Klik sini..

Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Note 7 : Orang kata breakfast itu penting!


Hi semua.


Minggu ni di penghujung bulan 3. Nampaknya aku kene gigih menyiapkan thesis. Aduh! -_-"
Memang tak sabar nak habiskan cepat-cepat! Pening nak menghadam segala perkataan satu satu
Boleh muntah, allergik kot.. kekeke ~ ~

***

Al-kisahnya, semalam 29/3/11

Aku dan Syera plan nak breakfast kat McD alaaaa breakfast ala-ala Western gitu
Ceh perasan! tapi ada aku kesah?? Aku ni jarang la pulak nak sarapan kat luar kan
So, dengan semangatnya tido awal then bangun pagi-pagi, bersiap dalam 7 pagi
Amik Syera then teros merempit ke McD Drive Thru berdekatan Carrefour BP
Sampai-sampai jek.... 


jeng jeng jeng...

Tadaaaa!!!!



OMG what the fish betol! ada promotion rupenya TT_TT

Sorang customer angkut sekali 6 polistrin cuba bayangkan line sepanjang ni.
Punch card keje nak pukul 9am at least la paling lambat
Last-last tukar plan makan kat Restoran Asam Manis jadi la
Family Breakfast bertukar jadi Teh 'O' dan Nasi Lemak...


ok kecewa.. banyak-banyak hari, kami salah pilih hari daa 

takpe takpe *pujuk diri sendiri* next time ada ^^~



Cilok dari si budak kecik =)


p/s:  Waktu-waktu terakhir praktikal!


Sunday, March 27, 2011

Note 6 : Jom Work Out!


Halluuuu MM&I..

Seminggu dah berlalu..
Nampaknya dah sampai penghujung Mac dan April akan tiba tak lama lagi
So lagi 2 minggu lebih tempoh LI akan tamat
Sedih tapi gembira! ahahaha =) (macam mana tu?)
50-50 ngerti??


Hari ni Ahad, so aku off day. *sigh*
Why sebab satu hari jek tapi takpe pasni cuti panjang lepas LI tamat
Aku bangun awal pagi lepas tu tak tahu nak buat apa lepas solat Subuh
Nak on9 tapi hari-hari dah ngadap laptop *Momo* 


So, aku decide plan ni memang dah lama pun
Cuma nak tak nak jek.
Siap-siap pakai track suit & t-shrt segalanya dengan mp3 & hp
On kan engin motorku terus gi Tasik Y ^^~
Tak jauh jek dari rumah aku 5 minit dah sampai! Dekat giler.


Awal pagi memang best. Semuanya nyaman. Aku sampai jek tengok dah ramai berkerumun
kat tengah-tengah dataran tasik Y. ada tarian bla..bla..bla
Aku tak join sebab niat aku nak jogging jek pagi tu
Lama tak work out.. Dah jogging, jalan 4 round & pijak batu-batu tajam  urut-urut kaki
pastu aku blah. Ok lah untuk harini.. =)


I love this place! *curi-curi amik gambar*


P/s: next Ahad, nak join J-robik la!

-

Wednesday, February 9, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Salam semua..

Minggu ni agak busy sikit dengan segala keje di office sebab 3 orang kuat takde
So, kami 3 orang dak trainee ni la yang kene handle.. Huaaaa ^0^
Paling tak suka bila sume bende nak cepat. 
Damn it! 


Beberapa hari yang lepas aku try mee wantan yang femes kat Kedai Nikmat BP Walk
Selain mee racun yang femes kat BP, aku rasa mee wantan ni 
pun boleh tahan kecuali customer service die. Slow sikit!
Mee Wantan ni ada daging, sayur dan paling penting
wantan berinti ayam cincang. Ada 2 version, sup atau goreng
Tapi aku lebih prefer soup. Rasa pun memang ala-ala chinese taste.Fuh! ^^~

Aku bagi 3.5/5..hahahha =)




p/s: next nak try kacang pool pulak!


Sunday, January 2, 2011

My day on 1.1.11





Happy New Year!!


Gong Xi Fa Chai!!

Alhamdulilah, dah 2011. Officially I'm going to be 22 this year..OMG! Sudah besar maka boleh jadi mak orang?? Hahahaaha^^  Ea silap, sudah tua maka semakin matang dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Agaknyalah. kekeke ~ ~


2010
Berlalu sudah. Rasa macam nak review balik. Banyak yang berlaku tahun lepas. Macam-macam pengalaman aku alami, Baik buruk pahit manis semua ada. Bak kat Tok Wan; "Macam-macam ada!" Hah, memang tak boleh lupe sebab ia mengajar aku erti hidup. Kenangan-kenangan terakhir bersama member-member di Uitm terutamanya ex-housematesku, Qila, Oya & Syaza dan juga budak-budak Marketing part 5A, 5B & 5C. Ahh, manisnya kenangan! Lepas ni dah masuk alam pekerjaan, so takde main-main lagi. Fikir nak balas balik jasa mak ayah. Itu yang penting.. ^__^


 2011
Tahun baru, 1.1.11 no yang sangat sangat cantik. Ramai agaknya yang kahwin semalam termasuklah sahabat ku di Samura, Aida Azmal. Tahniah ku ucapkan pada beliau (ramai betol teman seusia ku sudah berkeluarga, aku bila lagi agaknya ya?? hehe insyaAllah!) Semalam, aku menghabiskan tahun baru dgn bekerja. Well, no public hoilidays for me..huhu  Apapun, lepas balik keje, En Khairul belanja kami, aku dan Wida gi lepak-lepak kat Old Town untuk minum  petang. Thanks ya En. Khairul! First time aku makan kat Old Town. hahaha *blushing* jangan gelak okay!




Jarang ni nak suruh exec belanja makan..hehe ^^




Lepas makan-makan, sambil borak-borak, kitorang balik hotel balik. Kami stay sekejap, sambil monitor function dinner budak-budak lepas sekolah. hahaha sangat kelakar! Fesyen mengalahkan budak U. Padahal
18 tahun je kot. Mak ai. sabar je la. terseksa mataku tengok diorang ni. Bosan giler, kitorang teros blah.

Next time, aku nak tengok function wedding plak!


 p/s: cuti ku approved so Isnin ni cuti. Turun Melaka!


Friday, September 10, 2010

Virtual Card ~ Jimat dan senang!




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca MM&I

***




Wow, what a BIG Hari Raya card but I still like it!! >.< ~
(represent sincerity from my big heart)

****

****


SNEAK PEEK...





nantikan video kami! hahaha poyosss



p/s: schedule post ~ leaving for 'dwet raye, pliz..pliz.." daa!


Monday, June 21, 2010

Hero Sepanjang Zaman



Takde perkataan yang dapat terucap melainkan..


ALHAMDULILAH..


Tutup Buku
Tamat sudah sem 4 aku secara rasminya hari ni. Baru saja melepaskan keringat menduduki exam untuk subjek Internet marketing pagi tadi. First day exam, first jugaklah kertas kami start untuk minggu exam sepanjang intersesi ni. Untuk housemate ku, Kak GG & Kak Wawa, jangan jeles kami dah MERDEKA!!!!! Weeee =))

Bye-bye Sem 4, Hi Sem 5 pulak!


Walid
Ada orang panggil ayah, walid, daddy, papa, paling ektrem bapak. hehehe  Aku panggil ayah je. Common. Umur ayah 56 tahun ni. Julai ni cukup dah tempoh untuk ayah bersara dalam Pos Malaysia. Muka ayah hensem tapi gelap, ye lah setiap hari berpanas hujan. ayah ku orang Jawa tapi tak pernah ajar kitorang cakap Jawa kat rumah. Alahai = ( Ayah selalu keluar rumah, kalau tak keje, dia ke kebun pulak. ada-ada saja asalkan keje. Gila keje. 


Ayah banyak tanggungan. Macam-macam kene guna duit. Duit kete,duit zakat fitrah, duit baju, duit beli stok makanan dan juga broadband (tak lama lagi orang grad, nanti orang bayar pulak ea yah!.) Semua ayah la. Memandangkan keluarga ku bukanlah orang beruang ber-wang sangat, tapi ayah tak pernah berhenti menghulurkan duit. Sama macam emak. Sampai ku terpaksa berbohong.. "Duit hari tu ada lagi yah.Tak pe lah..hehe!"  


Ni semua kerna ayah tak mahu anak-anaknya hidup susah. Mujur aku belajar erti berjimat sejak kecil. Duit lebihan belanja dari ayah selalu ku tunggu supaya aku dapat menabung. hehehe. Sebab, dulu-dulu waktu kecik aku nak menabung beribu-ribu supaya nanti ayah dapat gunakan duit tu. (Ijan mahu tolong ayah pulak!) hahaha.. alalala, dak kecik time tu..


Ayah seorang pemalu, begitu jugak anaknya.. HAK HAK HAK.. dan jugak sangat garang tapi pendiam. Bila emak membebel dalam kete, ayah jadi pendengar berjaya. ayah..ayah..  Emak kata aku mewarisi kedegilan dan baran ayah. Agaknye kot.. Hehehe.. Kata anak bapak? Tahun lepas ayah masuk wad akibat kencing manis, kritikal lagi. Kami sekeluarga keluar masuk hospital dengan risaunya. Mujur ayah masih selamat sampai sekarang. Semoga ayah panjang umor! Amin.


Ayahku Samsudin Bin Moghd Noh , "Selamat Hari Bapa!!"


gambar lama..curi-curi



dari anakmu,
Norizan Bte Samsudin
Kubu, Melaka
21 Jun 2010..

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Yang Berbaloi-baloi!

Wah, heaven dok rumah walaupun sekejap jek.

Betul orang kata, pergi mana-mana pun rumah sendiri tetap di hati. Hahahaha =) Bila dok rumah, nak buat apa-apa pun boleh dan jugak ada bilik sendiri. Yup, going to miss that!


Sepanjang cuti singkat ni, member lama Dilla mengajak ku ke Square One, BP Sabtu lepas (4 Jun). Mentang-mentang nak jumpa setahun sekali, alang-alang jumpa terus la. Memandangkan Sabtu lepas cuti awam, aku layankan aje la mana boleh kata tidak kan?. On the spot punya plan! Baik kan aku? AHAHA Hmm, baru jek sampai rumah, penat tak hilang lagi dah keluar rumah dah. Mak aku pun iyakan aja la.


Sampai-sampai jek, tengok Square One ada Pesta IT (serupa cam PC Fair tapi kecik sket), patutla ramai orang. Salah waktu betol. Adeh.. Sesak jalan. Tapi takpe, boleh cuci-cuci mata. KAH KAH KAH. Amik kau. Anyway, aku, Dilla dan member dia, Najib cepat-cepat beli tiket “Lagenda Budak Setan” memandangkan tiket laku macam pisang goreng. Walaweh grrrr!


Gila cermin ka kami ni? hahaha


Komen aku pasal movie LBS ni:
Memandangkan aku tak pernah pun baca buku LBS yang setebal kamus dewan tu , dahtu 3 buku pulak. So, aku tak rasa la nak kecewa ke hapa. Okay BEST bak dari pelakon-pelakon lagi-lagi ada Lisa (so cute! ) Scene pemandangan dalam LBS memang superb! Kat mana la tempat tu. Cantik cam dalam mimpi aku plak. Siyes, kat mana la pernah aku nampah scene atas bukit dengan sebatang pokok tu. Lagu dia, Bila Cinta ~ ah, menusuk kalbu den.. I liiiiikeeeee!


Sapa tak tengok lagi, silalah ke cinema sekarang..








p/s: Cuti kali ni terserempak dgn member-member lama dulu.
       Bila la dapat jumpa lagi wei kengkawan??

Friday, June 4, 2010

Teringin Jadi Budak Sekolah Lagi..

Sabtu lepas..

Ayah : "Balik rumah bila lagi?"
Aku : "Tak tahu lagi. Kelas lagi 2 minggu!"


Akhirnya..

Minggu ni ku dapat cuti memandangkan lecturer ku pergi outstation lagi. Dok sibuk kira tambah tolak hari dalam hati, dapat la cuti 5 hari sampai hari Rabu ni. Gelak guling-guling yeay! hahahah Macam budak-budak.


Apsal aku 'terlebih rajin' membuang duet ni??


Padahal lagi 2 minggu lebih jek kat Melaka. Gedik. Ha Ha Ha. Bosan masak sendiri, muak tau. Kalau balik rumah terus jek dapat apa yang kau nak. Cakap la apa je, mak mesti tunaikan. Betul tak? Hmm, tipu la kalau tak. Al-maklumlah, anak sulung dia ni jarang ada kat rumah. Jarang-jarang.  Rindu mee racun! nyum nyum


Apapun, memandangkan tiket balik BP lagi 3 jam, sempat la jugak aku mengupdate blog ni. Hai, nampaknya sekali seminggu jela yang dapat ku sumbangkan. Sorry okay! Ku tak rajen macam blogger tegar tu lagi-lagi yang nga sibuk cuti dok kat rumah lagi. hehe ku tak cuti pun.


Nampaknya hari ni ku pilih silap waktu untuk balik rumah la. tak tahu pulak cuti sekolah dah start, ramai pulak budak-budak sekolah membanjiri Melaka Sentral ni! Haih, harapan nak balik awal tak kesampaian. huhuhu. Alamatnya aku terpaksa menunggu lagi 3 jam lagi.





Sebut pasal budak sekolah, teringat pulak waktu sekolah dulu-dulu time muka tengah 'innocent' bak kata orang. Iya kah? hahaha tak tahu la pulak. Waktu duduk hostel dulu , selalu gak balik rumah naik bus Mayang Sari dengan beg besar balik kampung ala si Garfield tu.. (berangan nak naik bus ekspress padahal  jarak antara Muar dengan dengan Batu Pahat dekat je pun! Gedik giler!) Balik semula pasal baju sekolah, dulu kalau aku nak pulang bermalam, diwajibkan pakai baju outing kalau ikut term kat Samura dulu, baju kurung warna putih denagan kain pelekat biru hitam. Skima giler!  Sekarang ni lepak jek kat MC memang boleh nampak macam-macam warna dah baju hostel. Hahaha
 

Cakap pasal baju sekolah biasa pulak. Bila aku tengok sekarang, trend baju sekolah biasa makin pelik plak aku tengok. Ada yang makin singkat nak bagi nampak stokin ke, kain senteng, tudung pulak makin kecik.Macam-macam.  Heran! Ke aku yang makin ketinggalan zaman ni. Dulu kalau buat macam tu amik kau kena catat nama dengan pengawas waktu sekolah kat Convent dulu. Tak boleh. HARAM!


Aku paling suka tengok budak sekolah yang pakai tudung labuh ni. Nampak sopan jek. Tutup aurat pun ada. Nak masuk sekolah agama tak lepas. Takpelah takde rezeki.  So, adik-adik kalau nak tutup aurat tu biarlah betul-betul menetapi syariat. Aku pun rasanya kena la ikut jugak nasihat diri sendiri ni. kalau tak ubah diri sendiri dari sekarang, bila lagi kan?



p/s: membebel panjang pulak kali ni. miyane!

Monday, May 10, 2010

Menghadam Kimchi & Sushi Sampai Muak





Officially aku nak mengumumkan yang aku dah pun merdeka. Alhamdulilah!!! walaupun last paper semalam sangat susah. huhu  Sungguh bersemangat tika di rumah sendiri. Hahahaa.. Rasa macam dah setahun tak balik. Rindu dengan bilik ku. Masa ni lah nak balas dendam, layan movie dan drama, banyak giler aku download time exam week..


 Drama-drama oversea yang dah complete aku download:

1) [K-drama] Slave Hunter / Chuno


from Mr Google

Bagi aku cerita ni serius atkde huhahuha tapi nampak smart bila tengok aksi pertarungan. Teros jadi excited! Cerita versi sejarah tapi dengan gaya moden dan shot yang cantik. Pelakon-pelakon terkenal yang aku suka dengan OST yang sedap. Sesuai untuk yang mencari kelainan.

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


2) [K-Drama]  Invicible Lee Pyung Kang


from Mr. Google

Lagi drama korea. First impression aku bila tengok cerita ni adalah macam sama dengan versi Delightful Girl Choon Yang pulak sebab campur versi zaman kuno dengan zaman moden. Cerita ni adalah adaptasi daripada sejarah jugak. Best cerita ni sebab aku suka heroin die, cute giler! hahaha. Dari cerita ni jugak aku baru tau main golf bukan sekadar main gitu-gitu jek. Buat aku tertarik nak tengok sampai habis!

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


3) [J-Drama] Galileo

from Mr. Google


Sangat suka cerita ni selepas Bloody Monday 1. Tentang seorang pensyarah fizik yang genius, tapi mempunyai perangai pelik. Cara dia selesaikan kes-kes polis sangat best. Buat aku kagum dengan penulis cerita ni. Oh ya, pelakon die, Masaharu Fukuyama still maintain dan jugak an outstanding actor kat Jepun. Aku rekemen cerita ni. 5 bintang kot kalau nak bagi rating,hahaha

Donlod Sini
Credit to HeavenofDesires


4) [J-Drama] Kami No Shizuku


from Mr Google

Mungkin korang akan kata aku ni sewel ke tengok cerita ni. Well, bagi aku walaupun cerita mostly 100% tentang wine (haram ek, so buang niat nak teguk mende alah ni awal-awal!!!) tapi boleh tambah infomasi gak la bagi aku. Terjawab segala persoalan tentang wine. Overall, cerita ni memang memenuhi persepsi aku. Best lagi-lagi pelakon die, I likeeeee!!!  Kawaii Nampak matang pulak, lain daripada watak kat Gokusen 2 dulu. hahaha

Donlod Sini
Credit to SilentRegret

***
***

Rasanya cukup la empat jek review aku. Hehehe,  a big thanks pada YelloCinema.Com, HeavenofDesires dan SilentRegret yang sedia bagi link. Overall, aku sangat puas hati tengok cerita-cerita ni walaupun ada yang endingnya sangat tak menepati kehendak aku, tergantung atau lain dari expectation aku. [Demand giler aku ni!] Kah kah kah. Dua-dua aku suka, korean dan japanese drama tapi japanese drama lebih pendek dan mempunyai mesej tersendiri. Bagus untuk motivasi diri.


Rasa nak tengok anime Jepun Studio Ghibli la, ada sesape tau kat ne nak cari???



p/s: layan citer sampai muntah


Sunday, March 14, 2010

bAGAIKAN mATI hIDUP sEMula

Bus adalah pengangkutan ketiga ku selepas kete dan motor. Cuba korang bayangkan, kalau tak de bus, agaknya macam mana nak balik kampung halaman tanpa sebarang pengangkutan awam? Lagi-lagi yang jauh beratus-ratus kilometer..Walaweh, berjanggut agaknya nak sampai rumah..


Tapi, macam mana pulak kalau pengangkutan awam tu sendiri menjadi punca korang takkan balik rumah?? Ishhh, Ya Allah, jauhkanlah ku dari segala bahaya.. Realitinya, kondisi kemalangan kat Malaysia ni bukannya makin lama makin rendah, tapi makin lama makin tinggi lak. Dahtu antaranya bus, pengangkutan ku untuk pulang ke rumah!! ISK. ISK ISK


alala, comelnye bus ni (ihsan Google)


Jumaat lepas, ku terasa seperti mimpi. Seperti biasa, pulang ke Batu Pahat naik bus. Sebelum tu terpaksa menunggu selama 5 jam lebih kat Melaka Sentral semata-mata tiket bus tinggal pukul 7.30pm. WTHeck??!! Penat jek sampai awal-awal semata-mata kena tunggu lebih lama.  Terpaksa menunggu tercongok kat MC sorang-sorang. Bosannya..


Not my day, cuti sekolah dah start!! hahahah  Amik ko, lain kali beli tiket awal!!


Dalam perjalanan pulang, ku tertidur hampir separuh 2 jam perjalanan. Tak pikir pape dah. Penat sangat. Tetibe jek nga syok-syok tido, lepas lalu SMS Muar,  bus aku hampir-hampir nak terlanggar kereta depan yang tetibe jek berhenti sebab nak belok kanan. Ya Allah!!! Terkejut kami.. Aku yang selalu duduk seat depan terus terpikir kalau lah hentaman berlaku, ku yang duduk depan ni la yang paling first akan kena dulu!!


Mujur, bus driver sempat break. Alhamdulilah, ku masih hidup!!!  Kalau tak, keluar la pulak nanti berita kemalangan bus dalam paper. Dah terbayang wajah parentsku. Ku tak nak jadi mangsa kemalangan.. TIDAK SESEKALI!!  Huhuhu..Teros tak berselera nak sambung tido balik lepas tu!!


Berhati-hati ketika di jalan raya..


p/s: tak sabar nak ada kete sendiri..

Friday, February 19, 2010

Gelap Semata-mata tapi Bukan Buta!



Beberapa hari yang lepas, lepas aku dan Qila melantak alas perut  maggie goreng   MySpace kat Restorant Subaidah depan Agro Bank lepas balik keje. Al-maklumlah, penat berdiri sepanjang hari. Maka tenaga pun kurang. hahahha, alasan!


Apapun, kami balik ke rumah sewa dalam lebih kurang pukul 11.30 malam.. Kami berdua jek yang stay kat rumah sewa. Semua orang balik bercuti di rumah. Kami berdua pulang dalam mood happy campur penat tak ingat dunia tanpa  pikir pape pun.


Sekali tiba di pekarangan rumah sewa....MySpace


Aik, "Apsal bangunan rumah kita jek yang gelap gelita ni?"


"Black out la!!" MySpace


Arghhh, Sudah.. Tuhan je yang tahu betapa takutnye kitorang, Tinggal berdua plak tu. Nasib baik aku tak balik cuti ni kalau tinggak Qila jek sorang? Cian dia. Nyesal tak beli lilin siap-siap sebagai preparation. Mujur ada torchlight dari handphone. Memang berbakti waktu kami naik tangga setinggi 4 tingkat tu!




Apa korang buat bila black out berlaku?? 


Selalunya ku akan tido jek kat ruang tamu menghadap beranda ni. Berangin! Dah la gelap, panas plak tu. Tak bleh buat pape dah. Tetiba jek ku  terasa insaf sebab cuba pikir orang miskin yang tak mampu bayar letrik & air tu lagi bergelap sepanjang masa.. Btol tak??



p/s: memang pelik jek rumah sewa aku ni

Saturday, January 2, 2010

Musuhku hari ini adalah.....

Argh, entry terakhirku setelah sebulan lebey di rumah

Memang haru kiki malu sampai kering hingus gua.. Ahahaha, takde lah. Biase2 jek. Still malas lagi dgn ketiadaan mood yg merajuk membawa diri ke oversea sana. Cit, ayat aku! Tak bleh blah dah.hahahaha.. pepagi buta merepek di blog.

Hopefully, esok tak hujan lebat mcm petang tadi. Memang &*%*() btol! sedap2 jek shopping-mopping di Carrefour, bila mahu balik hujan lebat plak. Tak jadik nk bli brg byk2, sbb kete MYVI emak tersayang jauh dahtu stuck dgn kete2 lalu lalang. Aisey, nasib gua hari ni!!

Ramai plak yg sahut cabaran sale of the year (mentang2 sampai 3hb Jan!! Semua serbu, penoh dah Carrefour & Square One tu!)

Hujan lebat tiap2 petang di Batu Pahat menyebabkan mood aku pun mendung berhari-hari. Hahahaha =) Nak keluar sampai aku tak jadik keluar. Cett, takpe2, aku redah jek td
No hal la!!

Sangat penat mengharung hujan..

Perlu mengemas pulang ke Melaka esok dulu!!



In the end, sebagai ganjaran utk diri ini yg tlh bersusah pyh =)



Sgt mengancam!!



p/s: Pening dgn masalah2 yg dtg..PENAT!!


Friday, January 1, 2010

Tahun Baru sudah mali!!



Hrmm, sudah masuk 1 Januari 2010 bila entry ni ditulis..

Jgn lupa, 15 Muharam jgk (bulan terang kah?)

Rasa sayang plak nak tinggalkan 2009, sbb byk btol kenangan2 yg aku simpan. Terkilan gler. Rasa mahu stop jek MASA. Huhuhu. Tapi aku tak sambut pun mlm tahun baru. WTFun?? Bleh jln lah. Btw, memang sayang tahun 2009 lagi2 Sem 3 (senyum sorang2 lagi..)

Dan paling sakit, masa cuti ni lah. memang frust gler menonggeng aku.

Argh, lpekan je la. Tahun baru, so azam pun mahu baru, hidup pun baru jgk!

Tinggal 2 hari jek lagi before aku kembali semula ke Melaka. Adoyai, perlu ke balik?? Rasa tak bersemangat btol! Barang2 pun tak kemas lagi. Rasa mcm sekejap jek cuti. Aik?? Penipu btol. Dulu bkn main boring gler bagai sampai tak taw nak wat apa dah. Cit, hipokrit sudah!

Apapun, sayang mahu tinggalkan Batu Pahat tak lama lagi!! Moga tahun ini menjadi tahun yg lebih bermakna & bermanfaat buat aku drpd tahun 2009..InsyaAllah!


Bye-bye 2009, Welcome 2010!!


p/s: tunaikan hajat dulu sementara sempat!


Tuesday, December 22, 2009

Merepek sambil mkn kerepek

Bila aku dok sibuk layan youtube tgk mana-mana cerita drama tetiba aku teringat pulak drama2 lama yang aku tgk masa aku kecik2 dulu.. Masa kecik2 dulu memandangkan aku dok kat taman perumahan dan lagi2 padang dpn rumah aku dah ghaib sbb ganti dgn pembinaan medan selera Cina so aku akan melekat kat rumah sambil tgk tv. Al-maklumlah, anak perempuan sulung plak tuh takkan plak mak aku nak biarkan aku merayau2 kat taman tu. Lepas main kejap jek mak dah sibok2 panggil msk rumah.Haih..kacau daun tul!

So, masa kecik2 dulu aku masih ingat aku suka tgk cerita drama Omputih, Cina lagi2 Kantonese dgn Mandarin sampai dah bleh phm dah.. Lepas blk sekolah jek mesti tak sabar nak blk rumah sbab nak tgk tv. Giler tv aku nie. Org lain hantu games aku lain plak. Ish2.. Hmm, agaknya sbb tuh aku rabun kot (amik ko!) balasan la tuh..huhuhu

Cerita2 yg aku msh ingat apa ye hmm lbh kurang Journey to the West, Hua Mulan, Fong Sai Yuk, Xena the Warrior, Hercules, My Fair Princess, Anchor Woman, Power Rangers(hahaha), Felix the Cat. Cerita2 Kantonese daripada Hong Kong mmg dominant la time tuh. So, kalo org Tanya kecik2 main pe setakat main batu seremban dll, haha silap org la beb! Boring jek aku ni time kecik2. Al-maklumlah aku sorang je time tuh, adik aku lmbt sket lahir. Lagipun, kejap jek aku dok kampong.

Apapun, mmg rindu la nak tgk blk citer2 nie. Kalau aku cari blk pun agknya dah takde dah. Agaknya pelakon2 tersebut dah tua2 kot.


Miss those old days..


p/s: tinggal 2 minggu je lagi


Sunday, December 6, 2009

Like to waste times??

Cuti masih berjalan..lalalala.. Maka mood utk berjln2 sgt tinggi skrg ni samada jln2 cari makan, blog walking ataupun facebooking!

Tapi yg paling selalu aku buat cuti ni adalah jengah2 game kat Facebook. Banyak games utk dicuba. Awalnya aku malas gak nk try sbb exams lagi so cuti ni aku try la beberapa game kat Facebook or FB.

Ada games UNO, Typing Maniac, Pirate, Yoville, Fishville, Farmville, Happy Pet. Berjuta-juta lemon games kat FB ni.(promote la plak!) I tell you. Kalo boring sgt, jom try games kat FB..hahaha. sesuai utk membuang masa.

Antara games yg aku main kat FB:

1) Happy Pet





2) Happy Aquarium



Selain itu, kalau aku de masa aku jugak jd seorang “ulat buku” cuti nie. Bukan time semester jek jd “Nerdy” taw. Byk jgk buku aku pinjam drpd library KBM masa final exams lepas. Amik kau! Sekali 6 aku angkut.. Tapi biasalah, kalo aku rajin. Bila cuti mcm2 nak buat.. Setakat ni baru 3 buku jek sempat abes. Ish2, ejan ble la ko nak abeskan novels tu? Kat rumah punye pun ade lagi. Tamak sgt ko nie.


Cukup2..mahu lyn Youtube plak!

XOXO

Tuesday, December 1, 2009

Takut boleh diukur tak?? Ada ratio ker??

Uish, lama btol tak update blog nie.Selalunya aku buat entry sheduled. Means, aku boleh tetapkan bila entry tu akan dipostkan. Utk waktu2 tertentu kalo aku busy or mls. So, senang la keje den takyah ari2 post entry =)

As usual, my latest news..

Aku masih lagi bercuti di rumah. Kawan aku de ajak aku utk keje masa cuti nie. Tapi msh lagi dlm pertimbangan a.k.a Malas(hehehe). Sbb nak cover dwet sem 3 punya psl la ni. Habis simpanan ptptn aku utk sem 3. Sumenya pasal rumah sewa dulu *sigh*. Oh, bagusnya jika aku ni anak org kaya..Hahahhaha (angan2 tak sudah!)

So, kini aku menaip lagi utk entry bru.. Waktu pagi yg sgt indah lagi tenteram. Walaupun sakit kepala tak ckp tidur dan baru baik demam. Damn, I hate sick! Ni sume gara2 jiran sebelah aku yg aku sgt-sgt tak suka perangai diorg nie. Nak tegur terang2 tak bleh plak. Tegur dlm hati je la (kecewakah aku?)

Pukul 11.20pm
Aku terdengar jeritan panjang seorg pompuan (jiran aku tu).Kitorg dengar drpd dapur sbb dinding rumah batu umah aku bukanlah tebal mana pun, bunyinya sgt dekat..Kalo ngumpat pun bleh taw (ish2 sungguh takde privasi!). Aku yg syok2 tgk tv pun tak senang. Kaco btol!

Pukul 11.45pm
Bunyi jeritan makin kerap tapi dah makin jauh.Agaknya dah ke rumah jiran aku lagi sorg. Alim gak. Kes dera ke? Aku tak amik port la. Tapi makin lama gak nie, Suara dia je yg aku dgr. Bikin suspens je la.Aku syak kes histeria sbb ada bacaan Quran. Hmm, meremang je bulu roma aku. Dah byk kali aku bertembung kes2 camni. Asrama, rumah sewa. Malas btol. Fobia taw tak. Aish. takkanlah kat kwsn umah aku plak!! Damn it!! Dahla aku slalu jaga rumah sorg2. After this, fikir dua kali ejan..

Akhirnya, sampai pukul 12 lbh jgk la suara jiran aku yg kesakitan tu masih kedengaran. Dah la bilik aku betol2 bleh dgr. Aku yg slalu tidur lambat ni nak tidur awal pun tak bleh. Biologi clock la katakan. Last2 agaknya kul 4 kot aku bleh tidur. Macam2 bunyi dah aku dgr. Baca2 apa yg patut still tak bleh tidur, makin sakit la demam aku nie.. huhuhu

Hopefully, tak berlaku lagi. Walaupun dah biasa, tapi kalau terjadi lagi mmg serik. Sbb dulu asrama aku de kes histeria berjangkit. Takott! Aku nk bercuti dgn tenang ni. hu3 Nauzubillah..




p/s: Bykkan amalan sbg pendinding diri

Monday, November 16, 2009

Cuti oh Cuti

Alhamdulilah

Secara officialnyer sem 3 aku dah tamat kat KBM ni. Fuhh, cam tak caya jek dah nak masuk Sem 4. Memang tak boleh lpe la sem nie sebab mcm2 terjadi kat aku. Pasal housemates, rumah sewa, pasal byk gap antara kelas, rakan sekelas,usya2 senior, kne kacau hantu waktu stdy weeks kat P. Gadong dan jgk masalah hidup aku.


Semuanya tamat..
Cukup. Aku mahu berehat puas-puas lps nihttp://emo.huhiho.com


Cuti semester yg tak berapa nak panjang ni dah sampai rupanya. Nak kata excited tak jgk. Dulu excited jek nak cuti masa exam, ble dah exam amik ko! Malas nauzubillah. Nak update blog pun malas. Ni pun mood tetibe dtg plak. Hahahahha http://emo.huhiho.com


Cuti pun dah mula. So, aku nak plan something masa cuti nie. Entah jadik entah tak. Aku pun bkn sure sgt. Beria-ia tp kalo tak jadi tak bleh kata pe dah. Ermm, harap2 tak semua tp separuh menjadi la.

Rancangnya nak wat aktiviti simple2 jek:
1)Keje part time (terpulang kalau gaji cantek & supervisor merayu2 mintak aku keje blk ha3)
2)Habiskan tgk dvd2 dan movie2 yg didownload time exam (masa exam excited, pas exam??
3)Improve Mandarin aku yg makin lupa nie(bantai tgk drama Mandarin kot?)
4)Keluar jumpa geng2 lama, tgk wayang perhaps
5)Improve Photoshop aku yg dah berkarat ni (ble la nak pro ni?)
6)Nak jenguk2 kelab rakan muda aku dulu, kot2 ade kemahiran2 yg bleh aku try plak
7)Setlekan pasal rumah sewa baru


Fuh, byk gak plan yg aku rancang cuti nie. Nak tak nak kne gak selesaikan before naik sem. Hopefully, apa yg aku plan semua tercapai. Oh ya, utk geng2 lama aku kat Bee Pee, kalau nak hang out, jgn lpe roger aku okay!

Pada rakan2 yg bercuti dan baru nak bercuti tu "Selamat Bercuti"

Thursday, October 1, 2009

Jejalan di Pagi Sabtu Raya



Raya kali ni aku jarang mengambil gambar sgt
Sampai nk upload pun malas..ish2
Lain la kalo ader DSLR??

Sebab aku..
Lebih byk melantak biskut raya..
Lebih malas drpd biasa..
Lebih suka mikir ttg dwet raya..
Hahahhaha [actually dah tak layak!]

Gambar2 ni sewaktu aktiviti beraya ke rumah sedara Nenek Angah Samad
Last before aku blk Melaka
Nenek Angah Samad ni adalah nek sedaraku sblh nenek
Sgt terharu sbb die masih ingat lagi nama aku [walaupun dia sudah tua!]
Agaknya berkat die mengaji ari2 kowt

Anyway, snap gambo jap la sbb nga boring dgr mereka ni bergossip2

Layannnn!!!!

Nenek, Mak Ngah, Nek Angah Samad

Emak khusyuk mendgr gossip


Aku?? tada keje



p/s: tak sabau nk tunggu Jamuan Raya FPP Sabtu ni!!

Thursday, September 24, 2009

Perkara Wajib Time Raya

Finally, I'm back in town!!!

Lega rasanya dpt pulang semula stlh beberapa hari di kampung. Thanks God. Ni semua gara2 'lampu hijau' Celcom kt kampung terchenta la aku boring gler. Line Maxis apetah lagi. huhuhu =( So Sorry sbb aku bercuti sementara..

Anyway,memandangkan mood skrg masih lagi mood raya so apakata entry kali ni pasal Hari Raya 2009? Bagi aku raya kali ni dah tak semeriah waktu aku kecik2 dulu. Tak taw la sbabnya. Maybe sbb dah tua kot. Family kecik?? Dah tak excited lagi?? hahaha. Tapi yg paling ketara dan masih wujud lagi bila time raya kat kampung aku adalah:

Marhaban
Pernah dgr?? Marhaban ni mcm nasyid la tp dari rumah ke rumah iaitu bacaan selawat2 yg biasanya diadakan secara berkumpulan. Selalunya kg aku dah start marhaban utk lelaki waktu raya kedua lagi. Marhaban perempuan lmbt sket. Haa, waktu ni ayah aku selalu ikut dan family aku akan gotong-royong sediakan juadah raya. Selalunya mmg laku. Habis licin!! [nada bangga*wink*]




Pelita/Panjut
Ni semua org tau. Kebanyakan jiran2 kat kg aku semua pasang pelita. Bila mlm je nmpak menarik. Satu lg fungsinya spy senang la sedara-mara nak dtg rumah sbb dah terang ade lampu. Mcm2 gaya susunan ade. Ada bentuk wau, baris panjang, gne buluh pun ade.Modalnyer pun murah jer. Juz minyak tanah & sumbu pelita. Ada jgk yg malas so diorg guna lampu elektrik. Jimat minyak tanah hehehe =)

Mercun/Bunga api
Dah tau dilarang, bende ni still wujud lagi.. Hmmm, tak sah kalo raya takde mercun lagi2 meriam buluh. Setiap mlm aku rse kampung aku mcm sdg berperang. Tiap2 ari jgk rasa nak gugur jantung den. Dah tiap2 rumah berperang meriam masing2!! kehkehkeh.. Teringat dulu men mercun dgn sepupu lelaki. Skrg dah tak join dah. Tobat!!

Biskut Raya
Tradisi ni wajib ada la kan.. Kalo takde rasa tak besh plak. Aku paling ske mkn biskut sarang semut, semperit, tart nenas, bahulu dan biskut cornflakes. So, kalo aku pergi beraya, kuih2 ni la yg aku cari dulu. tapi skrg dah byk jenis biskut raya. Rasa je lbh kurg sama. Kalo tak buat, kitorg panggil 'biskut tunjuk' kiranya beli la tu dari kedai. paham2 je la..heheehe


Sambil beraya tu, kita hubungkan silaturrahim sesama saudara-mara

Salam Lebaran!







Monday, August 31, 2009

Bapak Oh Bapak


Selagi masa msh ada, aku cuba utk mengupdate MM&I. Kali ni post sgt istimewa. Kerana tanpa dia, tiadalah aku di dunia. Tentang org yg terdekat dgn aku.

"Samsudin Bin Mohd Noh"

Masih aku ingat, aku terpaksa memberitau diorg spy mengeja betul2 nama ayah ku sbb org selalu mengejanya sbg Shamsudin atau Shamsuddin. Padahal namanya ringkas je, Samsudin. Sampai hari ni. Tak tau nape. Hahaha =)

Jujurnya, aku kurang rapat dgn ayahku. Sbb aku lbh rapat dgn emakku. Adikku pulak 'kamceng' dgn ayahku. Entah mana silapnya. Mungkin sbb ayahku agak pendiam kot. Hehehe.. Tapi semakin lama, bila dah msk asrama start dari form 4 smpai la aku msk U, bru aku perasan kami dah tak mcm dulu lagi.

Kami sdh boleh berbicara dgn mudah.. Ya, itu sdh ckp bgus bgku.

Bila semakin besar pulak, aku semakin perasan. Sikap bad temper tu dtg dari ayah.ha3.. Tapi kulit gelapnya pulak lbh kpd adikku, Aisah. Ish2, yg ni tak bleh disangkal lagi. Nauzubillah.. Kne belajar utk bersabar mulai skrg. aduhhhh. Garangnya dia pdku masa kecik buat aku benci.


Tapi, tu semua tak lama.

Bila ayah ditimpa penyakit kencing manis sehingga susut tubuh badannya. Baru aku sedar. Ayahku tiang utama keluarga kami. Punca kewangan kami jgk. Aku sedaya upaya tak menjadi seorang peminta padanya. Krn aku tau, bukan senang utk mencari rezeki. Kerana dia, aku belajar berdikari & berjimat-cermat.

Dan kemudian, segala tindakannya hari ni sgt memberi kesan di hatiku.

Baru ku sedar, aku sgt memerlukan dia. Memandangkan dia adalah satu2nya lelaki dlm family, maka semua peralatan dan kelengkapan rumah dibwh tanggunggjwb ayah. Bila rosak jek, ayah yg tolong settlekan. Bila ayah tanya spe yg rosakkan, kami adik-beradik pura2 buat tak taw. Gler nakal aku mase kecik..ngeh3



Aku tak lupa..

Ayah jgk la yg menghulurkan wang utk aku belajar dan hidup. Banyak jasanya kpd kami. Begitu jgk jasa emak. Masakan aku lupa. Ya. Aku akan ingat jasa2 mereka yg takkan terbalas dgn wang ringgit pun. Sbb merekala yg susah payah besarkan aku. Kalau mereka marah, tandanya mereka sygkan kita. Syukur.

"Moga Allah panjangkan usianya, ampunkan segala dosanya, sembuhkan penyakitnya, kasihaninya, rahmatinya dan moga2 dia sentiasa berada dlm perlindungan Allah jua.."

**

**

Terima Kasih dari anakmu..

Tulang belakang ku..

p/s: Terlebih pjg pula entry kali ni..Emo skit

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin