Klik sini..

Sunday, December 7, 2008

Member's Days..

Bismilahirrahmannirrahim..

Memandangkan aku bercuti ‘sekejap’ dari memblog, peluang yang ada jangan dilepaskan..Lagipun post bagi bulan Disember belum lagi terisi.. Hmm, cuti bulan Disember ku terisi dengan bekerja dengan Pacific bagi mencari pengalaman, berkenalan dengan kawan baru dan lama serta menambah duit poket..nilah yang paling aku tunggu-tunggu.. hehe..Bila bekerja mengajar ku erti usaha dan jangan mudah berputus asa.. Selain itu, kita akan lebih menghargai bagaimana ibu bapa kita mencari nafkah..Allah Akhbar..

Bermula semula dari 0 setelah hampir 2 tahun tahun 2006 pembukaan BP Mall kadang-kadang banyak mengajar aku erti kesabaran yang tinggi.. Segala sindirin dan herdikan ku tolak tepi. Aku kuatkan semangat kerana aku datang hanya kerana sebuah pengalaman..(??) Apapun, sabar je la.. aku dan kawanku, Dilla tekad untuk datang semula bagi mengisi cuti kami sebulan lebih..hmm, Alhamdullilah kami diterima..

Kali ini aku ingin mencoretkan pengalaman 2 hari sempena Members’ Days pada 29-30/12/2008 bagi ahli Pacific.. Sebagai staff, kami dikehendaki bekerja bermula jam 9.15 pagi hingga 12.30pagi selama 2 hari dengan rehat hanya setengah jam! Cuba bayangkan bekerja selama itu jika anda ditempatku..Pekerjaan ini mengajar aku bahawa setiap pekerjaan walau sekecil atau sehina mana pun adalah mulia jika berlandaskan Islam.. Cuba bayangkan tanpa pengutip sampah, tentu tempat di sekelililng kita berbau busuk dan kotor! Hargailah mereka..

Tepat pukul 9.30pagi Sabtu, seperti biasa kami diberikan tempat bertugas masing2..hmm, bekerja sebagai cashier ni kena banyak sabar..biasalah, pelanggan hypermarket biasanya terdiri daripada pelanggan Cina yg berduit.. so, pandai2 la berdikari.. lagi2 bila ‘deal’ dengan barang2 yg mahal dan duit yg banyak lagi2 masa Member Days..huhu..mahu nangis.. Hari Sabtu aku dikehendaki jaga kaunter promosi aiskrim dan pakaian di pintu entrance.. mahu tak nangis.. berdiri jer sepanjang masa.. actually, tu lagi okay dari dapat kaunter hyper.. kesian kat kawan2 aku, kena deal dgn segala jenis makanan..huhu.. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat pada hari sibuk bangat nie..apapun, itulah segala kenangan pahit manis yg berjaya ku kutip semenjak aku bekerja di sini..

Pagi Ahad seperti semalam, kami diberikan kaunter.. alhamdullilah, siapa yang ‘bekerja keras’ semalam direhatkan.Syukur yg amat sangat, aku diberikan tugas di kaunter Gents promotion.. Walaupun pelanggan taklah seramai di bahagian Hyper, tapi alhamdullilah, tuhan masih memberikan rezeki kepada ku.. walaupun sedikit bosan, tapi ‘thanks’ to partner cashierku, Amin.. KAdang2 kalau tak berborak dgn Amin, aku berborak dgn abg2 promoter kt situ.. Waktu solat jugak lebih panjang.. Aku sampai di rumah kira-kira jam 1pagi dengan keletihan yg teramat..The end of day..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin