Klik sini..

Tuesday, November 18, 2008

Beruntungnya Kita Hari Ini

Asslamualaikum w.b.t.h. to all of you..

Hari ini aku ingin membicarakan tentang betapa Beruntungnya kita berada di Bumi Malaysia yang aman damai dan bebas di mana tiada peperangan dan persengketaan antara satu sama lain sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 51 tahun yang lalu. Jika dibandingkan dengan penduduk Islam di negara-negara lain seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain2 sekadar menyebut, kita masih lagi boleh menarik lafaz lega. Sedangkan di Negara-negara Islam yang lain, erti kebebasan, keadilan dan hak2 manusia tidak terlaksana dengan sebegitu sempurna. Kenapa aku memilih tema ini? T_T

Sedang aku mencari-cari idea untuk menulis bagi post yang terbaru(walaupun menulis blog ni sekadar suka2 dek mengisi masa lapang) aku terkejut tahap maksima bila membaca artikel tentang pendedahan “ Kanak2 perempuan Afghanistan disimbah asid kerana ingin pergi menuntut ilmu di sekolah” terpampang di ruangan artikel akhbar Harian Metro baru-baru ini.. maaf tak ingat bila tarikhnye.. apapun, Sungguhpun Afghanistan sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam, aku sungguh terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap situasi seperti ini. Dek kerana kejahilan dan pengaruh yang berlandaskan pegangan kumpulan Taliban bahawa perempuan masih lagi dianggap kelas bawahan dan hanya layak dipandang enteng..Mereka sanggup memperlakukan ketidakadilan ke atas golongan Hawa yang sememangnya dipandang tinggi dalam agama Islam..Kanak2 perempuan tersebut disimbah asid di bahagian muka oleh sekumpulan lelaki(assumed bekas penyokong kumpulan Taliban) Malu! Marah! Sedih! Jijik! Segala perasaan bercampur baur. Aku berasa begitu kecewa sekali kerana tidak dapat membantu saudara2 seislam..Astaga..Ini membuatkan aku tertanya-tanya, di mana akal dan pemikiran mereka? Akal yang hanya selayaknya berada di tempat tinggi.. Hanya Allah sahaja yang dapat menolong kalian. Betapa kerdilnya hambaMu ini..Ya Allah.. Selamatkanlah mereka, Ya Allah..

Begitu juga dengan nasib penduduk Palestin yang masih lagi tidak mendapat keadilan dari dunia.. aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka.. Sebaliknya, di Malaysia yang begitu aman tenteram, masih lagi ada segelintir pelajar yang malas hadir ke kuliah ataupun kelas..Ponteng kelas merupakan perkara biasa. Kes2 seperti tidak menghormati guru juga dianggap lumrah alam.. Tidak seperti di Palestin, kita di Malaysia diberikan kemudahan subsidi dan segala jenis bantuan demi memartabatkan ilmu. Sungguh, betapa Beruntungnye kita berpijak di bumi Malaysia..Alhamdullilah, aku berasa sungguh bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam dan lahir di MAlaysia.. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup selain di negara selain Malaysia..Bersyukur juga kerana dapat belajar dalam suasana aman dan sempurna daripada segi kelengkapan dan kemudahan.. Hmm, Alhamdullilah..tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa beruntungnya kita..Semoga keadaan ini berlarutan selama-lamanya..InsyaAllah..

Aku rasa cukup setakat ini dahulu coretan bagi post kali ini.. Dari masa ke semasa, aku akan cuba update sebaik mungkin kalau ada kelapangan waktu dan idea ..Wassalam ..

Batu Pahat
18 Nov 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin