Klik sini..

Saturday, September 6, 2008

ramadhan al-mubarak..

assalamualaikum..

Alhamdulliah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke atas Ilahi kerana dgn izin-Nya saya masih lagi mendapat peluang untuk mencoretkan sedikit kata2 buat warkah di blog ini.. Semoga Allah melimpahkan keredhaan dan kerahmatan buat hamba-hambaNya yang patuh pada perintahnyer..

semasa kedatangan bulan Ramadhan ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam agar tidak mengabaikan dan melepaskan peluang begitu sje kerana Ramadhan adalah bulan yg mempunyai 1001 kelebihan.. SubhanaAllah.. amalan2 yg boleh dilakukan seperti amalan bersedekah, qiamullail, bertasbih kepada Allah dan yg lebih penting menunaikan solat Terawih secara berjemaah di samping melaksanakan ibadah berpuasa selama sebulan ini.. namun, saya berasa amat terkilan dan jelik dgn sikap segelintir masyarakt Melayu yg lebih mengutamakn hidangan berbuka puasa jika dibandingkan dgn menggandakan amal ibadat.. seharusnya, mereka patut menyalurkan sikap boros itu kepada rumah anak-anak yatim.. saya percaya ganjaran pahala menanti jika kita menggembirakan mereka..InsyaAllah..Semoga saya dan sahabat2 yg lain mengamalkan amalan2 mulia di bulan Ramadhan dan bulann2 yg lain..

Bulan Ramadhan juga mengajar umat Islam agar mendisiplinkan diri.. agree with me? kenapa saya berkata demikian? bagi saya, Ramadhan mengajar kita agar mennjauhi segala maksiat dan nafsu selain menjaga pandangan anggota badan.. lebih2 lg pandangan mata dan mulut.. jadi, segala aktivi mencuci mata dan mengumpat mengalahkan pembaca berita perlu dijauhi..hehe..


bercakap ttg Ramadhan, saya teringt kembali pengalaman berpuasa jauh dari rumah.. lebih2 lg pengalaman bersahur di asrama.. permulaan ramadhan saje, dewan makan dipenuhi dgn seluruh penghuni asrama..bila sampai je penghujung Ramadhan, dewan makan kembali sepi.. yg rajin utk turun tentulah budak aspura(asrama putera) hehehe..
tapi plg best adalah ketika berbuka puasa beramai-ramai.. sungguh menyeronokkan.. lebih2 lg, inilah masanya kita dpt mengeratkan silaturrahim semasa menunggu waktu berbuka puasa.. kenangan di asrama mmg manis..hahaha..

akhir kata, renung2kan dan selamat beramal! wassalam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin