat dengan sahabat mencari yang terbaik pada tindakan. Sebab marah itu emosi. Bila kita emosional, kita tidak rasional. Bertindak secara tidak rasional itulah yang sering mengundang sesalan.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasiq kepadamu membawa satu berita, siasatlah terlebih dahulu. Agar jangan nanti kamu bertindak ke atas suatu kaum dengan kejahilan. Lantas semua itu akan mengheret kamu kepada penyesalan atas apa yang kamu lakukan”
(Al-Hujurat : 6)
Selain itu, ada ditunjukkan di dalam hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk."
(HR Abu Daud)
Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah."
(HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah).
Sebagai peringatan buat diriku.. So, apa yg boleh menghalang kita daripada marah? Jawapannya ialah Bersabar. Paling cepat dan paling berkesan, jagalah kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang menjauhkan kita daripada sikap-sikap buruk, membentuk kita menjadi orang yg penyabar. Lihat saja orang-orang yang menjaga kekhusyukan sembahyang, contohnya alim ulama. Mereka adalah orang-orang penyabar.
Selain itu, paling mudah dilakukan, segeralah mengambil wudhuk. Marah itu Api, jadi lawannya adalah Air. Air dpt menyejukkan hati yg sedang marah. Cara lain pulak adalah dgn bertenang. Cool down. Tutup mata, kosongkan fikiran, tenangkan minda dalam 3-5 minit, dua kali sehari. Lakukan berkali-kali setiap hari, sepanjang masa untuk mengawal marah. Bila berjaya mengawal marah, maknanya kita sudah boleh mengawal emosi kita sendiri, bermula dari sikap sabar..
Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan."
(HR Ibnu Sunni)
Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk
(lihat HR Abu Daud).
Mudah-mudahan aku dpt menahan diri ini daripada sifat yg satu ini. Umur yg semakin dewasa mengajar aku agar berfikiran waras dan matang. Tiada gunanya marah. Malahan, Syaitan yg akan bertepuk tangan kerana berjaya memujuk anak Adam mengikut kata-katanya.
Bantulah hambaMu i
ni Ya Allah.. Peliharalah aku daripada Syaitan yg direjam.. AminSumber rujukan, http://www.saifulislam.com/
P/s: spekulasi?? Emotional?? Hmmmm..........Terpulang pada yg menilainya..
sorry, post kali ini agak ‘berat’ dan pjg..
Saturday, January 10, 2009
Mimpi Seorang Khalifah Allah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Entah mengapa blog aku ni buat hal plak.. So, x dpt la nk dgr lagu theme fav aq tuh..Huhuhu.. Sabo je la.. okay, post kali ni berkisar tentang sebuah mimpi.. Tak banyak nak komen tapi memang menyentuh perasaan. Diharapkan ia berguna kepada anda semua termasuk la aku sendiri..
Artikel ni aku jumpe time melayari friendster.. So, copy-paste.. MIntak izin yek..Elok dikongsi bersama..Maaf tiada sebarang artikel dr aku wat mase nie..Otak yg makin tension mmg sukar utk melakar idea..So, Enjoy ur reading!
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWTmemberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku .
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan diasendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKABERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Sunday, January 4, 2009
Resahnyer...

Dengan Nama AllaH, Yang MahA PeMuRah laGi MaHa PenYaYang
Puisi yg aku jumpa di laman web Iluvislam.. Bagi aku, puisi ini wajar dikongsikan bersama sebagai peringatan dan pengajaran buat para pembaca termasuk dri aku.. Alhamdulilah, tahniah kepada penulisnye..Anda berjaya membuatkan diriku sedar dan insaf..
AKU BIMBANG
Aku bimbang.. Sangat bimbang..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
Sumber dari laman web www.iluvislam.com
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PES ANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Thursday, January 1, 2009
Ikhlas berdoa..
Antaranya, berdoa memberikan kita sumber kekuatan dan ketenangan kerana kita mengetahui Allah akan berada di samping orang2 yg memohon pertolongan daripadaNya. Jika kita malas berdoa, sesungguhnya Allah membenci kita kerana dianggap ‘sombong’ daripada meminta pertolongan dan merintih padaNya. Malahan, Allah suka kepada hamba-hambanya yg sentiasa mengadu dengan rintihan dan memohon pertolongan kepadaNya. Ini menunjukkan Allah adalah sebagai tempat bergantung dan mempunyai kekuasaan yg terbilang. Subhana Allah..
Berdoalah...
''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " ..
Di sini saya menyelitkan adab2 berdoa sekadar yang diketahui. Maaf ada yang terkurang atau tersilap. Antaranya :
1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang Halal
2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ni maksudnya, buat apa yang
Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.
3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.
4. Digalakkan solat sunnat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.
5. Mengadap kiblat semasa berdoa.
6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.
7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.
8. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika
berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum
menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari
segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.
9. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
dalam jiwa kita yang halus.
10. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.
11. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ibaca berulang-ulang
hinga dua tiga kali.
12. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.dan berselawat ke atas Nabi
13. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh
kepada Allah.
Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid
(puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."
Sumber pelbagai antaranya, http://www.syukur.com/arkib/amalharian/adab/adab06.htm, dan www.iluvislam.com
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sunday, December 28, 2008
Jom Berdoa
Al-Baqarah ayat 218:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
DOA AKHIR TAHUN..
(sebaik2nya doa ni dibaca sebelum maghrib, sbb hari utk kita bermula selepas maghrib.. dan berakhir selepas asar..)
Dengan Nama ALLAh Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang.
Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda sekalian.
Ya ALLAh, apa jua yg kami lakukan pada tahun iniyg Engkau larang tapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakanya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa utk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dgn beraninya kami menderhakaiMU, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu dan bertaubat, maka ampunkanlah kami, terimalah taubat kami.
Dan apa jua yg kami lakukan pada tahun ini yg Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan YA ALLAH, wahai Tuhan yg Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadapMU,wahai Tuhan yg pemurah
Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluaraga baginda dan para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.
AMIN..
DOA AWAL TAHUN..
Dengan nama ALLAH yg Maha pemurah lg Maha PenyaYang,
Segala puji bg ALLAH Tuhan semesta Alam, Salawat dan sala ke ayas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
YA ALLAH, Engkaulah yg abadi, yg Qadim dan yg awal. Dengan limpah kurniaMu yg besar dan kepemurahanMu yg sejati, tahun yg baru ini tiba kepada kami.
Maka kami pohonkan kepadaMU keterpeliharaan drpda syaitan yg direjam, para penolongnya dan tentera2nya, dan kami pohonkanpertolongan menghadapi nafsu yg sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan utk bergiat dgn amalan yg dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir2nya.
Wahai ALLAH yg empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yg paling mengasihani di antara yg mengasihani.
Moga ALLAH mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yg ummi,ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.Segala puji bg ALLAH Tuhan semesta alam.
Amin..
Mudah-mudahan apa yang kita mohon dimakbulkan Tuhan..InsyaAllah.. Selamat Tinggal 1429H, Selamat Datang 1430H..Salam Maal Hijrah!
Wednesday, December 10, 2008
Seharusnya..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Seorang muslimah itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman pada Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah
.
*******
Seorang muslimah itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLAH memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
***********
Seorang muslimah itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
************
Seorang muslimah itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
***********
Seorang muslimah itu ...
yang hidup di alaf ini, muslimah akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang muslimah itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang muslimah itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
***************
Seorang muslimah itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dai'e & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
***************
Seorang muslimah itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
***************
Seorang muslimah itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
**********
Seorang muslimah itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
****************
Seorang muslimah itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang muslimah itu dalam kebahagiaan!
Moga ArRahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI
Alangkah bagusnya kalau muslimah2 di luar sana mencontohi kata2 seperti di atas. Daripada pemerhatian aku sekarang, nampaknya muslimah masa kini menyimpang daripada landasan Islam yang sebenar. Tak dinafikan, kawan2 aku sendiri pun sedemikian.. Malu memang malu.. Lagi2 dengan kaum muslimin dan non-muslims tapi aku masih lagi tidak mampu untuk mengubah mereka 100 peratus..Muslims yang sepatutnya menunjukkan contoh yg baik kepada non-muslims gagal menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah kita adalah duta kepada agama Islam itu sendiri??
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menegur mereka secara berhikmah..Mudah-mudahan aku dapat menjadi seperti yang diperkatakan..hehe..insyaAllah.. Nampak bukan mudah untuk dilaksanakan, tetapi kalau niat dan tekad menjadi tunjang utama itu bukan menjadi perkara mustahil bukan? “Tepuk dada, Tanya selera”
