Klik sini..

Wednesday, May 5, 2010

Orang lain Sibuk Tido, Kau Pulak Berjaga ye!



Entry kali ni sebagai nak cover balik sebulan tak berblogging. Hahahaha (takut ada orang tu nak buang link blog kalau lama sangat tak update, ceh!). Actually, dah lama pun berlaku, last week time ku sedang busy menjalani peperiksaan final sem. Kiranya masih baru lagi la. 


Alkisahnya, 

Jam baru jek menunjukkan pukul 3.50am. Dengan mamainya masuk tido meninggalkan akak-akak housemate yang masih berjaga. Ku baru jek 5 minit pejamkan mata selepas study untuk paper ECO556, tetiba jek dengar pintu kena ketuk bertalu-talu.


"Sape la kacau orang nga bermimpi ni?"

La. kakak-kakak housemate rupenya. Diorang kejutkan aku dan 'Aqilah pagi tuh. Dengan  mamainya, kitorang pun bangun jugaklah.Nasib baik baru jek tido. Aku dah la jenis tido mati. Rumah terbakar agaknya macam mana la.ISK ISK ISK.. hahahhaa



"Kenapa kak. Apsal cemas sangat ni?"



"Rumah kita hampir-hampir nak kena rompak!. Tadi ada 2 orang lelaki pakai helmet macam cuba-cuba nak bukak pintu rumah kita tu. Naseb baik ada selak. Akak tengok kat lubang pintu (Eagle eye ke namanya?) Diorang try nak masuk rumah kita la!" Suara kakak kedengaran menggigil lagi.


"Naseb baik akak tak tido lagi. Diorang perasan ada orang ngendap kat bwah pintu, tros diorang blah. Sedar ada orang tak tido lagi kot..huhuhu"


Musykil. Rumah sewa kami tingkat 4 tau. Sapa la yang sanggup panjat tangga sampai tingkat 4 nie. Ke diorang dah aim awal-awal??  


Malamnya pulak ada dengar bunyi motor pusing-pusing kat kawasan kami. Kitorang pun tak la syak apa-apa. Alhamdulilah, kami selamat. Kalau tak, hampir-hampir je jadik mangsa pecah rumah! Nasib baik kakak 2 org pulak baru jek lepas makan lps stdy kul 4 pg tu sekali dengar dua org lelaki tengah cuba nak masuk rumah kami dgn bawa kunci pendua yg banyak..


Alhamdulilah. Allah masih lagi pelihara keselamatan kami satu rumah. Dahla tinggal 4 orang jek. Lepas ni kena  berhati-hati. Fobia dah. Sebelum tido pastikan semuanya berkunci tak kira lah gril verandah pun.




p/s: nak 'curi' hati bleh..hahaha

5 comments:

'AQILAH said...

ea, perli aku ke ape? hahaha aku terpaksa buat clearance yang ku follow sebb ade tuh dah langsung tak aktif, jadi tak payah la follow kan..ngeee alasan alasan.

yah, kunci pintu, grill semua. seram, harap2 dia tak datang lagi.

zella y said...

dgr je bab2 org pecah masuk umah ni mmg takut sbb dh prnah kena kat umah sewa ni...

skrg setiap pintu ade solex...

azuan said...

pastikan pintu ruimah ditutup sepenuhnya hehehee

Kambenggurun said...

eh? sejak bile ko tuka layout? aritu aku visit tak tuka lagi..haha.

Mr. Asada said...

alhamdulillah selamat..

bahaya gak nih. diorang sampai bawak kunci pendua yang banyak?? bekas pekerja yg buat bangunan tu dlu ke apa??

lebih hati2 lagi la. kena tambah kunci lain gak selain gril ngn kunci pintu. pasang pintu besi ke. hihi..

ayat last tu yg x leh tahan, curi hati boleh ea.. ahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin