Klik sini..

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Note 7 : Orang kata breakfast itu penting!


Hi semua.


Minggu ni di penghujung bulan 3. Nampaknya aku kene gigih menyiapkan thesis. Aduh! -_-"
Memang tak sabar nak habiskan cepat-cepat! Pening nak menghadam segala perkataan satu satu
Boleh muntah, allergik kot.. kekeke ~ ~

***

Al-kisahnya, semalam 29/3/11

Aku dan Syera plan nak breakfast kat McD alaaaa breakfast ala-ala Western gitu
Ceh perasan! tapi ada aku kesah?? Aku ni jarang la pulak nak sarapan kat luar kan
So, dengan semangatnya tido awal then bangun pagi-pagi, bersiap dalam 7 pagi
Amik Syera then teros merempit ke McD Drive Thru berdekatan Carrefour BP
Sampai-sampai jek.... 


jeng jeng jeng...

Tadaaaa!!!!



OMG what the fish betol! ada promotion rupenya TT_TT

Sorang customer angkut sekali 6 polistrin cuba bayangkan line sepanjang ni.
Punch card keje nak pukul 9am at least la paling lambat
Last-last tukar plan makan kat Restoran Asam Manis jadi la
Family Breakfast bertukar jadi Teh 'O' dan Nasi Lemak...


ok kecewa.. banyak-banyak hari, kami salah pilih hari daa 

takpe takpe *pujuk diri sendiri* next time ada ^^~



Cilok dari si budak kecik =)


p/s:  Waktu-waktu terakhir praktikal!


Sunday, March 27, 2011

Note 6 : Jom Work Out!


Halluuuu MM&I..

Seminggu dah berlalu..
Nampaknya dah sampai penghujung Mac dan April akan tiba tak lama lagi
So lagi 2 minggu lebih tempoh LI akan tamat
Sedih tapi gembira! ahahaha =) (macam mana tu?)
50-50 ngerti??


Hari ni Ahad, so aku off day. *sigh*
Why sebab satu hari jek tapi takpe pasni cuti panjang lepas LI tamat
Aku bangun awal pagi lepas tu tak tahu nak buat apa lepas solat Subuh
Nak on9 tapi hari-hari dah ngadap laptop *Momo* 


So, aku decide plan ni memang dah lama pun
Cuma nak tak nak jek.
Siap-siap pakai track suit & t-shrt segalanya dengan mp3 & hp
On kan engin motorku terus gi Tasik Y ^^~
Tak jauh jek dari rumah aku 5 minit dah sampai! Dekat giler.


Awal pagi memang best. Semuanya nyaman. Aku sampai jek tengok dah ramai berkerumun
kat tengah-tengah dataran tasik Y. ada tarian bla..bla..bla
Aku tak join sebab niat aku nak jogging jek pagi tu
Lama tak work out.. Dah jogging, jalan 4 round & pijak batu-batu tajam  urut-urut kaki
pastu aku blah. Ok lah untuk harini.. =)


I love this place! *curi-curi amik gambar*


P/s: next Ahad, nak join J-robik la!

-

Saturday, March 19, 2011

Note 5 : Sembang-sembang Sabtu

Selamat Hari Sabtu!



Rasanya dah dekat seminggu jugak ku tak mengupdate blog. Memandangkan hari ni hari Sabtu, keje kat ofis pun tak berapa banyak so  ape lagi curi-curi semangat berkobar-kobarnya  aku mengupdate blog. kekeke Hehehe ^^~ Aku tau ramai yang singgah sambil tinggalkan komen-komen yang cute kat shoutmix tu. Okay mekasih banyak-banyak, kalo ada masa aku akan cuba blogwalking balik UOLLLL semua yang sudi menjenguk MM&I ni.  TQVM!! Hoyeah ~ ~ ~



Okay, time serius pulak..


Wuuuuu...dah mula dahhhh..


Cecece ^^ Entry kali ni aku nak cakap tentang pandangan aku tentang bencana yang menimpa tsunami di Jepun 11 Mac yang lalu. Aku memang tak sangka sebab malam tu aku dah pun tertidur semalaman a.k.a overslept melampau dek penat berkejar-kejaran di ofis Sales. hahaha ^0^ Esok paginya baru bukak internet keluar kat berita. Terpegun sekejap. Sat tu dah terpikir kawan aku kat Jepun selamat tak mereka??



Bagi aku, musibah kali ni dah menunjukkan bahawa dugaan Tuhan itu tak mungkin kita dapat elak sedangkan Jepun adalah salah sebuah negara maju berteknologi tinggi. Allahhu Akbar. Sedih sangat. Lagi-lagi bila aku tengok berita. Fuhhh, tak dapat bayangkan kalo aku kat tempat mereka, di bumi mereka, dahtu depan mata pulak! Dulu aku selalu terfikir sampai masuk mimpi camne la kalo Malaysia ni ada gempa bumi, bencana alam, Astaga!



Cuba tengok ni! 




Bila aku tengok video-video ni semua, buatkan aku terfikir yang masalah aku ni tak la seberapa teruk dan malang pun apalagi nak dibandingkan dengan musibah mereka ni. Insaf..insaf...



Okay, dah penat membebel, apa kata lepas solat nanti kita doakan mereka agar selamat dan dapat bangun semula macam dulu-dulu. Sebab aku sangat kagum dengan orang Jepun ni. Tak semua tapi sebahagiannya. Tak dapat bantu dengan tenaga, doa & wang ringgit pun apa salahnya. Betul??




p/s:   Teringin nak melancong kat Jepun masa kecik-kecik dulu

Monday, March 14, 2011

Note 4 : cuti sehari terasa macam public holiday la!

AHAD 13/3/2011

Mujur harini tak hujan macam beberapa hari lepas. Bukan rimas tapi risau takut tak dapat tunaikan janji. Bukan senang nak keluar lagi-lagi bila dapat jumpa mereka selang beberapa bulan mahupun setahun sekali. aishh T_T sebab mereka lah member yang rapat dengan ku kat Batu Pahat ni. hehe ^^~ dapat gossip sama-sama, shopping sama-sama makan sama-sama, tengok wayang pun sama-sama lah! TQvm Ain & Dilla 

Big Cinema BP Mall.. macam hampeh! 


laparnya saya! 1st time makan kat Kenny Rogers..

Kami tengok 127 Hours bila sume citer best-best tak kuar lagi kat Big C. Geram sungguh. Overall cerita ni not bad. Truly true story. Tentang hero yang cekal dalam menyelamatkan diri kat tengah-tengah canyon yang maha besar tu. Fuh tak tau la kalau aku yang kat tempat dia. Boleh gila kot! Tabik spring la.. Kawan aku kata best cerita ni lagi-lagi yang tengah putus cinta. Why? aku pun tak sure tapi bagi aku 50-50 la. Not bad bagi aku yang tak minat cerita genre camni.. Hehehe =)

Mamat ni adalah Harry Osborn dlm Spiderman tu?? Fuh..

Waktu tangan kanan dia tersekat di celah batu..


p/s: sangat-sangat risau dgn keadaan Jepun sekarang.  huhu T_T

Tuesday, March 8, 2011

Note 3


Salam semua,

Dah masuk bulan 3. Woot ^^~ Lagi beberapa minggu jek ku berpraktikal lepas tu cari stable job pulak. Aish aku masih tak decide lagi nak stay kat BP ke dok merantau lepas ni. Dilema. Aku anak sulung, so tanggungjawab jaga mak ayah satu hal. Kalau bukan aku sapa la lagi kan. Aishhhh


Lupakan sekejap tentang responsibility tu..


Sabtu lepas 5hb Mac, lepas balik keje cadang nak kuar makan. Aku, Syera dengan Wida singgah Ceria Maju berdekatan taman perumahan aku bersama dengan exec department aku, En Hamdan dan En Iskandar. En Hamdan nak belanja makan sempena besday Wida yang lepas. Alhamdulilah, dapat makan free! yeay!!! Bukan senang orang nak belanja makan ni. Aku jarang-jarang dapat peluang makan luar. Suka taw! Dapat hang out luar sekali sekala memang syokkk! kekekeke ^^~


Jam menunjukkan pukul 9.30pm, awal lagi. So, kitorang bertiga singgah BP Walk sambung bergossip! Lepak kat kedai Ramly. ahahahah =)  Angin pun sepoi-sepoi bahasa malam tu. Patutlah ramai suka keluar malam. Jeles! Sambil borak, sambil minum dan jugak cuci mata. Oops! =) Macam-macam ragam. Paling meluat kalau asap rokok tu menusuk hidung. Grrr tapi aku pun bukan peduli sangat janji kitorang enjoy. Ini kali kedua kitorang bertiga hang out together. Busy huhu..  


Such a precious time! Thanks guys  


p/s: entah bila dapat lepak-lepak lagi..


Wednesday, March 2, 2011

Note 2


Assalamualaikum.


Moga hari anda baik-baik aja.=)


2 hari ni aku sorang-sorang kat department sebab Syera cuti *sigh* boring sket. Rasa tangan tak cukup sebab terkejar-kejar nak buat sume benda. Nasib baik ada orang tolong. Arigato En Khairul, Arigato En Iskandar. Hehe =) Sangat terharu! Ada masa diorang sangat baik hati. ^^ Lagi-lagi bila ramai lak on leave masa aku sorang ni. Aishh.


28 Februari 2011
Aku diminta menolong Banquet jadi waitress masa dinner persaraan Ketua Polis BP malamnya memandangkan Banquet tak cukup part time. So aku keje la part time malamnye lepas balik keje. Fuh, first time serve, tolong angkat pinggan, clearkan meja, tuang air kat guest. Memang lenguh tangan dan kaki lagi-lagi pakai heels sebab tak sempat nak balik rumah time tuh. huhuhu 


Siyesly, sekarang aku sangat-sangat memahami keje banquet ni. Bukan senang tahu. It does pay well but u'll get tired easily if you're not strong enough.  Kene kuat semangat fizikal dan mental taw. Lepas dapat pay cash, aku teros blah.


Malam tu,aku susah nak tido sebab kaki sakit sangat, berdenyut-denyut T_T


Note 1



I'm so sorry..


Entah beberapa kali agaknya aku cakap sorry. Sorry to myself, sorry to others. I really mean it. Banyak kali menyusahkan orang lain. hehe. Beberapa harini ni sangat sibuk sampai badan sendiri pun tak terlarat. Sakit seluruh badan sampai satu tahap aku terus demam.MC beberapa hari. Tak boleh bangun sebab suhu 39'C. Mungkin keje melampau sangat. Sebelum tu tolong housekeeping jugak Satu pengalaman baru.Dapat tengok bilik dan jugak tengok cara diorang bekerja Fuh, penat! I tell you ^^


Aku dah pun buat yang terbaik. Sehabis mungkin. Sayang takde yang menghargai tapi aku sangat bersyukur sebab masih ada kawan-kawan yang sanggup tolong masa aku susah. THANK YOU SO MUCH.

I'm very thankful ~^^




Saturday, February 5, 2011

Menghabiskan Waktu Di Rumah Keduaku

Xinnian Kuaile!


Semalam(4 Feb) dah masuk hari kedua CNY. Hotel pun dah full house dengan guess dari luar BP
Kebanyakkannya dari Singapore. Fuh, kete tak nak besar-besar lak kan
Jeles gua! Dapat bawak sebijik ni memang puas


Semalam seperti biasa datang keje. Tak banyak pun nak buat. Sebab semalam dah penat buat keje berat
Nasib baik boleh on9 memanjang. Streamyx beb. suka! ^^~
 Kah kah kah Siyes memang bosan. T_T
paling tak bleh blah...
Berpuluh kali aku turun jalan sekitar hotel, banyak jugak la staff tanya;


"Aik, tak cuti ke hari ni?" Memang G*****!!


Kalau aku cuti tak le aq datang down. Menyirap. Okay-okay, dah nama pun boring, dok amik gambo pun best. *curi-curi bawak hp* Ofis aku (perasan!) dah berubah wajah..
3hb Feb, tarikh rasmi renovation kat ofis aku. 100% berubah wajah


Aku tak taw la apa reaksi staff department aku nanti ble diorang naik cuti nanti *risau*
Neves pun ada lagi-lagi pompuan tu. Huh.. ^^



Department terchinta 



Jarang tak tunjuk muka terbaru. *malu2 kambing aku ni!*


Selamat bercuti semua!!


p/s: ok, nak pi keje dulu


Thursday, February 3, 2011

Saya suka makan limau Mandarin


Salam semua..


Wahh, dah masuk bulan February.. Tinggal 2 bulan lagi ku berpraktikal.
Minggu ni ku agak sibuk dengan segala keje sempena CNY. 
Lagi-lagi Chinese staff pun akan bercuti
Well, officially aku takkan cuti pada 3hb & 4hb ni..UHUK UHUK =(
Tak best betol! Sapa yang cuti tu, selamat menikmati cuti anda
Ingatlah ada lagi yang tak cuti masuklah aku! 


Cuba teka apa aku dapat harini?? 
ANG POW. Yeay! 
Thank you Miss Au aka my director. Syukur walaupun tak banyak janji kami tak dilupakan
Betol? Hehe ^^~


Sekarang ni musim hujan. Nak kuar jenjalan dgn gi keje pun payah. 
So, jaga diri dan kesihatan korang semua seeloknya okay..
Banjir pun dah banyak. Aku sentiasa berdoa agar BP tak ditimpa banjir kilat.
Semoga saudara-saudara di kawasan banjir sentiasa tabah..


 Have a blast day everyone!!






p/s: Ada banyak entry pending. InsyaAllah ku update dlm masa terdekat


Wednesday, January 26, 2011

Hari Yang Sungguh SENGAL..




19 Jan 2011..

Haritu aku pergi keje macam biasa. Keluar rumah, kunci gate then hidupkan enjin motor. Masa tunggu enjin panas, tetiba terasa nak tengok side mirror. Raba-raba kepala (heh, jangan pikir lain lak!) ea rasa berangin jek. Plain. La, rupanya terlupa nak pakai helmet. Macam gampang.


Mood teros jadi emo. Amik kunci, bukak gate balik, cepat-cepat pakai helmet. Ahh, tengok jam sudah 8.40am. Damn, lambat! Aku naik motor then terus merempit ala-ala minah rempit champion. Ha ha ha 


Sampai tempat keje, tepat-tepat pukul 8.50am. Fuh lega! Terima kasih kepada aksi berani mati aku sebentar tadi. Nasib baik selamat sampai.  Nyaris-nyaris terlambat punch card. Masuk ofis dengan muka bahagia sambil tersengih-sengih macam menang cabutan lucky draw. Then, salah seorang staff department aku tegur, "Apsal kau sengih-sengih ni? Gila ke?" Aik?? Saja jek kan nak buat aku menyirap. Lagi baik bagi aku minum air sirap kan bagus. Memang ada yang nak makan penampar pagi-pagi ni kang. Nasib je superior. 


Okay, sabar.. -__-"


Pukul 10am, aku kene panggil tolong Ms Lim purchasing department gotong-royong bersihkan stor hotel. Oh, sungguh banyak tak terkira barang-barang di stor. Berjuta-juta lemon. Aku sorang je wakil dak trainee department. So, aku lah yang kene buat sebab ramai cuti. Damn! Dari angkat kotak dan rak besi, tolak troli, susun pinggan mangkuk, sampailah pindahkan barang-barang. Fuh, penat siot! Kalau nampak aku, tentu orang akan kata muka aku macam baru balik dari bercucuk tanam. Serabai.


Petang sikit, aku tolong Ms Lim balik. Sebelum tu, uruskan department sendiri dulu sebab kena tegur kaw-kaw dengan Akak Cina sorang tu. Bising. Tetiba meroyan. Dah le aku penat, tetiba jek nak sound orang. Pergh tersentap mak cik! Pukul 4 je aku blah.Tengok ramai budak-budak Kitchen tolong sekali, memang heaven ~ Sebab diorang lak yang buat keje berat. KAH KAH KAH.. Sume ada, Ah Be, Ah Yong, Ah Keat dll. Ah Keat la paling naughty, selalu buli aku. Kurang asam boi punya budak kecik. Nasib baik kau cute! Tak sedar aku lagi tua dari die tapi lagi sedih sebab last week die training kat hotel. huhu.. Takpe janji buat keje happy, tak nak la stress kan..kan.. ^___^ 


Balik rumah, makan dan solat. Settle, terus terbongkang atas katil. Tarik comforter, SYAHID sampai pagi esoknya. Heaven, aku tido nyenyak macam baby... 

****

p/s: esok turun Melaka. yeay ^.^V



Sunday, January 23, 2011

Lautan Biru Di Sana



14 Jan 2011

Tarikh keramat SERVICE CULTURE 2011-2012 dilancarkan.  


Salah satu program yang dilancarkan kat tempat aku berpraktikal. Memang bagus. Management nak serapkan quality service from heart. Perghhhh, sumpah aku rasa mende ni macam FAIL jek. Bukan aku nak buruk-burukkan tapi kalau company tu sendiri tak nak buat perubahan dan jaga kebajikan pekerja, macam mana Pekerja tu sendiri nak ikut? Betol tak? hurmmmm.. kita tunggu dan lihat!


Kempen ni dilancarkan kat Sapphire Ballroom. So semua pekerja diwajibkan hadir. Kira event hotel yang grand lah. Siap ada decoration gitu. Tiga-tiga director pun ada. Punya la semangat sampai t-shirt ala-ala cleaner pun dapat free jugak.. Sumpah dah macam pekerja kilang takpun budak sekolah nye baju aku tengok. kaler BIRU! Aku teros sarung t-shirt dan pakai button Service Culture siap-siap masuk dewan.


Takpe terasa okay lagi. Tapi saiz baju aku, M punya gedabak sebab takde cutting. HEH, tak okay! Tak boleh blah taw. Macam sarung guni dah aku tengok. Saiz badan pekerja kebanyakannya kecik-kecik, baju aku dah boleh muatkan 2 orang budak kecik taw.. Menyirap aku!  Meroyan sekejap sebab nampak macam .....? Dahla badan ku ini cute, bertambah sepuluh kali ganda cute! ^.^~ Bukan aku sorang je, semua pun menyumpah-nyumpah.. Memang ..........!


Benci..


Aktiviti sampai pukul 5.30pm lepas berakhir dengan ucapan Ms Au Gek Keng. Fuh, memang mantap! Semangat giler pengarah aku sorang ni bercerita. Dia kata, "Saya lebih suka bercerita sebab kamu semua lebih faham kalau saya cerita panjang lebar!" Faham sangat.. Memang berjela-jela dia bercerita sampai buat aku tertido! (-__-)  Khusyuk sungguh aku kan?


Erk!!?  -__-"


Last but not least,
Aktiviti terakhir kitorang menari tarian poco-poco beramai-ramai. Yeay! memang suka time ni. Lagi-lagi bila dah terer menari. Dah macam kanak-kanak ribena. Menari ramai-ramai memang best lagi-lagi aku dapat tengok semua orang. Bukan selalu nak berkumpul macam ni. Selalu bertembung jek dalam lif. Tak syok la kan. kan.. =)  Ahh, rindunya time tuh!   Hari terakhir jugak bersama Chin Yee, lepas ni sorang-sorang budak praktikal lama akan tinggalkan hotel. Wuaaa T_T kitorang dah rapat walaupun sekejap jek.. 



Last day bersama Chin Yee ~ Trainee Hotel Mgmt



Orang kuat.. Top management yang cun melecun >.<


***

p/s: Lagi 2 bulan setengah jek.. pastu blah!


Saturday, January 22, 2011

Kali Pertama

Hi,

Okay, aku admit aku memang MALAS giler nak update blog
Sejak time final sampai la tengah praktikal
Giler takde mood. Cam haram jek nak bukak blog
Sebab aku cuma giler TWITTER & FB jek sekarang ni
Hahahaha, seribu kali maaf okay =)


Member-member ramai dah ingatkan
Bila mahu update ya?
Thanks sebab korang SAYANG aku lagi
Mahu baca lagi celoteh aku. Cuma aku jek.
Takpe, aku cuba lagi. Mengupdate khas untuk member-member tersayang..


Kroni-kroni ku.. ahakss =)




Entry kali ni pada 3 Jan 2011 yang lepas..

Group aku, Miya, Qila, Oya &Yana kena jumpa advisor kitorang, Tn Hj Shariff
untuk bincang pasal Research report.. takut!
So, hari tu kitorg amik cuti dan turun Melaka yeay! ^___^
Happy giler dapat jumpa balik ramai-ramai. Rasa nak putar balik masa silam (kalo boleh?)
Meeting kitorang dari pukul 12.45pm sampaila 4.30pm Fuh lama siot!
Tapi at least dapat la lama-lama sket dengan diorang memang worth it.
Nampak budak-budak Account yang stay lagi kat KBM *jeles*
Sayang tak dapat jumpa member aku.


Masa balik, aku sempat lagi pergi Subaidah depan Maybank, beli rojak
Giler rindu makanan kat Melaka. Yong tau fu Mara, ABC dll
Rasa nak telan semua ^.^
Tapi perut kecik jek. takpe, next time!
Ada jodoh, datang lagi..
Aku tinggalkan Melaka dengan rasa terharu *sob*


*****


p/s:   rindu nak jejak kaki kat KBM lagi..


Sunday, December 26, 2010

Hijau Itu Warna Daun Kari


Salam semua..

Beberapa hari ni ramai pulak yang mengingatkan aku tentang sekolah lama aku. Samura.
Mentang-mentang semua cuti U, facebooking satu kemestian.
Hehehe


Kali ni aku tak nak ulang balik entry berjela-jela pasal sekolah lama aku
Kali ni nak cerita pasal lagu tema sekolah aku.
Memandangkan aku duduk boarding school, lagu-lagu tu satu kemestian.
Nak-nak lagu yang catchy dan menaikkan semangat.
Hahahaha, rindunya zaman itu! ^^


Masa aku kemas balik bilik, tetiba terjumpa balik note book aku masa aku kat Samura dulu
Dalam tu ada tercatat segala lagu masa wakili rumah sukan aku, RUMAH BUDIMAN 
yang melambangkan warna tema hijau. 
Ahhhhh, rindu giler kat Kajau 3 @ Budiman 3. 
Nama Kajau 3 ni khas utk penghuni tetap Budiman 3 je time batch aku. 
Ilham khas dari senior kitorang. nama panjang dia,, 'Kamar Hijau' hahhaa ^^
Selain BUDIMAN, ada PUJANGGA (kuning), 
BESTARI (biru) & SARJANA (merah)

***

Untuk Siti Zulaikha..

Oh Budiman..
Tak mengapa kalau kita tak menang..
Esok masih ada..
Oh Budiman..
Jangan putus asa..
Teruskan usaha..
Bangkit bersama-sama..
Oh Budiman..

note : inspirasi dari Spider

******

Hijau warna rumah sukan kami..
Kuat gagah berani..
Tewaskan musuh tradisi..
Pujangga Sarjana dan juga Bestari..
Akan kami tewaskan dengan mudah sekali..
Kamilah juara..
Di Aspura dan Aspuri..
Rumah Hijau tetap di hati kami..
Dapat merit tiap hari
* Hijau itu warna suci
Warna pokok dan warna daun kari
Itulah kebanggaan kami..

note: inspirasi dari lagu Kluang Man..

*****

Memang benar Budi memang juara
Dapat banyak merit sini sana
Sudah pasti Budi takkan kalah
Pada Bestari, Pujeng dan Sarjana..

Ramai-ramai kita kutip mata..
Biar mereka tahu sapa kita..
Sapulah habis janganlah mengalah..
Budi juara..

Biar apa orang kata..
Hanya Budi saja yang juara
Biar mereka semua tahu
Hanya Budi saja dihatiku..


ihsan Pak cik Google



p/s: I miss you guys ♥ ♥ ♥.


Monday, December 20, 2010

Saya nak kerusi urut satu!!




Ku rasa minggu lepas adalah minggu yang paling penat..
7 hari bekerja dalam seminggu huaaaa TT___TT

Minggu lepas ku diarahkan untuk membantu Puan As, HR department untuk menyiapkan segala borang untuk persediaan pelajar praktikal dari Indonesia. Thanks to my boss, ku terpaksa menaip dengan menggunakan mesin taip antik yang lebih kurang seusia ku agaknya! Kematu tangan buat beberapa hari.. adeh! Kesian puan.  Kalau la dapat mesin taip elektronik dah lama siap agaknya. Aku je yang terkedek-kedek mengetuk mesin taip seminggu. Lambat giler..


Selain itu, minggu ni jugak aku diberitahu kami bertiga kena bergilir-gilir membuat promotion hotel kat Fair BP Mall bermula hari Khamis sampai la hari Ahad. Shift aku dari hari Sabtu hingga hari Ahad dari pukul 11am hingga 5pm. Fuh, bosan giler! Pusing-pusing BP Mall bagi flyers untuk customers awareness.. ^^ Muak dan penat!! Sempat jugak aku cuci-cuci mata dan terserempak pulak  member aku, Ain dan Reen..

Flyers Hotel

Hari Sabtu adalah paling penat!!

Kami bertiga terpaksa buat aprt time sebab staff banquet tak cukup. Haritu paling sibuk untuk Hotel K sebab function full house! ^^ Selepas pulang dari BP Mall, aku kena buat macam-macam keje. dari hantar Event Orders, photostat dan siapkan task kat department aku sorang sebab trainee lain dah siap-siap tolong department banquet. oh ya, kitorang kena tolong banquet untuk dinner Syarikat Faizah..


Thanks Syera & Wida sebab tolong cover keje aku masa aku takde kat banquet petang tu. hehehe.. Function start pukul 9pm. Sebelum tu ada brief meeting untuk budak part time. Kebanyakannya cina semuanya. Diorang ni sume dah biasa keje banquet. Muda-muda semuanya dari aku tapi dah pandai cari dwet. "Apa lah yang aku buat masa umur diorang ni yek??"


Tugas aku adalah masa Food Presentation. sebelum dinner start, pihak hotel akan buat gimik opening sebelum makanan diserve. Fuh, nerves giler time tuh! Menggigil time aku pegang makanan untuk VIP. Dahla kena jalan kat red carpet dan semua mata tengah pandang kitorang. Macam pengantin pun ada kena catwalk! hahahaha Nasib baik pinggan aku tak tumpah. Syukur dah lepas.


Bila dah abis, kitorang bertiga kena jaga part time sambil pantau meja-meja guest takut ada yang terlepas pandang. Seriously, memang penat! Badan aku dah start lenguh-lenguh inikan pulak waiter-waitress yang ulang-alik angkat pinggan mangkuk tu! Fuh, sakit!!! Waiter dah la tak cukup, kesian guests. Bila time nak hidang makanan baru, ada pulak air yang tak cukup. memang tak cukup tangan.. Hopefully, aku harap diorang pulang dengan senang hati.


Malam tu memang tak bleh lupa. Hehehe ^^ aku dapat jumpa bos besar Syarikat Faizah. *Woot* Bukan selalu ni. selalu nampak kat TV jek. Function habis dalam pukul 12am. Lepas dapat dwet bayaran part -time, sampai rumah jek terus tidur atas katil. Memang tak bleh nak bukak mata, tambahan pulak kaki aku dah start kejang. 2-3 kali jugak aku tersedar. Terpaksa tidur awal sebab esoknya nak turun BP MAll, damn,keje lagi esoknya.. huhuhu T__T

Ihsan Pakcik Google..


Esoknya, masa on duty, aku dan Syera gi cari kerusi urut yang kena bayar RM1 untuk 3 minit tu.
Hehehhe ^^ memang syok kena urut. Kurang skit sakit-sakit badan kitorang. Tanpa peduli orang yang lalu lalang kat sebelah cinema.KAH KAH KAH. 


Isnin sampai lagi harini. Keje time! 
Semoga minggu ni adalah lebih baik dari minggu sebelum-sebelumnya. InsyaAllah!



p/s: boss, saya nak cuti lebih!!!

   

Wednesday, December 15, 2010

P**** Berganda-ganda!!





Aku dah mula mengenali staf-staff hotel K sekarang ni
Yang baru mahupun yang lama
Lagi-lagi nak hujung tahun ni ramai la pulak part time
Menyesal betol aku tak minta keje kat situ time muda-muda dulu *UHUK*
Hahahahaa ^^ Ahhh, its past already..

Chingu, Kawan, Pengyou, Friends..

Walaupun tak semua nama yang aku tahu.
Yang aku ingat pun Syera, Siti, Zila, Shirley, Chiew Yee, Sham, Iwan etc..
Tapi best sebab ramai kawan2 aku bleh kenal kat sini
Aku kan pemalu orangnya nak-nak orang yang baru kenal ni
Adehhh, malu-malu kambing tul aku ni! hak hak hak
Sorry adik-adik, akak bukan sombong tapi malu
Harini pun bertambah lagi staff baru. Events hotels sangat banyak
maka staff baru pun diperlukan.. 

Masa rehat paling la penting, Canteen Staff
Tempat nak bersosial itu la spotnyer
Bila dah kumpul ramai-ramai, memang sesak
Sampai makanan untuk staff pun habis!
Kena tunggu second round lagi-lagi kalau aku rehat lambat! Damn.

Satu lagi time assembly, kena menari poco-poco beramai2
Staff2 lain pun ada..
Masa ni la aku kenal adik-adik yang amik part time
Siap menyakat aku lagi pulak tu.
Kureng asam boy betol! 
Takpe..takpe bagi can kat diorang. Ni time diorang..HUH!

Apapun, dalam 2 minggu ni aku kne praktis koir utk Christmas Eve
WTH?? Aku kne keje malam cuti lor.. 
Sangat la busy lagi-lagi aku tolong 2 department sekaligus..
Balik rumah terus terbongkang! *dead*


***

p/s:Takde masa nak jumpa member sendiri sbb kena keje. Miyaneh Chingu!! ^^ ~



Thursday, December 9, 2010

Pahit Macam Hempedu

Its almost 3 weeks.. *woot*

Still on counting.. yeah!
I'm so proud of you Norizan.


However, this week sucks!!! Asyik kene tengking jek. Tanya soalan baik-baik pun nak marah.  Dalam hati nak je cakap, tapi kena la buat muka innocent kan tapi itupun tak jalan gak.Tanya salah, lagi tak tanya salah. Fobia betol aku nak cakap sepatah perkataan pun dgn dia.  Penat la aku camni. Lagi-lagi nak mengadap muka dia jek setiap hari. Aku rasa dia memang tak suka aku kot. Apa ni?? Semua yang aku buat macam tak kena jek kat mata dia. Aku sorang jek okay. WTH?? I can't pretend everything looks fine. I can't but I have to. Dugaan Tuhan nak bagi kat aku sekarang. Sabar lagi..


Bosan dan penat...


Setiap hari rasa takde mood jek nak datang keje. Nasib baik HOD aku baik-baik semuanya. Kuat menyakat. Hehehe. Kurang sket stress aku kat department tu. *sigh* At least diorang boleh bergurau senda dengan kitorang bertiga ni. Tak la sombong sangat. Aku suka. Meriah sikit petang-petang yang boring tu ^^ ~
Nak marah pun takde la sampai melukakan perasaan aku. Aku terima dengan hati terbuka. Al-maklumlah, praktikal semua baru nak belajar.


Bukan tu je yang mengganggu fikiran, tapi musim hujan buat beberapa minggu ni menyebabkan aku terpaksa berhujan setiaop hari. Al-maklumlah naik moto. Lagi-lagi tinggal sorang ni. Memang susah.  Nak mintak tolong parents hantar pun tak bleh la. Jauh. Nak tak nak kena la independent. Cepatla musim hujan ni berlalu. I can do it! hehehehe


Aku selalu bagitau diri sendiri, bagi motivate, penguat semangat aku;

Remember Allah is always with you.Be strong & never give up, Ijan ^^ You're a champion,show them what is a true champion. I'm so PROUD of you..



Sunday, November 28, 2010

Aku Bukan Jahil Sangat!

Selama berpraktikal..
Aku banyak berdepan dengan orang ramai
Dealing dengan government dan private sektor
UTHM, Segi, JPNJ, dan lain-lain..
MAcam-macam commpany rupanya yang deal dgn hotel K
Memang busy.. Lagi-lagi Hotel K
adalah hotel 4 star kat Bandar BP ni
Nak-nak dekat hujung tahun
Banyak la pulak functions yang diorganize oleh Sales department
Walaupun aku bukanlah budak Sales, tapi
banyak jugaklah yang aku belajar kat department ni
Memang lari habis dah segala ilmu Mktg aku kat UiTM


Apapun, semua tu memang tak lari dengan konflik
Konflik sebab last minit, perubahan la
Permintaan customer la. macam-macam
Tapi yang paling aku hadapi kat sekarang ni
Konflik dalaman..


Racist..


Aku dah banyak kali hadapi mende ni
Sejak belajar kat Sekolah Convent dulu pun dah alami
Ni kan pula masa keje
Paling tak tahan bila Superior aku sendiri dok mengumpat pasal orang Melayu
dalam Mandarin sesama diorang
Patutla dia macam tak suka jek kitorang praktikal
Sebelum ni dak praktikal adalah Chinese okay.


Walaweh, pikir-pikir balik dia adalah superior aku
SABAR je la dalam hati
Ingatt aku tak paham ke??
Aku faham 99% la apa yang korang cakap.
Tu yang aku diam tak nak bagitaw yang aku bleh faham
Diorang nak umpat ke tak puas hati ke aku boleh curi-curi dengar
IShhh Geram betul la!!! #@#$%&*


Buat aku bad mood jek petang sepanjang hari..
Aku faham
Biasa la tu kalau keje private sektor
Yang penting cari pengalaman
Kita ni menimba ilmu bukan nak cari gaduh
So, bertahan Ijan!! ^^ ~ ~

Tuesday, November 23, 2010

Pengalaman Hari Pertama

Hari ni 1st day aq wat practical kat Hotel K@8&%@#*
Dari malam sebelumnya dah berdegup-degup jantung
Macam nak pitam jek. Uishhh
Kalau budak Johor start hari Selasa
Tengok member-member yang lain yang dah practical
awal sehari kata okay
Rilek jek, lagi best bila dapat bos yang giler kaw-kaw
Perghhh jelesss!


So, awal-awal pagi dah datang hotel K.
Kena gi security dulu,
"Dik, tak bleh bawak beg besar ek, handphone kene tinggal gak!"
dalam hati, WTH??
Okay lagi, jumpa HR. Mak ai garang giler puan tu.
Dah selesai briefing, aku dengan Wida pergilah
Sales Department, macam 1 Malaysia
4 Chinese, 3 Melayu, 1 India muslim..


Tentang department aku lak,
Yang Melayu okay la. boleh lagi tapi yang C tu, kureng mesra alam sikit
Huhuhu mau nangis aku dibuatnya. Mulut tu tak reti ke nak bukak?
Sabar je la..
Exec kat situ ramai tapi yang paling garang head department la merangkap Operation Manager
Fuh, garang siot! nasib baik koordinator aku okay ^^
Walaupun tak de meja sendiri, kami redha *sigh*
Ye, Hari Memalukan Belajar benda baru ^^
Orang kata training ni macam kuli
So, kena lah buat apa yang diorang minta


1st day jek dah belajar fax, pastu taip quotation, photostat semua la
Dah lari kesana kemari
Kadang-kadang kena hantar document kat department lain
awal-awal lagi..
Koordinator aku kenalkan kitorang kat semua orang *malu*
Ramai gak budak practical kat situ cuma lain department la



Banyak yang aku belajar harini..
Kena pantas kuasai sesuatu dan mencatat
Walaupun exec aku dah mula ingat nama aku
Terpaksa terima arahan dgn senyuman hahahaha
bila dia asyik suruh aku jek buat keje
Takpe takpe.. cari pengalaman
Fuhhhh giler kentang penattt!!!


Keje aku memerlukan work attire hari-hari,
Bagi nampak smart tapi.. aku lagi suka pakai bj kurung
aku kena pakai 5 hari kemeja & 1 hari baju kurung (apa!!!!)
Uish, kena beli untuk 1 almari baju ke hapa nih.. mak aii >.<
Tak mo!!


Last day harini, Exec aku cakap;
"ada lagi 5 bulan?? Kena ragging kaw-kaw la jawabnya nanti dgn saya!!"
Perghhhh..

Thursday, November 11, 2010

"Kerana Diriku Begitu Berharga"



Perkara ni bermain-main kat fikiran aku selama beberapa hari.


Aku kira aku sangat bertuah 
kerana diberi peluang dan masih bernafas lagi harini..



Beberapa hari yang lepas, aku berjalan kaki menuju ke rumah berdekatan Jonker Walk bersama housemates. Dengan keletihan dan mengantuk yang amat sangat -__- dengan semangatnyer la berjalan laju-laju sebab kelibat rumah sewaku sudah kelihatan. 


Vroom.. vroom...


Tetiba dengar pulak bunyi engin motor datang dari belakang. Aku ingat macam biasa la kenderaan lalu lalang. Sekali tetiba entah hamba Allah mana lalu sebelah aku (x sampai berapa cm kot!) sampai tertiup tudung dan cardigan aku dengan kelajuan moto tersebut..  Ya Allah, kalau aku tertarik sekali dengan moto tu macam mana?? Diorang ingat nak acah-acah buat macam tu SYOKKK ke?? Aku tak nak jadi macam mangsa ragut yang terheret sekali dgn moto yang sedang bergerak.. Grrrr ~ 


Perkara ni dah terjadi kat aku 2-4 kali kot.  Macam (*^&%#  sepanjang aku hidup ni, ni lah yang buat aku menyampah. Mentaliti orang yang tak reti nak hormat orang lain. Nasib baik hidup lagi aku. Fobia betol. 



Nasihat aku, berhati-hati untuk pejalan kaki. Waspada dengan sekeliling ^^ Buat pemandu dan penunggang motor, tunggang secara berhemah bukan membahayakan diri dan orang lain.




p/s:   Ngeri tengok berita kemalangan yang tak abis-abis!



Friday, October 22, 2010

Blogger Note..

Salam semua..


Waduh, lama gak tak update blog MM&I. Ingatkan nak cuti sekejap jek, tapi berlarutan pulak sampai dah nak masuk final sem. Hahaha. What can I say?? Humm so sorrryyy my dear bloggers.. I'm doing fine here. Alhamdulilah. masih hidup dan menghirup udara yang sama kecuali sekarang ni area Melaka baru jek melepasi jerebu.. huhuhu Pedih mata ni!! @___@


Kesibukan menjalani final semester a.k.a Tahun Ketiga bukanlah satu masa yang senang rupanya. Banyak betul benda nak diuruskan termasuklah report, assignments, presentations dan juga aktiviti-aktiviti terakhir bersama budak-budak MASA part 5.. Walaweh, dah last sem. Sumenya nak last gak ISK ISK ISK


Sob.. Sob..


Apapun, bila ada masa aku cuba untuk mengupdate. Mungkin semasa praktikal nanti?? Time tu mungkin. Qada sekali time part 5 kat KBM ni dengan entry-entry lama sampai muntah aku post.  AHAA ^___^ Insyaallah ye kengkawan.. Sekarang ni dalam mode study week. Entah napa tetiba rajin pulak nak mengupdate blog? *musykhil sekejap*   Aqila, I will update as promise, Just wait babe ~ ~ ♥  




Hugs & Kisses XOXO..


follow me on twitter @nuuryzaan






p/s: too many story yet too lazy to update!! ~  ^^,







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin