Klik sini..

Saturday, February 7, 2009

Bangunan berwarna oren itu


Syukur Alhamdulilah..Kemenangan berpihak pada Islam.. Setelah sekian lama taman perumahan di mana kolej kediaman ku terletak, akhirnya terbina Surau Taman Bertam.. yeay... Walaupun kecik, lebih baik ader daripada tiada..btul tak?

Memandangkan masjid yang sedia ada terlalu jauh, penduduk Taman Bertam sepakat menubuhkan sebuah surau tak jauh dari kolej ku.. Nampaknya, azan akan kedengaran lebih dekat daripada sebelumnya..

Sebelum ni, kesukaran mendengar laungan azan amat menyukarkan kami untuk menunaikan solat dan berbuka puasa..Hanya berpandukan azan yg sayup2 kedengaran dari masjid berhampiran..Huhu Tuzki Bunny Emoticon



Ketika masih dlm pembinaan

Siap dibina



Aku diberitahu bahawa surau tersebut dibina bagi memudahkan para ibubapa pelajar Uitm dan Politeknik yang datang melawat agar senang bersembahyang di surau tersebut. Selain itu, mudah bagi penduduk berhampiran menunaikan solat berjemaah. Alhamdulilah, syukur yg teramat sangat..Ada yg prihatin tentang masalah ini.. Tahniah aku ucapkan kepada pihak yang terlibat..MySpace


Setelah dibuka, nampaknya surau tersebut penuh dikunjungi oleh penduduk terdekat. GEMBIRANYA!! Moga surau tersebut sentiasa dipenuhi dlm setiap solat fardhu. InsyaAllah Kalau bukan kita, siapa lagi. Bagi sesiapa yg ada kemudahan masjid berhampiran, rajin2 la mengimarahkan masjid kita, kengkawan..

Bukankah rugi jika kita tidak mengambil peluang yg ada utk menambahkan amalan selagi kita masih diberikan kesempatan. Tidak rugi kita bersolat jemaah di rumah Allah. Dengan bersolat berjemaah, maka rumah Allah ini menjadi lebih makmur, ukhuwah imaniyah terbina, kepemimpinan umat bertambah jelas, dan syi’ar Islam menjadi nyata dalam kehidupan seharian.

“ Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran


Ibnu Umar r.a. berkata: “Bersabdalah Rasulullah s.a.w. : “Pahala solat jemaah melebihi pahala solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. (HR: Bukhari dan Muslim)”


Teringat pula time solat terawih bersama dak poli last sem di bwh khemah yg disediakan pengurusan Politeknik dek kerana tiada masjid yg lbh besar dan dekat.. Nikmatnya sbb “open air” hehehe..Terasa nyaman jek..SubhanAllah MySpace

Wallahua’lam..





p/s: Solat itu Tiang Agama..



3 comments:

'AQILAH said...

:)
kuning

pudding pie said...

oren la..

aq dah tgk btul2 nie..
tue gambo dr hpon 1.3pix..
mne same..hpon cikai jer..

'AQILAH said...

kuning ler..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin