Klik sini..

Tuesday, November 25, 2008

Kritikan??

Asslamualaikum w.b.t.h.

Satu hari lagi berlalu bagi ku pada cuti2 yg terakhir..hmmm..mungkin selepas ini, aku tidak dapat nak update blog ini dek kerna aku mengambil kesempatan cuti ini untuk berkerja sambilan..hehe.. keje per?? Hehhe..Biarlah rahsia..Sungguh aku tidak menyangka aku akan bekerja secara sambilan semula..

Last aku kerja masa tunggu result SPM. Lame gak..banyak pengalaman yang aku telah kutip..Kerja yang menuntut ku berhadapan dengan kerenah pelanggan banyak menguji kesabaranku sebagai seorang manusia biasa. Sungguh, pekerjaan ini sedikit sebanyak membuatkan aku lebih menghargai mereka yang seringkali berhadapan dengan pelanggan..Pengalaman seperti dimarahi pelanggan, ‘short’ dwet, kerja OT dan paling best, bile time dpt gaji la..hehe..Alhamdullilah, setelah sejam menunggu untuk diinterview blk di tempat keje aku yg lama, aku mendapat keje tersebut (sebenarnya secara paksaan, no choice.. terima je la..lain yang aku mintak, lain plak yang aku dapat..dgn alas an, aku dah der experience keje tersebut = ( dah rezeki..) Nak ikutkan mmg aku x nak pun keje nie, gaji sikit, tension ble ‘sale’ and bile time solat tue.kne pandai2 r. Moga Allah memudahkan pekerjaanku..aduh..redha je la..

Ok la, post kali ni berkisar ttg sebuah puisi yang aku jumpa dlm blog sahabatku..Sori yek, mintak di’copy n paste’ buat renungan bersama.. Tentang lelaki zaman dulu dan kini.. Asyik pasal perempuan jer..Sedikit sebanyak aku bersetuju dgn puisi tersebut.. Bagi sesape yg terasa tu, minta maaf la tp secara jujurnya mmg btul kn?? Diharapkan generasi masa kini dapat berubah kerana tanda2 kiamat telah menunjukkan beberapa tanda besar.. Nauzubillah...Sama2 la kita berubah pada yg lebih baik...InsyaAllah.. Sehingga berjumpa lagi..Wassalam..

Lelaki

Dulu..Bila disebut lelaki..
Wanita mendongak megah..
Lelaki kami Asadullah, Saifullah..
Kini..Bila diesebut lelaki..
Wanita menunduk lemah..
Tokoh kami sedikit sekali..
Ramainya boneka yahudi..

Dulu..bila disebut lelaki..
Wanitanya tenang dihati..
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini..bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari..
Lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu..bila seorang wanita teraniaya..
Sepasukan kuda putih datang membela..
Al Mu’tassim kebanggan wanita..
Kini..ribuan wanita suci dipenjara..
Fatimah diperkosa minta dibela..
Lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu..bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki memagari sehabis daya..
Tiada siapa berani menggoda..
Kini..bila wanita di bawah jagaanya..
Lelaki tak kisah auratnya terbuka..
Wanita dibiar bebas, binasa..

Dulu..lelaki bermatian mencipta sejarah..
Kental berjihad tekun berdakwah..
Kini lelaki hanya menyanjungi sejarah..
Diri bermalasan tenaga tak dikerah..

Dulu..lelaki memperjuangkan agama dan ummah..
Al farouq, Zunurain mati terbunuh..
Kini..lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
Hingga sanggup membunuh..

Dulu lelaki bersatu menghadapi musuh..
Angkatanya kuat dan teguh..
Kini..lelakinya berpuak dan berpecah..
Sesame sendiri saling bertelingkah..

Kembalikan lelakiku..
Pada kelakianmu..
Kami rindukan lelaki dulu..
Acuan madrasah Rasul..

Fatimah Syarha Mohd Noordin..
Syabab Musafir Kasih..
( kak Fatimah..mitak izin copy yer..:D)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin