Klik sini..

Thursday, November 19, 2009

Serupa tapi tak sama ~ Muka saya bukan milik org lain okay!


W: "Ea, muka awak mcm kenal la?"
Aku: "Huh?? Kita kenal ker?"
W: Awak tak kenal saya ker?
Aku: "Mana ada. Siyes tak kenal."(ni dtg nak ngurat ke nak wat lawak?)
W: "Owh. Muka awak ni mcm saya kenal la."


Haa, aku mahu tanya. Pernah korang alami benda yg sama ni kat korang tak? Mula-mula korang ingat korang femes ke takpun ada org nak ngurat korang ke..Ahakkkks. Perasan diri sendiri pulak dah. Takde la. I tell you. Bosan gak bila dah berlaku zillion times kat aku setiap kali aku keluar or pergi ke mana-mana tempat

Muak tau tak?? Aishh, tak boleh nak kata apa dah. Iyakan je la. So, kalau diorg kata aku ni macam akak ke kawan or sepupu diorang (jangan kata aku ni bekas ex diorg or mak cik diorang sudah la!) Aku just akan kata, "Oh ya? Sorry la. Bukan saya tu. Maybe kembar saya kot" Hmmm. kadang-kadang kalau dah malas sangat, aku get along je la. Mulut ni rasa berat sangat nak betah.

Tapi kalau orag tu beria-ia kata aku ni orang yang diorang kenal sampai boleh buat aku giler menyampah nak tgk muka dia tu dan dia pula terjerit-jerit kata "Awak dah lupakan saya ker? Sampai hati awak!" OMiGad, hello tak paham bahasa la tu. Off limit nampaknya. Cepat-cepat aku lari dulu. Larikan diri kalau nak selamat. kahkahkah

Teringat pulak baru-baru ni before aku cuti sem. Satu pagi, waktu ni aku pergi library KBM untuk pinjam kunci loker nak simpan beg dan buku2 kuliah as usual. Then, seperti biasa aku pergi receptionist, jumpe akak Librarian dgn muka toya pepagi buta, senyum dan serahkan kad matrik. Tetiba,

Akak Lib: "Hi, Juriah. Bila habis paper?"
Aku: Aku buat dono je. Sambil pandang kiri dan kanan aku. Sambil terpikir, akak ni tanya sapa? Aku ke? Takde siapa-siapa pun.
"Akak tanya saya ke?" Aku tanya balik.
Akak Lib: "Haah la. Ea, awak bukan Juriah ke?" Lepas tu baru dia check nama aku kat komputer.
Aku: "Huh? Sapa Juriah? Bukan, saya Norizan la kak. Silap orang ni."
Akak Lib: "La, bukan ke. Muka awak sebijik la dgn sorang budak ni"
Aku: Aku tersengih jek. kawan aku, Qila dah perli je kat sebelah.

Kelakar jugak bila diorang salah orang nie. Tapi malangnya, sampai sekarang aku tak jumpa lagi pun muka yg seiras dgn wajah aku. Orang kata, kalau kita jumpa cukup 7 orang muka yg seiras dgn kita, maknanya ajal kita dah nak tiba. Betul ke? tak tau la. Takotnyer. Tetiba jek rasa nak lupakan niat tu.hehehee

So, muka aku adalah aku jek. Aku peduli apa kalau orang nak kata apa. =)


p/s: Good luck utk adik aku dan sesapa calon SPM.


5 comments:

laily said...

aku pown..aku pnh dgr gak kalo jmpe ckup 7 org..ajal dah nak dkt
kwn kpd kwn qila..huhuhu
takot seh

'AQILAH said...

kes kene ngorat ker????? hehhee

AzuanBudakPandai said...

tak pernah pun ak rase camtu.. nak ngorat tu agaknya huhu

pudding pie said...

to laily,
mmg takut. tapi kalau dah ajal, nak wat camne

to Aqilah,
hahhaha, tak taw la.
tp kalo org tu ngade2 rase nak sepak2 je muka die

pudding pie said...

tak pernah??
ish, takkan nak ngorat laki plak
cam pelik jak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin