Klik sini..

Sunday, March 7, 2010

Ku Suka Makan KFC tapi Bukan MFC tu!



Seminar

Sabtu lepas, 6 March 2010 student kelas Marketing Communication (aku le tu!) dengan Puan Zaliha dijemput oleh beliau untuk menghadiri Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010 bertempat di Uitm Melaka kampus Lendu, Alor Gajah.. Tetamu kehormat seminar ni adalah Kolonel Sanders versi Malaysia (muahahaha, siyes betol! Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.. Dah..dah gi Google sekarang..KAH KAH KAH


Catur Bistari

As usual, dirasmikan oleh Pengarah kampus kami yang comel, Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj. Hitam. Selepas tu barulah sesi bersama 2 penceramah bermula.Seminar ni dianjurkan olej pihak Johor. Corporation sebab senior kitorang menang tempat kedua dalam Catur Bistari peringkat kebangsaan awal tahun ni. (pernah dgr Catur Bistari?) Menang RM30,000 lagi.. Jeles!


KFC

Memang best bila dengar apa yang cuba disampaikan Tan Sri Muhammad yg jugak orang kuat Johor Corporation iaitu tentang "Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah" Tak mengantuk. Semua org buat muka fokus..hahahaha. Dalam lawak ada serius. Baru aku tau (sori kalau tersilap info);


1. KFC dibawah Syarikat QSR, adalah dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputera sebanyak 51%, 24% dimiliki oleh Tabung Haji, 5% dimiliki Amanah Saham Malaysia dan selebihnya 6% dimiliki oleh pihak KFC Amerika.(So, apelagi sokong KFC Malaysia!) hahaha
2. KFC bukan francais, so memang operasinya dimiliki 100% oleh QSR sendiri termasuklah penyediaan makanan ayam, pengiktirafan Halal sendiri selain Jakim, penyembelihan dan sebagainya..
3. Cawangan KFC di Malaysia, Brunei, Singapura, Cambodia dan India semuanya halal dan dimiliki oleh QSR dibawah Johor corporation (so bleh makan tanpa was-was..teeheehee =)
4. Selain KFC, mereka uruskan Pizza Hut, LIFE, Rasamas, Zippie dan produk SME.. Cayalah!
5. Ada peluang bisnes dengan KFCH. terutamanya utk graduan dan ibu-ibu tunggal.


Usahawan Melayu

Slot kedua lepas Zuhur, ada 3 lagi penceramah. semuanya usahawan Melayu yang telah berjaya dalam bidang Insurans (Takaful Ikhlas), pelancongan dan biotek (pembinaan tulang sintetik)..  Memang terasa letih campur biol sebab takde break antara slot penceramah. Demm.. Khusyuk kami mendengar Dengar dalam paksa! Mengantuk jangan cakap tapi bertahan la sebab peluang ni bukan selalu beb.. huhuhu



O
Orang kuat KFC dan Johor Corporation



Bersama rakan sekelas



dan lagi ...


ok, dah muak tgk muka kami..hahaha



Apa yang best, dapat makan free daripada Rasamas..Itu yang best! Lalalala..Overall, memang tak rugi datang. Sebab ilmu dalam bidang bisnes ni meluas, cuma kita nak atau tak nak je terima.


p/s: Nak tunaikan voucher dari Ayamas..nyum2

5 comments:

Aina Rieqa said...

erm..
ade talent tok jd businesswmn..
rajin nk dgr org berucap..
klu sy dh tido..
siap bnyi kapal terbang mendarat lagi...
bgus la...
ade hrpn tok jd org yg berjaya..

ShaFril said...

MFC tu apa plak?hehe

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

salam..sorry mencelah erk..

mmg 90% lebih saham dimiliki malaysia. tp sebanyak 6% itu?? bagaimana??

Amerika dpt 6%, berapa nilai 6% kalau ditukar kepada RM atau USD?

Nah, nampakkan, KFC masih lg dibawah amerika..

Sorry la mcm memandai2..

dalam Islam, suatu yg HALAL bila bercampur yg HARAM, lebih kepd HARAM..

cthnya, Daging yg dimasak 1 periuk besar, dicampak seketul daging BABI berukuran 1cm darab 1cm..

mcm mana hasilnya, tp jangan lupa, ada jgk perkara yg rosak tu, jangan dibuang semua, mcm buah mangga, rosak sedikit, takkan kita buang semua kan??

jadi, kita sama2 la fikir, 6% itu kepada manakah arah tujunya?

apakah amerika lakukan pd masa kini??

Usaha untuk membeli keseluruhan saham amerika itu bagaimana??atau biarkan amerika makan 6% sampai bila2??

Kalau dah semua urusan dan proses dilakukan oleh Malaysia, apa salahnya ditukar KFC tu kpd jenama lain yg dimiliki 100% sahamnya oleh Org Islam??

Knp masih berterusan bersekongkol dgn Amerika tu?

Sy sekadar beri pandangan, kalau salah maaf..

wassalam

zella y said...

owh...kfc tu mmg m'sia punya lah ye...leh la mkn kfc selalu sbb igtkan israel punyer mcm mc.d gak kui3...

laily said...

nice pics..mcm knl jekpics tue..heheheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin