Klik sini..

Tuesday, January 6, 2009

Virus siber & Hari Asyura


Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulilah, berlalu sudah hari ini setelah siang melabuhkan tirai.. Baru sahaja aku berhajat nak berehat sebentar, aku dikejutkan dgn satu berita yg amat memeritkan malah memburukkan nama baik ku..huhu.. Sesungguhnya ini adalah satu dugaan yg sgt membimbangkan aku..

Roomate dan member aku yang len memberitahu mereka menerima satu komen Friendster drpd aku.. Masalahnya, komen tersebut bukan berbentuk ilmiah atau sekadar bertanya khabar tetapi @*c*h..huhu.. Dek virus siber yg melanda Friendster wat masa skrg, tak sangka aku juga terkena tempias yg sama.. Buat sesiapa yg menerima komen yg sama drpd aku atau org len, sememangnya aku TIDAK pernah menghantar komen friendster berbentuk sedemikian.. Jadi, segeralah DELETE komen tersebut yek..

Hanya Allah saja yg tahu berapa ramai yg menerima komen tersebut dgn menggunakan ID aku.. Terpaksalah tukar password dan setting blk friendster aku lepas ni.. Sorry kengkawan.. Benci tul.. Ini diluar kawalan aku.. Sape lah yg sebarkan virus ni..HuHu = (

Bercakap tentang hari esok pula, iaitu 10 Muharam.. Semestinya Hari Asyura..Jadi, kepada kengkawan, jom kita berpuasa sunat esok.. Mudah-mudahan, Allah memberkati dan merahmati amalan kalian.. InsyaAllah..

Berkenaan puasa sunat Muharam..

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharam hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharam sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (Muslim)


SELAMAT BERAMAL !

P/s: Teringat pulak kt kawan aku, ex-roomate kt Samura dulu - Asura Rahim yg sedang mengikuti pengajian di Uitm Shah Alam..Hmm, dah lost contact lak skrg..Satu ag, bile Hari Asyura jek dpt mkn free bubur lambuk..Sedapnyer!

2 comments:

trulyme said...

thanks 4 d info. esk kene pose la yek....ingat lg ko kat asura ek. nk cite sket ni, dlu mase kat pasum, mase hari asura ade pertandingan masak bubur asura, tp x masuk pon. aq makn jekkk..hehe sume jenis bubur asura ade, ape lg kitorang pon rase la sume jenis. tp yg paling sodap skali of course versi johor nye....hhaahah negri2 lain sume kureng, ade yg letk pisang lahhh, pelik2 ahh.

pudding pie said...

Salam,

ur welcome..

ye kew? cmne la bubur asyura der pisang nie? negeri mne lak nie?bestnyer ko melantak bubur asyura ky sne yek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin