Klik sini..

Wednesday, November 19, 2008

10 Solat Yang Tidak Diterima

Rasullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu menjadi tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)

Rasullah S.A.W. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya yang tidak diterima oleh Allah S.W.T. ialah antaranya;

1) Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu

2) Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3) Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi
makmum membencinya

4) Orang lelaki yang melarikan diri

5) Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat)

6) Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya

7) Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung

8) Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya orang lain

9) Orang-orang yang suka makan riba

10)Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar

Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T. dan jauh dari Allah.

Hassan r.a. berkata; "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." Nauzubillah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin