Klik sini..

Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

2 Days 1 Night.. Part 2



Still remember my short trip? 

Continue from Part 1 



It's been awhile since I came to see real sea lol so we decided to drop at Danga Bay ^^. Weather were in a good condition that day and we couldn't resist it. There was a nice breeze in the air and I could clearly saw Singapore from where we were standing. hehe Sounds good? Yesss! Found some families strolling down in Danga Bay where one of the cutest babies caught my eyes. ahhh so cute! *pinch cheeks* Yunno I know some of you might said JB has zero beautiful places to see (I admit that!) but its good to see some new places I've yet to visit. I actually rarely have a chance to go visit here. My visit were merely on business or short family outing. 

Took some pictures and we left after watching the sunset. The pictures came out nice, thank God I bought my new camera before that! Heh. =) At night, we planned to go to "Pasar Karat" located in the middle of JB City but the parking are full so we decided to grab some nice night snack, Tutti Frutti. Very expensive I'm telling ya but its delicious! 맛있어요! 



2nd Day..

Sunday, March 27, 2011

Note 6 : Jom Work Out!


Halluuuu MM&I..

Seminggu dah berlalu..
Nampaknya dah sampai penghujung Mac dan April akan tiba tak lama lagi
So lagi 2 minggu lebih tempoh LI akan tamat
Sedih tapi gembira! ahahaha =) (macam mana tu?)
50-50 ngerti??


Hari ni Ahad, so aku off day. *sigh*
Why sebab satu hari jek tapi takpe pasni cuti panjang lepas LI tamat
Aku bangun awal pagi lepas tu tak tahu nak buat apa lepas solat Subuh
Nak on9 tapi hari-hari dah ngadap laptop *Momo* 


So, aku decide plan ni memang dah lama pun
Cuma nak tak nak jek.
Siap-siap pakai track suit & t-shrt segalanya dengan mp3 & hp
On kan engin motorku terus gi Tasik Y ^^~
Tak jauh jek dari rumah aku 5 minit dah sampai! Dekat giler.


Awal pagi memang best. Semuanya nyaman. Aku sampai jek tengok dah ramai berkerumun
kat tengah-tengah dataran tasik Y. ada tarian bla..bla..bla
Aku tak join sebab niat aku nak jogging jek pagi tu
Lama tak work out.. Dah jogging, jalan 4 round & pijak batu-batu tajam  urut-urut kaki
pastu aku blah. Ok lah untuk harini.. =)


I love this place! *curi-curi amik gambar*


P/s: next Ahad, nak join J-robik la!

-

Monday, December 27, 2010

Berat Hati Tapi....



Happy holidays!!!

Tinggal lagi beberapa hari jek lagi 2010 akan melabuhkan tirai. Welcome 2011!!! Huaaa ^_^ Cepatnya masa berlalu. Masuk minggu ni dah genap sebulan lebih 1 minggu ataupun 6 minggu specifically aku berpraktikal di Hotel K******* lalalalalala ^^~


2 minggu lepas sangat hectic.maka sangat penattttt  TT__TT


Entry lepas aku ada cerita pasal aku menjalani praktis koir sempena sambutan Christmas Eve kat hotel aku. Maka selama 2 minggu kitorang berlatih tepat jam 4pm. Semua department terlibat termasuklah department aku. Department aku semua terlibat kene sekali. Huhuhu no excuse! Tapi selama 2 minggu ni memang best sebab kitorang dapat hang out beramai-ramai.. Aku memang menunggu time koir sebab dapat keluar department. Best! Wuuuuaaaa ^___^


23 Dis 2010
Pukul 9pm, lepas habis keje, kitorang datang balik hotel. Praktis koir lagi. Semua orang termasuk banquet sibuk setting Grand Ballroom untuk Xmas Eve punye function. So, diorang tak dapat join choir. Sayang giler. Hilang suara harmoni. Huh.. Takpe  takde rezeki. Choir kali ni special sebab ada version unplugged oleh exec aku, En Hamdan..Kami nyanyi 3 lagu, Jingle Bell Rock, We Wish U Merry Xmas dan Santa Claus Is Coming To Town..



Malam sebelum Xmas Eve..praktis koir

'
penyanyi2 koir berkaliber..hua hua ^^


24 Dis 2010
So, the big day, (note:aku tak sambut pun Christmas eve ok!) aku bekerja malam tu. Aku tahu, umat Islam diharamkan menyambut, maka aku pun tak boleh nak kata apa. Anggap jek bekerja.  Boleh ke ek macam ni? Orang kata hotel industry ni halal haram memang letak tempat last sekali. Sumpah! Memang betul. Soal hukum agama diorang tolak tepi. Ada yang teguk air tu macam air teh jek. Sedih aku tengok. Orang Melayu tu tapi aku tahu aku siapa so malas nak campur janji aku buat keje aku. 


Memandangkan kami dilarang membawa handphone, so aku pun malas nak amik gambar malam tu, Xmas Eve. Malam tu kami bertiga makan besar. Semua orang dok sibuk keje, kitorang bertiga dok sibuk menjamu selera. Thanks staff kitchen. Hahaha Heaven! Kitorang dapat makan free turkey! 1st time aku rasa. Not bad, macam ayam jugak rasanya. Cuma kena hati-hati takut ada yang termakan sos bercampur wine. Fuh! So, kene tanya dulu. Then, kitorang melantak makanan-makanan yang ada. Fruit tart, spagheti, mixed fruit, popia basah bla bla.. 

Alhamdulilah.. ^^ Praise to Allah


25 Dis 2010
Kami kene keje hari tu. So no public holiday for us. Datang keje pun rasa nak tak nak jek tapi tenang sikit sebab tak de bunyi telefon sangat dari clients, tak de bunyi bising dan takde stress sangat. Relax jek. hahaha Memang best walaupun hati kat rumah.. *hipokrit giler*


Sekian berita melaporkan dari TV6..



                                                                                      p/s: tahniah pada member aku, Fatin & pasangannya
                                                                                            yg baru berkahwin semalam (26/12/2010) ^^



Monday, December 20, 2010

Saya nak kerusi urut satu!!




Ku rasa minggu lepas adalah minggu yang paling penat..
7 hari bekerja dalam seminggu huaaaa TT___TT

Minggu lepas ku diarahkan untuk membantu Puan As, HR department untuk menyiapkan segala borang untuk persediaan pelajar praktikal dari Indonesia. Thanks to my boss, ku terpaksa menaip dengan menggunakan mesin taip antik yang lebih kurang seusia ku agaknya! Kematu tangan buat beberapa hari.. adeh! Kesian puan.  Kalau la dapat mesin taip elektronik dah lama siap agaknya. Aku je yang terkedek-kedek mengetuk mesin taip seminggu. Lambat giler..


Selain itu, minggu ni jugak aku diberitahu kami bertiga kena bergilir-gilir membuat promotion hotel kat Fair BP Mall bermula hari Khamis sampai la hari Ahad. Shift aku dari hari Sabtu hingga hari Ahad dari pukul 11am hingga 5pm. Fuh, bosan giler! Pusing-pusing BP Mall bagi flyers untuk customers awareness.. ^^ Muak dan penat!! Sempat jugak aku cuci-cuci mata dan terserempak pulak  member aku, Ain dan Reen..

Flyers Hotel

Hari Sabtu adalah paling penat!!

Kami bertiga terpaksa buat aprt time sebab staff banquet tak cukup. Haritu paling sibuk untuk Hotel K sebab function full house! ^^ Selepas pulang dari BP Mall, aku kena buat macam-macam keje. dari hantar Event Orders, photostat dan siapkan task kat department aku sorang sebab trainee lain dah siap-siap tolong department banquet. oh ya, kitorang kena tolong banquet untuk dinner Syarikat Faizah..


Thanks Syera & Wida sebab tolong cover keje aku masa aku takde kat banquet petang tu. hehehe.. Function start pukul 9pm. Sebelum tu ada brief meeting untuk budak part time. Kebanyakannya cina semuanya. Diorang ni sume dah biasa keje banquet. Muda-muda semuanya dari aku tapi dah pandai cari dwet. "Apa lah yang aku buat masa umur diorang ni yek??"


Tugas aku adalah masa Food Presentation. sebelum dinner start, pihak hotel akan buat gimik opening sebelum makanan diserve. Fuh, nerves giler time tuh! Menggigil time aku pegang makanan untuk VIP. Dahla kena jalan kat red carpet dan semua mata tengah pandang kitorang. Macam pengantin pun ada kena catwalk! hahahaha Nasib baik pinggan aku tak tumpah. Syukur dah lepas.


Bila dah abis, kitorang bertiga kena jaga part time sambil pantau meja-meja guest takut ada yang terlepas pandang. Seriously, memang penat! Badan aku dah start lenguh-lenguh inikan pulak waiter-waitress yang ulang-alik angkat pinggan mangkuk tu! Fuh, sakit!!! Waiter dah la tak cukup, kesian guests. Bila time nak hidang makanan baru, ada pulak air yang tak cukup. memang tak cukup tangan.. Hopefully, aku harap diorang pulang dengan senang hati.


Malam tu memang tak bleh lupa. Hehehe ^^ aku dapat jumpa bos besar Syarikat Faizah. *Woot* Bukan selalu ni. selalu nampak kat TV jek. Function habis dalam pukul 12am. Lepas dapat dwet bayaran part -time, sampai rumah jek terus tidur atas katil. Memang tak bleh nak bukak mata, tambahan pulak kaki aku dah start kejang. 2-3 kali jugak aku tersedar. Terpaksa tidur awal sebab esoknya nak turun BP MAll, damn,keje lagi esoknya.. huhuhu T__T

Ihsan Pakcik Google..


Esoknya, masa on duty, aku dan Syera gi cari kerusi urut yang kena bayar RM1 untuk 3 minit tu.
Hehehhe ^^ memang syok kena urut. Kurang skit sakit-sakit badan kitorang. Tanpa peduli orang yang lalu lalang kat sebelah cinema.KAH KAH KAH. 


Isnin sampai lagi harini. Keje time! 
Semoga minggu ni adalah lebih baik dari minggu sebelum-sebelumnya. InsyaAllah!



p/s: boss, saya nak cuti lebih!!!

   

Tuesday, November 23, 2010

Pengalaman Hari Pertama

Hari ni 1st day aq wat practical kat Hotel K@8&%@#*
Dari malam sebelumnya dah berdegup-degup jantung
Macam nak pitam jek. Uishhh
Kalau budak Johor start hari Selasa
Tengok member-member yang lain yang dah practical
awal sehari kata okay
Rilek jek, lagi best bila dapat bos yang giler kaw-kaw
Perghhh jelesss!


So, awal-awal pagi dah datang hotel K.
Kena gi security dulu,
"Dik, tak bleh bawak beg besar ek, handphone kene tinggal gak!"
dalam hati, WTH??
Okay lagi, jumpa HR. Mak ai garang giler puan tu.
Dah selesai briefing, aku dengan Wida pergilah
Sales Department, macam 1 Malaysia
4 Chinese, 3 Melayu, 1 India muslim..


Tentang department aku lak,
Yang Melayu okay la. boleh lagi tapi yang C tu, kureng mesra alam sikit
Huhuhu mau nangis aku dibuatnya. Mulut tu tak reti ke nak bukak?
Sabar je la..
Exec kat situ ramai tapi yang paling garang head department la merangkap Operation Manager
Fuh, garang siot! nasib baik koordinator aku okay ^^
Walaupun tak de meja sendiri, kami redha *sigh*
Ye, Hari Memalukan Belajar benda baru ^^
Orang kata training ni macam kuli
So, kena lah buat apa yang diorang minta


1st day jek dah belajar fax, pastu taip quotation, photostat semua la
Dah lari kesana kemari
Kadang-kadang kena hantar document kat department lain
awal-awal lagi..
Koordinator aku kenalkan kitorang kat semua orang *malu*
Ramai gak budak practical kat situ cuma lain department la



Banyak yang aku belajar harini..
Kena pantas kuasai sesuatu dan mencatat
Walaupun exec aku dah mula ingat nama aku
Terpaksa terima arahan dgn senyuman hahahaha
bila dia asyik suruh aku jek buat keje
Takpe takpe.. cari pengalaman
Fuhhhh giler kentang penattt!!!


Keje aku memerlukan work attire hari-hari,
Bagi nampak smart tapi.. aku lagi suka pakai bj kurung
aku kena pakai 5 hari kemeja & 1 hari baju kurung (apa!!!!)
Uish, kena beli untuk 1 almari baju ke hapa nih.. mak aii >.<
Tak mo!!


Last day harini, Exec aku cakap;
"ada lagi 5 bulan?? Kena ragging kaw-kaw la jawabnya nanti dgn saya!!"
Perghhhh..

Friday, November 19, 2010

Memori Terindah



Dari 14hb hinggalah 16hb November 2010, aku berada di Bumi Melaka buat kali terakhir. Tak sangka dah 3 tahun aku kat sini. Pejam celik pejam celik dah tamat sudah 3 tahun tu. Orang kata setiap permulaan akan ada pengakhiran. SOB SOB SOb T_T


Inilah tempat aku belajar selama 3 tahun ni. Aku akan rindukan lif yang sentiasa sesak waktu pagi, terseksa bila ada kelas pagi la. Kalau terlambat kena naik tangga, kalau la kelas kau tingkat 6,7 or 8. Tapi kalau kelas kau tingkat 13,14 nak tak nak kena naik jugak lif. Fuh, kalau ramai dan tetiba lif kau naik tersangkut pulak Ahhh sudah!! Memang seksa, nasib baik aku baru kena sekali. Ada kawan aku dah kena banyak kali tak jadi hal pada dia dah.. Aku akan rindukan kelas yang macam Alaska, sejuk giler nak mati!!! T_T  Terketar-ketar kalau nak jawab exam, keluar masuk tandas tu perkara biasa la.


Lagi aku akan rindukan food court Mara. Fuh, sedap dan murah giler. Rojak kat Subaidah, mantap! Kedai CC kat MAra, restoran Kasturi depan Bank Rakyat, perpustakaan KBM level 1 dan 12.. Selalu lepak kat sofa utk tgk tv dan tido! ahahaha memang rindu saat ni lagi-lagi dulu bila nak tunggu bus balik Gadong. Kalau berjam-jam alamatnye berkampung kat sofa library level 1. Pinjam novel kat library, lepak-lepak kat Pusat pelajar dan surau perempuan level 4. HUH, gonna miss this!!! 

Sepanjang aku kat Melaka ni banyak jugak la yang aku belajar, alami dan tempuhi. Macam-macam kenangan pahit dan manis sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan juga insan. Fuh, kiranya macam-macam ada la! Tak banyak tapi sikit pun adalah. Teringat pulak bila banyak kali aku pindah rumah dari Gadong sampai la ke rumah pangsa Kubu berdekatan Jonker Walk, banyak kali menempuh pelbagai konflik sesama member, banyak kali berjalan-jalan sekitar Melaka sampai naik muak dah..dan banyak lagi la..bla..bla.bla. 3 hari 3 malam pun tak abis.  hahaha ^^ 


Hari-hari terakhir..





I like my bedroom so much XOXO..


 Last day time clearing house *penat*


Kurang sorang housemates, Syaza..

Buat yang mengenaliku, terima kasih banyak-banyak dan sorry for everything selama 3 tahun ni. Hehehe, al-maklumlah darah muda tu perkara biasa. Mesti ada yang teremo. HUHUHU ^^  Kalau ada rezeki kita jumpa lagi okay! 



p/s: entry panjang pulak kali ni. *emo jap!*


Thursday, November 11, 2010

"Kerana Diriku Begitu Berharga"



Perkara ni bermain-main kat fikiran aku selama beberapa hari.


Aku kira aku sangat bertuah 
kerana diberi peluang dan masih bernafas lagi harini..



Beberapa hari yang lepas, aku berjalan kaki menuju ke rumah berdekatan Jonker Walk bersama housemates. Dengan keletihan dan mengantuk yang amat sangat -__- dengan semangatnyer la berjalan laju-laju sebab kelibat rumah sewaku sudah kelihatan. 


Vroom.. vroom...


Tetiba dengar pulak bunyi engin motor datang dari belakang. Aku ingat macam biasa la kenderaan lalu lalang. Sekali tetiba entah hamba Allah mana lalu sebelah aku (x sampai berapa cm kot!) sampai tertiup tudung dan cardigan aku dengan kelajuan moto tersebut..  Ya Allah, kalau aku tertarik sekali dengan moto tu macam mana?? Diorang ingat nak acah-acah buat macam tu SYOKKK ke?? Aku tak nak jadi macam mangsa ragut yang terheret sekali dgn moto yang sedang bergerak.. Grrrr ~ 


Perkara ni dah terjadi kat aku 2-4 kali kot.  Macam (*^&%#  sepanjang aku hidup ni, ni lah yang buat aku menyampah. Mentaliti orang yang tak reti nak hormat orang lain. Nasib baik hidup lagi aku. Fobia betol. 



Nasihat aku, berhati-hati untuk pejalan kaki. Waspada dengan sekeliling ^^ Buat pemandu dan penunggang motor, tunggang secara berhemah bukan membahayakan diri dan orang lain.




p/s:   Ngeri tengok berita kemalangan yang tak abis-abis!



Thursday, August 5, 2010

Jom datang ke KAGUM 2010!!



Kepada warga Melaka,

 Jom la singgah ke tapak karnival kami 
seperti yang tertempek di atas ni. Mari la datang beramai-ramai.
 Macam-macam ada!!!  
Makanan, pameran, permainan, goodie bags pun ada!!!

Sama-sama memberikan  sokongan pada projek kami ni..hehee >_<
Semoga semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah..



p/s:masa ni lah nak demam..huhu


Tuesday, July 27, 2010

Kisah Si Mangsa





Usai urusan di Melaka Raya.. kira-kira pukul 8.15mlm
aku tiba di rumah sewaku..
dengan malas dan penatnya, kaki ku  mendaki anak tangga setinggi 4 tingkat
sampai je depan pintu..
aku cuba membukanya
tapi tak berjaya..
aku cuba lagi berulang-ulang kali..
Haih, napa tak bleh bukak lagi ni?


Rupa-rupanya tombol pintu bermasalah..
Puas aku dan housemateku memulas tombol pintu dgn rakusnya
Namun, sekali lagi gagal..
Ah sudah, aku terkunci dari luar!!
Housematuku terkunci dari dalam!!


Terserempak dengan abang-abang TESL depan rumah
Mereka la tolong sepakkan pintu..hahaha
Kelakar betol time nih..
Nasib la. diorang gentlemen..
Masa ni lah diorang diperlukan kan..kan..=)
dan aku tolong.. tengok sekaki gegegegge


Tapi last-last owner gak la yang tolong (syukur save bajet!)
Umpil tombol pintu tu sebab tu rumah dia.
KEDEGANG dengar satu bangunan
Huhuhu..
Kalau memandai sendiri kopak pintu,
nanti kitorang pulak yang kena bayar
Naya!


Best timing betol nak rosak ea.
Saja kondem tak nak bagi aku masuk rumah
Cettt.
Anyway, THANKS pada LYN & HOUSEMATES beliau
Kerna sudi bagi tumpang jap dan belanja makan sekaki
Alhamdulilah..
dan jugak abang-abang jiran dak TESL & TUAN RUMAH



p/s: luckily, assignment sudah siap semalam, maka mata boleh beradu dulu
sungguh risau sebab kawasan rumah sewaku kurang selamat



Thursday, July 15, 2010

On the Spot

Aku tak tahu kenapa, setiap kali nak keluar jek mesti on the spot punye plan. Tak disangka-sangka. Kalau orang lain nak pergi jalan-jalan, kena rancang dulu nak pi mana-mana, naik apa, dengan sape, waktu dan tempa kat mana. Tapi kalau aku, tiba-tiba jek plan jadi camtu, snap dah jadi!


Senang cerita..


Teringat pulak aktiviti sem lepas, pergi Genting pun camtu. Hahaha, tapi Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar takde masalah pulak setakat ni. Sama pulak kes kali ni. Aku datang ke KL sekali lagi. Arigato untuk memberku, Mek Su dan Liyana sebab sudi mengajak aku berjemba-jemba sekitar KL. Hahaha


Mek Su;"Nak ikut kitorang gi KL tak tengah hari ni?"
Aku;"Hah, sekarang Mek?"
Mek Su;"Iye lah. jap lagi"
Aku;"Orait!!"


Maka, hari Sabtu last week, kitorang go on dengan plan on the spot tu. Walaweh, betol-betol sesak nafas nasib tak asma. Tepat-tepat je 1.30pm aku berlari-lari dengan Mek kat Melaka Sentral memandangkan tiket bus ke Seremban 1.30pm.  Ni semua gara-gara sistem pengangkutan bus awam yang lembap cam siput. Mesti nak tunggu bus penuh baru nak jalan padahal penumpang yang datang awal dah lama naik. Damn sama bus awam tu! ok, dah melalut pulak ni..


Apapun, aku banyak belajar benda baru. Suka! Walaupun banyak kali kena gelak, dapat malu pun ada. Hahahah *blushing*  Banyak jugak yang first time =) *malu*, tapi yang penting bagi aku kenangan yang dikumpul untuk last sem ni yang lebih berharga..










Wednesday, June 16, 2010



Bola

Malam Sabtu lepas, Stadium Hang Tuah gamat lagi memandangkan match bola sepak antara Melaka dan Selangor berlangsung. Memandangkan bosan dan mood cuti pun saje menyibuk tanpa diundang, housemates dan aku sepakat ke stadium. First time aku tengok match bola live. Aku bukannye minat sangat bola tapi saje ingin tahu.


Dari jauh dah kelihatan stadium penuh sesak dan gamat. Jalan raya pun penuh dengan kereta dan motosikal yang parking sekitar rumah sewaku. Aku kira, mereka begitu bersemangat untuk menyaksikan tuan rumah bertanding.. Sah! Bila menonton, terasa seperti seluruh pelosok Melaka ada. Kecoh! Tapi paling tak lupa mulalah kedengaran kata-kata caarutan, perkataan-perkataan yang tak sedap didengar. Menyampah betol. Tapi bila gol jek, satu stadium bising. Hahaha, aku sokong jek sapa yang menang. Neutral!



setakat yg termampu je kamera hp ni


Lasagna

Terasa lapar,  kitorang singgah Pizza Hut. Mek Su order meatball, aku pesan seafood lasagna. Cit, walaupun kureng rasanya, aku ngap je la. Rezeki jangan ditolak! hahaha. Actually, jarang pun makan lasagna ni, tak masuk tekak orang kata. Hmm, makanan rumah je la selalu ditelan. Tekak orang Melayu. tapi sebab tak puas hati, terasa nak buat lasagna sendiri lak. Nyum nyum..Bila ada mood rajin..


saje menempek gambar ni..



Sesak


Minggu ni sibuk betul dengan test dan presentation. Rasa macam tak caya lak dah nak abes intersesi. Betul-betul pendek short sem ni. Tinggal cuti 2minggu je di rumah nanti. Yes, cuti lagi. Hehehe.. Oh, harap sungguh semuanya baik-baik aja."Mr. Farhi, tolong la bagi saya A untuk subjek IM ya??" Saya mahu SKOR A.  amin.. Paper IM hari Isnin next week, pagi pulak tu.Moga dapat khatam 'Kamus Dewan' itu sebaik mungkin.






p/s: aku sokong Brazil, tapi Korea jugak sbb diorg wakil Asia. Bangga!

Sunday, June 13, 2010

Menjadi Lebih Matang atau Semakin Tua??

Minggu ni adalah minggu short sem terbaik sepanjang aku berada di Melaka cuti ni. Walaupun sekejap, tapi berbaloi-baloi. Hahaha. Memandangkan FIFA dah pun bermula serentak, korang tau tak SUKMA atau Sukan Malaysia dah pun berlangsung kat Melaka?? Tau?


SUKMA berlangsung di Melaka bermula pada 10 Jun sehinggalah 19 Jun. MySpace Memandangkan aku dah pun menetap sementara (merantau) kat Melaka, terasa jugaklah semangat SUKMA kat mana-mana. Walaupun aku tak pi opening SUKMA semalam, tapi aku tengok jugaklah match bola sepak kat Stadium Hang Tuah. Al-maklumlah, rumah depan stadium. Last match aku tengok, antara Melaka versus Selangor. Kecoh!

pentas baru di Jonker Walk

Semalam, 12 Jun bersama dengan housemateku, kitorang bergerak ke Jonker Walk (10minit perjalan je dari rumah sewa). Padat sungguh malam tadi, sesak macam tin sardin! Tak taw la kenapa, ramai sangat pelancong malam tadi agaknya.  Tambahan pulak ada Sukma berlangsung, agaknya kot.





Btw, berterima kasih sangat-sangat MySpace kat my housemates, Farah 'Aqilah dan Syuhada yang sudi belanja ku semalam. Terharu den *sob* *sob*  jarang orang belanja ni. Terima kasih kerana ada di samping ku selama ni, susah mahupun senang sepanjang sem ni.


Semakin lama hidup, aku teringat kata-kata ini:

“ Hidup ini adalah untuk ALLAH, kita datang daripada ALLAH, kita akan kembali juga kepada ALLAH, maka hidup kita ini adalah untuk ALLAH. Mencapai redhaNya, buat apa yang diperintah, tinggal apa yang dilarang.”


Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir aku berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri ku dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri ku bermanfaat pada orang lain. Doakan diriku pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.


“Selamat Ulang Tahun yg Ke – 21, Norizan Binti Samsudin” MySpace



p/s: rasa macam semalam jek aku jadi budak 17 tahun..hak hak

Wednesday, May 5, 2010

Orang lain Sibuk Tido, Kau Pulak Berjaga ye!



Entry kali ni sebagai nak cover balik sebulan tak berblogging. Hahahaha (takut ada orang tu nak buang link blog kalau lama sangat tak update, ceh!). Actually, dah lama pun berlaku, last week time ku sedang busy menjalani peperiksaan final sem. Kiranya masih baru lagi la. 


Alkisahnya, 

Jam baru jek menunjukkan pukul 3.50am. Dengan mamainya masuk tido meninggalkan akak-akak housemate yang masih berjaga. Ku baru jek 5 minit pejamkan mata selepas study untuk paper ECO556, tetiba jek dengar pintu kena ketuk bertalu-talu.


"Sape la kacau orang nga bermimpi ni?"

La. kakak-kakak housemate rupenya. Diorang kejutkan aku dan 'Aqilah pagi tuh. Dengan  mamainya, kitorang pun bangun jugaklah.Nasib baik baru jek tido. Aku dah la jenis tido mati. Rumah terbakar agaknya macam mana la.ISK ISK ISK.. hahahhaa



"Kenapa kak. Apsal cemas sangat ni?"



"Rumah kita hampir-hampir nak kena rompak!. Tadi ada 2 orang lelaki pakai helmet macam cuba-cuba nak bukak pintu rumah kita tu. Naseb baik ada selak. Akak tengok kat lubang pintu (Eagle eye ke namanya?) Diorang try nak masuk rumah kita la!" Suara kakak kedengaran menggigil lagi.


"Naseb baik akak tak tido lagi. Diorang perasan ada orang ngendap kat bwah pintu, tros diorang blah. Sedar ada orang tak tido lagi kot..huhuhu"


Musykil. Rumah sewa kami tingkat 4 tau. Sapa la yang sanggup panjat tangga sampai tingkat 4 nie. Ke diorang dah aim awal-awal??  


Malamnya pulak ada dengar bunyi motor pusing-pusing kat kawasan kami. Kitorang pun tak la syak apa-apa. Alhamdulilah, kami selamat. Kalau tak, hampir-hampir je jadik mangsa pecah rumah! Nasib baik kakak 2 org pulak baru jek lepas makan lps stdy kul 4 pg tu sekali dengar dua org lelaki tengah cuba nak masuk rumah kami dgn bawa kunci pendua yg banyak..


Alhamdulilah. Allah masih lagi pelihara keselamatan kami satu rumah. Dahla tinggal 4 orang jek. Lepas ni kena  berhati-hati. Fobia dah. Sebelum tido pastikan semuanya berkunci tak kira lah gril verandah pun.




p/s: nak 'curi' hati bleh..hahaha

Saturday, April 3, 2010

'MASA' Itu EMAS

Wah, lama btol tak update blog ni. Betol-betol busy nie. Tapi Dr Fazley kata orang yang malas dan gagal je yang suka memberi ALASAN.. DUSSS menusuk ke kalbu. Sedangkan dia busy 24 jam still ada MASA.. He did it. Ingat tu!!


Refleks balik minggu ni. Siapkan 2 asignments dan 1 report, tinggal 3 asignment menanti dengan iklan yang pending lagi. Yup, lagi 2 minggu nak pulun habis-habisan semua asignment dan presentation. Dan paling tak best, sem ni aku takde study week. Teros FINAL EXAM!!!


Ujian. Ujian. Ujian Allah..


Gambo kat bawah ni pulak waktu Majlis Penutup Sukan antara Fakulti KBM pada hari Ahad yang lepas (27 Mac 2010). Paling tak lupa, course aku, dak Marketing walaupun semuanya masuk final, mesti kitorg dapat no 2. Demm, kalah buat pertama kali dalam sejarah KBM. Siot, tapi we're trying our best. Takpe la, tak de rezeki. Hopefully, next year MASA menang lagi buat kali ke-9.


InsyaAllah..









Sedang menyorak untuk budak MASA."Go go MASA" 



p/s: Jumpe Dr. Fazley hari ini. *H.A.P.P.Y*


**MASA - Marketing Student Association

Tuesday, March 30, 2010

Terapi Jiwa-Jiwa ~ "Jejak Syurha Anakanda"

Seperti yg dijanjikan, aku cuba untuk mengagahkan diri mengetuk keyboard (kuang-kuang skema nye ayat!) gegeggee.. sebab kini ku bukan penulis blogger tegar.. Okay, moga-moga ku rajen mengupdate blog. yeah!!


Pada 20 mac 2010 lepas, Qila dan aku menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Rakan Intelek KBM iaitu prgram "Jejak Syurga Anakanda". Nama program je gempak. Muahahha Actually, kitorang pergi melawat rumah orang-orang tua kat Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka tapi tak lama la setengah hari jek dari pukul 9 pagi sampaila pukul 3 ptg.


Objektif utama adalah untuk mengingatkan kembali sejauh mana kasih sayang kita terhadap parent kita. Ingat, bukan senang diorang nak jaga kita tapi kita?? Tepuk dada tanya hati tu ha.. Diorang ni terdiri daripada duda, janda,takde tempat tinggal, tak dituntut oleh keluarga (astaga!) malah anak-anak yang dah bekerja pun hantar diorang kat sini. Walaupun diorang nampak gembira kitorang datang, tapi diorang tentu lagi suka kalau anak-anak diorang sendiri yang datang.. *sob* *sob*


Simple jek aktiviti kitorang tapi bermakna. Sambil main sukaneka ala-ala kanak-kanak ribena, kitorang juga melawat hostel tempat diorang tinggal..


Sedih..MySpace


Paling tak bleh lupa, ada satu nenek tu siap menari ala dondang sayang pulak bila kitorang datang. Comel.MySpace Mulut die becok tak henti-henti siap kitorang request lagu lagi. ahahaha Nyanyuk tak bleh kata apa dah. Ada pulak nenek yang baru 3 bulan jek tinggal kat situ. Dia citer kat kitorang nak balik Bangkok sebab kat situ takde kawan katanya. Kitorang layankan je la.huhuhu


"sayangi ibu bapa jika masih ada"




Group Pertama


Kelab Rakan Intelek


ea, tak nampak pulak muka pakcik group kitorang


Bersama ketua projek Mohd Saiful



p/s: nak join program komuniti lagi. syok!

Sunday, March 14, 2010

bAGAIKAN mATI hIDUP sEMula

Bus adalah pengangkutan ketiga ku selepas kete dan motor. Cuba korang bayangkan, kalau tak de bus, agaknya macam mana nak balik kampung halaman tanpa sebarang pengangkutan awam? Lagi-lagi yang jauh beratus-ratus kilometer..Walaweh, berjanggut agaknya nak sampai rumah..


Tapi, macam mana pulak kalau pengangkutan awam tu sendiri menjadi punca korang takkan balik rumah?? Ishhh, Ya Allah, jauhkanlah ku dari segala bahaya.. Realitinya, kondisi kemalangan kat Malaysia ni bukannya makin lama makin rendah, tapi makin lama makin tinggi lak. Dahtu antaranya bus, pengangkutan ku untuk pulang ke rumah!! ISK. ISK ISK


alala, comelnye bus ni (ihsan Google)


Jumaat lepas, ku terasa seperti mimpi. Seperti biasa, pulang ke Batu Pahat naik bus. Sebelum tu terpaksa menunggu selama 5 jam lebih kat Melaka Sentral semata-mata tiket bus tinggal pukul 7.30pm. WTHeck??!! Penat jek sampai awal-awal semata-mata kena tunggu lebih lama.  Terpaksa menunggu tercongok kat MC sorang-sorang. Bosannya..


Not my day, cuti sekolah dah start!! hahahah  Amik ko, lain kali beli tiket awal!!


Dalam perjalanan pulang, ku tertidur hampir separuh 2 jam perjalanan. Tak pikir pape dah. Penat sangat. Tetibe jek nga syok-syok tido, lepas lalu SMS Muar,  bus aku hampir-hampir nak terlanggar kereta depan yang tetibe jek berhenti sebab nak belok kanan. Ya Allah!!! Terkejut kami.. Aku yang selalu duduk seat depan terus terpikir kalau lah hentaman berlaku, ku yang duduk depan ni la yang paling first akan kena dulu!!


Mujur, bus driver sempat break. Alhamdulilah, ku masih hidup!!!  Kalau tak, keluar la pulak nanti berita kemalangan bus dalam paper. Dah terbayang wajah parentsku. Ku tak nak jadi mangsa kemalangan.. TIDAK SESEKALI!!  Huhuhu..Teros tak berselera nak sambung tido balik lepas tu!!


Berhati-hati ketika di jalan raya..


p/s: tak sabar nak ada kete sendiri..

Friday, March 12, 2010

Baden-baden dan Ronda-ronda Melaka Lagi!!

Semalam, kami bertiga as usual (Aku, Qila dan Tia) merayau-rayau sepanjang hari selepas kelas Service Mktg. Bukan merayau tak tentu arah tu, sambil duduk melepak makan kacang rebus kat tepi bahu jalan tu kay!! Hissshhh.. Dengan penuh TERUJA, kami naik bus ke Melaka Parade (MP) dengan gigihnya.. yeay!!





Agenda utama sebenarnya, Qila dan Tia nak buat handmade bags, wallet and puch bags daripada jeans terpakai.. So, plannya kami akan bergerak ke Dataran Pahlawan untuk mencari kedai bundle a.k.a. BADEN-BADEN.. Hahaha, unik sket nama kedai ni. Sampai jek pukul 3 ptg kami pun sampai. Before nak pergi kedai bundle, Tia ajak gi karaoke pulak!! Argh,,sudah!!!


Melalak

Bukan tak suka karaoke, tapi memang sakit tekak la kalau lepas menyanyi habis-habisan. Habis jugaklah kami melalak dalam 8 lagu gitu.. Penuh PERASAAN Tia menyanyi.. Gila microphone ke hapa Tia?? ahahaha.. Semua jenis lagu kami layan.. Dari Surti Tejo by Jamrud, Beautiful by Christina hinggalah Rindu Bayangan by Jay Jay.. macam-macam ada.. Okay, sampai situ jek bila orang lalu lalang dah mula pandang-pandang jeling-jeling kat kami!! ececeh..


Baden-baden

Then, melantak aiskrim sundae MCD lepas karaoke.. Memang syokkk!! Hehehe Siyes memang SEDAP GILER  aiskrim tu, dahla murah plak tu! Sila beli yek.. Sambung cerita lagi, sampai di Baden-baden.. Qila mencari Jeans yang dia nak untuk bahan menjahit projek beliau, aku dan Tia pulak sibuk mencari baju bundle yang ala-ala vintage gitu!! okay, stop menggedik..


Bundle

Murah tau.. RM5 jek!! Aku pun tak percaya.  Tapi paham-paham jela.. Kalau pandai cari, anda jumpa la baju yang berkenan di hati.. Lama jugak kami mencuba, try and error..hahahah.. Lebih kurang 2 jam kot kami   mencuba segala jenis baju..last-last aku angkut jugak satu baju dress ala-ala nak pergi pantai tu.. HAK HAK HAK.. Qila dan Tia borong jeans terpakai sampai 4 helai..

Otak orang Business!! hehe


Lastly, ronda-ronda Bandar Melaka sampai la rumah sewa.. Fuh, lega.sepanjang hari menapak dari DP ke Jonker Street!! Macam nak patah kaki..



p/s: Menunggu bus selama 5 jam lebih!! BP here I come!

Tuesday, February 23, 2010

Keje Sambilan Tak Semudah ABC. Tak percaya cubalah! Part 2

Sambungan entry lepas

Kali ni berkisar tentang minggu kedua sepanjang aku keje part time sebagai Promoter untuk brand Snails Original.. Brands ni semuanya tentang pakaian lelaki. Rasanya target Snails hanyalah untuk lelaki dewasa, bekerja dan juga yang berusia. Sebab?? Bila aku tengok, memang takda nya rekaan fesyen yang funky ala stylo-milo ni untuk teenagers. Tak sesuaaaii!!!


Warna baju pun kebanyakannya warna tanah atau pastel tetapi bermutu tinggi dan tahan lasak. Gerenti sesuai untuk dihadiahkan pada bapak-bapak atuk dan pakcik diluar sana.. Hah, amik kau! Dah promote plak aku ni. Permintaan pun boleh tahan. Ramai customers Chinese cari jugak brands ni. Hehehehe =)


Okaylah, kali ni takde gambo orang. Cuma tempat keje ku bila Fair dah abes kat tingkat 2. So, pindahlah aku ke tempat asal. Jumpa plak dengan akak-akak promoter yang dah senior. Diorang semuanya baik-baik. Kaki gossip gak. Kah Kah Kah


Bila hari-hari terakhir aku keje, yakni lepas Raya Cina customers dah tak ramai. Jangan nak bandingkan dgn Jusco besar ala super saiya tu! huhu  So, kebosanan tahap dewa tu mulalah datang bertandang. Ngantuk tu jangan cerita! Boleh tumpas agaknya kat tengah-tengah workstation aku. Ish..ish..sempat jugakla curi-curi beli popcorn caramel buat penghilang ngantuk. Huaaa


Snails a.ka.  Siput?? 




Timbunan seluar yang maha tinggi lebih tinggi dari aku lak tu!




Mahu beli baju ke cik abang?? Gerenti aweks terpikat..haha



Baru belajar ni. Alat penebuk belt. Masih gagal lagi dlm menebuk. Kematu tangan ku!




p/s: Bila gaji mahu masuk ni??



Sunday, February 21, 2010

Keje Sambilan Tak Semudah ABC. Tak percaya cubalah! Part 1

Happy holidays semua!!

Masih lagi mood bercuti? Korang buat apa plak cuti seminggu ni?


Mood berblogging dan blogwalking berada di paras bahaya agaknya ni. Hahahaa. InsyaAllah..akan ku blogwalking jua ke blog bloggers sekalian yek.


Keje Sambilan Minggu Pertama


Kisahnya cuti seminggu ni aku nak share la untuk simpanan entry MM&I ni. Tentang aku bekerja sambilan di The Store kat Melaka. Orang dok sibuk-sibuk cuti sakan aku pulak dok keje. Sebab aku dengar diorang perlukan part time promoter. Actually, sebelum raya Cina start lagi aku dah keje. Kiranya 2 minggu jugakla aku keje part time. hehehe


Rutin harian sepanjang dua minggu aku sama jek. Seminggu pertama sebab kelas masih lagi ada, so lepas kelas, rehat jap then teros gi keje. Kami pergi dengan menapak kaki. Penat gak. Baru balik kelas tu. Tapi pikir-pikir bukan lama pun 2 minggu jek.. Dwet lagi. hahaha.


Fair


Minggu pertama jugak aku jaga Fair pakaian lelaki kat tingkat bawah selama seminggu. Aku keje under Gents department untuk brands Snails Original.  Semua promoter kat situ part time gak, budak lepas SPM lagi. Aku jek dah masuk U. hahah giler ah aku jek yang tua dewasa okay! Kebanyakannya Chinese. Diorang semua best lagi-lagi kalau bosan dok borak-borak sambil jaga bin (tempat baju display) masing-masing.. Kepoh!


Siput


Paling tak bleh lupa bila satu budak Chinese promoter brands Durban la panggil aku Siput. Mentang-mentang aku jaga brands Snail. Brands aku plak ada 3 promoter. So, lama-lama diorang panggil aku Siput 3 plak. Adehhh.. Kelakar pun ada gak. KAH KAH KAH.. Rindunye dengan diorang. Dah tak jumpa lagi pasni.


Ragam


Macam-macam ragam aku jumpa bila keje ni. Jumpa customer Chinese la banyaknya. Kalau yang tua tak cerewet sangat. Dan diorang selalu nak baju berkolar ada kocek dengan warna-warna gelap. Kadang-kadang nak terang pun ada gak. Aishhh.. Kalau seluar nak saiz 34, 35 or 38  masak aku! Sebab aku kena angkat timbunan seluar panjang dan selongkar seluar saiz yang besar-besar kat bawah. Bukan ringan tau seluar tu!


Tongkang pecah

Paling tak bleh lupa, satu malam tu aku sangat busy. Kitorang kena jaga 2 bin. So, ngah busy layan customer kat bin seluar panjang, baru aku perasan bin aku satu lagi dah macam tongkang pecah. Habis t-shirt brands aku kena punggah. Gara-gara customer tak jumpa baju yang diorang nak. Aku pulak kena lipat cantek-cantek sebab nanti supervisor aku tegur. Nasib baik jiran sebelah tolong lipat sekali. Sabar je la..

Baru ku paham perasaan jadi promoter ni, Kena banyak bersabar.


aku dgn Dayah, dak Brands Forest (last day Fair)


tempat aku jaga sepanjang Fair barangan Gents



p/s: lenguh kaki tak boleh kata dah waktu ni!

Friday, February 19, 2010

Gelap Semata-mata tapi Bukan Buta!



Beberapa hari yang lepas, lepas aku dan Qila melantak alas perut  maggie goreng   MySpace kat Restorant Subaidah depan Agro Bank lepas balik keje. Al-maklumlah, penat berdiri sepanjang hari. Maka tenaga pun kurang. hahahha, alasan!


Apapun, kami balik ke rumah sewa dalam lebih kurang pukul 11.30 malam.. Kami berdua jek yang stay kat rumah sewa. Semua orang balik bercuti di rumah. Kami berdua pulang dalam mood happy campur penat tak ingat dunia tanpa  pikir pape pun.


Sekali tiba di pekarangan rumah sewa....MySpace


Aik, "Apsal bangunan rumah kita jek yang gelap gelita ni?"


"Black out la!!" MySpace


Arghhh, Sudah.. Tuhan je yang tahu betapa takutnye kitorang, Tinggal berdua plak tu. Nasib baik aku tak balik cuti ni kalau tinggak Qila jek sorang? Cian dia. Nyesal tak beli lilin siap-siap sebagai preparation. Mujur ada torchlight dari handphone. Memang berbakti waktu kami naik tangga setinggi 4 tingkat tu!




Apa korang buat bila black out berlaku?? 


Selalunya ku akan tido jek kat ruang tamu menghadap beranda ni. Berangin! Dah la gelap, panas plak tu. Tak bleh buat pape dah. Tetiba jek ku  terasa insaf sebab cuba pikir orang miskin yang tak mampu bayar letrik & air tu lagi bergelap sepanjang masa.. Btol tak??



p/s: memang pelik jek rumah sewa aku ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin