Klik sini..

Friday, January 2, 2009

Hari yg bosan

Askum w.b.

Hmm, hari Jumaat yang membosankan.. Mungkin akan berlarutan selama 2 hari lagi..Pagi ni hanya satu kelas saja iaitu kelas MGT 543 kat kelas Z 142.. aku dan kawan2 ku yg lain mengambil keputusan utk lepak di library KBM aras 12 sebelum kelas start.. Hanya menghabiskan masa melayari internet.. sambil mencari past year exams bg sem ni.. byk tak terkira seh..aduyai, ('_') sob..sob..

Anyway, semua roomate ku pulang bermalam ke rumah masing2 selepas kelas tadi. Nampaknya ramai yg balik ke rumah. Aku dan Fara terkecuali.. Malas sebenarnya; membazir masa, dwet & tenaga..huahuahua.. Alhamdulilah, aku sempat meminjam 2 buah buku daripada library level 1 iaitu;

Novel Sejarah Islam - "Khalid Memburu Syahid" karya Abdul Latip Talib
Buku Motivasi - "Kemahiran Belajar" nukilan Osman Affan


Semoga aku dapat menghabiskan buku2 ini dalam masa terdekat ni. InsyaAllah.. Sungguhpun kuliah belum pun bermula, lebih baik aku menggunakan hujung minggu ini dgn aktiviti yg bermanfaat.. Hmm, dah lama tak melakukan hobiku yg satu ini.. Lagipun, bak kata orang "Membaca itu Jambatan Ilmu"

Wassalam..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin