Klik sini..

Thursday, January 1, 2009

Ikhlas berdoa..

Umum mengetahui doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa adalah perkara paling mudah untuk dilaksanakan tetapi bukan mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa lebih kurang 5-10 minit, namun, perbuatan berdoa diabaikan oleh sesetengah pihak. Sesungguhnya doa tersirat banyak kelebihan.

Antaranya, berdoa memberikan kita sumber kekuatan dan ketenangan kerana kita mengetahui Allah akan berada di samping orang2 yg memohon pertolongan daripadaNya. Jika kita malas berdoa, sesungguhnya Allah membenci kita kerana dianggap ‘sombong’ daripada meminta pertolongan dan merintih padaNya. Malahan, Allah suka kepada hamba-hambanya yg sentiasa mengadu dengan rintihan dan memohon pertolongan kepadaNya. Ini menunjukkan Allah adalah sebagai tempat bergantung dan mempunyai kekuasaan yg terbilang. Subhana Allah..

Berdoalah...

''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " ..


Di sini saya menyelitkan adab2 berdoa sekadar yang diketahui. Maaf ada yang terkurang atau tersilap. Antaranya :

1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang Halal

2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ni maksudnya, buat apa yang
Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.

3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.

4. Digalakkan solat sunnat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.

5. Mengadap kiblat semasa berdoa.

6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.

7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.

8. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika
berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum
menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari
segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.

9. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
dalam jiwa kita yang halus.

10. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.

11. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ibaca berulang-ulang
hinga dua tiga kali.

12. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.dan berselawat ke atas Nabi

13. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh
kepada Allah.

Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid
(puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."


Sumber pelbagai antaranya, http://www.syukur.com/arkib/amalharian/adab/adab06.htm, dan www.iluvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin