Klik sini..

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, October 1, 2009

Jejalan di Pagi Sabtu Raya



Raya kali ni aku jarang mengambil gambar sgt
Sampai nk upload pun malas..ish2
Lain la kalo ader DSLR??

Sebab aku..
Lebih byk melantak biskut raya..
Lebih malas drpd biasa..
Lebih suka mikir ttg dwet raya..
Hahahhaha [actually dah tak layak!]

Gambar2 ni sewaktu aktiviti beraya ke rumah sedara Nenek Angah Samad
Last before aku blk Melaka
Nenek Angah Samad ni adalah nek sedaraku sblh nenek
Sgt terharu sbb die masih ingat lagi nama aku [walaupun dia sudah tua!]
Agaknya berkat die mengaji ari2 kowt

Anyway, snap gambo jap la sbb nga boring dgr mereka ni bergossip2

Layannnn!!!!

Nenek, Mak Ngah, Nek Angah Samad

Emak khusyuk mendgr gossip


Aku?? tada keje



p/s: tak sabau nk tunggu Jamuan Raya FPP Sabtu ni!!

Monday, August 31, 2009

Bapak Oh Bapak


Selagi masa msh ada, aku cuba utk mengupdate MM&I. Kali ni post sgt istimewa. Kerana tanpa dia, tiadalah aku di dunia. Tentang org yg terdekat dgn aku.

"Samsudin Bin Mohd Noh"

Masih aku ingat, aku terpaksa memberitau diorg spy mengeja betul2 nama ayah ku sbb org selalu mengejanya sbg Shamsudin atau Shamsuddin. Padahal namanya ringkas je, Samsudin. Sampai hari ni. Tak tau nape. Hahaha =)

Jujurnya, aku kurang rapat dgn ayahku. Sbb aku lbh rapat dgn emakku. Adikku pulak 'kamceng' dgn ayahku. Entah mana silapnya. Mungkin sbb ayahku agak pendiam kot. Hehehe.. Tapi semakin lama, bila dah msk asrama start dari form 4 smpai la aku msk U, bru aku perasan kami dah tak mcm dulu lagi.

Kami sdh boleh berbicara dgn mudah.. Ya, itu sdh ckp bgus bgku.

Bila semakin besar pulak, aku semakin perasan. Sikap bad temper tu dtg dari ayah.ha3.. Tapi kulit gelapnya pulak lbh kpd adikku, Aisah. Ish2, yg ni tak bleh disangkal lagi. Nauzubillah.. Kne belajar utk bersabar mulai skrg. aduhhhh. Garangnya dia pdku masa kecik buat aku benci.


Tapi, tu semua tak lama.

Bila ayah ditimpa penyakit kencing manis sehingga susut tubuh badannya. Baru aku sedar. Ayahku tiang utama keluarga kami. Punca kewangan kami jgk. Aku sedaya upaya tak menjadi seorang peminta padanya. Krn aku tau, bukan senang utk mencari rezeki. Kerana dia, aku belajar berdikari & berjimat-cermat.

Dan kemudian, segala tindakannya hari ni sgt memberi kesan di hatiku.

Baru ku sedar, aku sgt memerlukan dia. Memandangkan dia adalah satu2nya lelaki dlm family, maka semua peralatan dan kelengkapan rumah dibwh tanggunggjwb ayah. Bila rosak jek, ayah yg tolong settlekan. Bila ayah tanya spe yg rosakkan, kami adik-beradik pura2 buat tak taw. Gler nakal aku mase kecik..ngeh3



Aku tak lupa..

Ayah jgk la yg menghulurkan wang utk aku belajar dan hidup. Banyak jasanya kpd kami. Begitu jgk jasa emak. Masakan aku lupa. Ya. Aku akan ingat jasa2 mereka yg takkan terbalas dgn wang ringgit pun. Sbb merekala yg susah payah besarkan aku. Kalau mereka marah, tandanya mereka sygkan kita. Syukur.

"Moga Allah panjangkan usianya, ampunkan segala dosanya, sembuhkan penyakitnya, kasihaninya, rahmatinya dan moga2 dia sentiasa berada dlm perlindungan Allah jua.."

**

**

Terima Kasih dari anakmu..

Tulang belakang ku..

p/s: Terlebih pjg pula entry kali ni..Emo skit

Tuesday, July 21, 2009

Family Time



“Nak mkn kat mne ni?”
“Mana2 bleh la. Lagipun byk kedai makan tak bukak lagi ni”
“Kita pergi KFC nak tak?”

Akhirnya, Ahad lepas alang2 dah sampai Melaka awal petang aku dgn my beloved parent makan kt KFC before aku balik rumah sewa semula. Memang jarang sgt aku makan kat KFC nie. Mahal la bg aku. Hehehe =)

Org dah ajak pergi je lah,
‘rezeki jgn ditolak, satu padang bola sepak aku tadahkan’
Aku dpt jgkla try “Macaroni with Cheese” terbaru drpd KFC, nyum2

Alhamdulilah, bleh tahan la sedap.. Korang dah try??

Mak ayah sdg bersantap

Macaroni+Cheese

p/s: Hati2 ble mkn di luar

Wednesday, July 1, 2009

Kondisi Hati



Entry kali ni sekadar luahan
Pendek & ringkas..
Bila mataku sukar utk lelap buat pertama kalinya
Tak tau kenapa
Mungkin kerana...
Aku menjadi manusia “tewas” hari ni..
Aku sedih sgt2
Ble byk bende bermain2 di fikiran aku
Aku juga insan biasa
Punya kemahuan, punya keinginan
Tapi aku dilahirkan dgn memikul tanggungjwb yg berat
Satu beban
Dan masalah itu takkan selesai walau aku menangis
Cuma...
Aku hanya mahu diberi sedikit ruang dan ketenangan..

Damn, aku benci perasaan ini !!
Ingin sekali aku…
..
..
..
..
..
..
..

Menangis semahu-mahunya dlm hujan



Moga aku menjadi lebih kuat drpd hari ini dan semalam..

“Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini.. Berikanlah aku kekuatan demi menempuh hari2 yang mendatang”

Sunday, April 19, 2009

Hari Berkasih Sayang


Hari ini, setelah penat otak aku menelaah buku Management (theory) dgn rasa mengantuknya.. Tiba2 jek aku terdengar lagu Fall For You drpd hp Nokia 5300 ku.. Ehem2..

Ayah aku call la ~ "Ayah dah sampai kat bawah hostel nie. Cepat la turun".

"Yeay!!! Jap ag.. Nak siap2 dulu".

Mata yg tak leh nak bukak td menjadi terbuka luas. Cepat2 aku bersiap utk turun. Bertuahnya hari ini. Dah lama tak jumpa parent aku. Dekat pun, aku tak selalu balik kalo time nk final exam nie.. Konfom tak blaja woo ~~

"Banyaknya 'souvenir' dari rumah!! Macam stok utk 1 sem plak.. hehe" 001_v2

"Takpe, boleh share dgn kengkawan," kata emak.

"Okay. Diorang lagi suka ni" rumate tersayang aku tak pernah menolak rezeki..hehe

Then, kitorang pun gi makan dinner sama2.. Hmm, tetibe jek ayah aku nak bawak kitorg makan kat KFC sebab baru dpt coupun free td.. alahai.. Sayang ayah lebih r.. 070Dah lama tak gi KFC nie.. Walaupun aku tak ske sgt, pergi je la..Selalu gi restoran biase jek.

Alhamdulilah..

Demi tak menghampakan parent aku, aku tunjukkan la jln nak gi KFC.. seb bek tak sesat.. Tau jgk la area sekitar tuh.. Borak2 sambil mengunyah tak ingt dunia..Dah ari2 makan mknn yg same jek.. Mana tak boring dok kolej. Kul 6.30ptg, aku blk semula ke Pulau Gadong dgn perot kekenyangan!!
Mak ai, senak perot!


Ni gambo KFC yg aku bwk blk utk roomate aku..

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yg memberikan nikmat & rahmat kpd hamba-hambaNya. Aku dpt lagi berpeluang berjumpa dgn parent tersayang.. Ejan, sayang mak ayah!

Ni yg rasa tak nak main2 belajar nie.. Teringat wajah harapan emak ayah..ish..ish.. 058Tak sampai hati nak hampakan diorang kalo aku tak perform sem ni..

Moga aku tidak menjadi anak yg lupakan ibu bapanya. Study Ejan! 096

Demi Allah, agama,dan ibu bapaku..

p/s: Sebagai peringatan utk ku yg masih leka..



Thursday, December 25, 2008

Family Tree

Bismilahirahmannirahim...

While searching for any ideas to be upload in this blog, I remembered about my long distance cousin Kak Azimah email me about this website - 'www.geni.com' a few days ago.. Well, she invite me to add this unknown, unfamiliar account to me.. While I was pondering to accept it or not, this web was all about family tree

Well, to be honest, my family was bigger like anybody else..So, this website is an oppurtunity for us to know our family tree well.. As I wouldn't sure it myself so clearly, this website was helping me out.. hehe.. Lucky me..Alhamdulilah..Thanks to God..now I knew it better than before..I realized it was a precious info to me as we might know our late descendent, nearest relatives and intermediate families quickly.. This website also have all the facilities like myspace such as Inbox, Videos, Pictures, Comment and etc.. so it will not definitely made you boring to death! I hope so.. ngeh2







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin