Klik sini..

Monday, May 10, 2010

Menghadam Kimchi & Sushi Sampai Muak





Officially aku nak mengumumkan yang aku dah pun merdeka. Alhamdulilah!!! walaupun last paper semalam sangat susah. huhu  Sungguh bersemangat tika di rumah sendiri. Hahahaa.. Rasa macam dah setahun tak balik. Rindu dengan bilik ku. Masa ni lah nak balas dendam, layan movie dan drama, banyak giler aku download time exam week..


 Drama-drama oversea yang dah complete aku download:

1) [K-drama] Slave Hunter / Chuno


from Mr Google

Bagi aku cerita ni serius atkde huhahuha tapi nampak smart bila tengok aksi pertarungan. Teros jadi excited! Cerita versi sejarah tapi dengan gaya moden dan shot yang cantik. Pelakon-pelakon terkenal yang aku suka dengan OST yang sedap. Sesuai untuk yang mencari kelainan.

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


2) [K-Drama]  Invicible Lee Pyung Kang


from Mr. Google

Lagi drama korea. First impression aku bila tengok cerita ni adalah macam sama dengan versi Delightful Girl Choon Yang pulak sebab campur versi zaman kuno dengan zaman moden. Cerita ni adalah adaptasi daripada sejarah jugak. Best cerita ni sebab aku suka heroin die, cute giler! hahaha. Dari cerita ni jugak aku baru tau main golf bukan sekadar main gitu-gitu jek. Buat aku tertarik nak tengok sampai habis!

Donlod Sini
Credit to YellowCinema.Com


3) [J-Drama] Galileo

from Mr. Google


Sangat suka cerita ni selepas Bloody Monday 1. Tentang seorang pensyarah fizik yang genius, tapi mempunyai perangai pelik. Cara dia selesaikan kes-kes polis sangat best. Buat aku kagum dengan penulis cerita ni. Oh ya, pelakon die, Masaharu Fukuyama still maintain dan jugak an outstanding actor kat Jepun. Aku rekemen cerita ni. 5 bintang kot kalau nak bagi rating,hahaha

Donlod Sini
Credit to HeavenofDesires


4) [J-Drama] Kami No Shizuku


from Mr Google

Mungkin korang akan kata aku ni sewel ke tengok cerita ni. Well, bagi aku walaupun cerita mostly 100% tentang wine (haram ek, so buang niat nak teguk mende alah ni awal-awal!!!) tapi boleh tambah infomasi gak la bagi aku. Terjawab segala persoalan tentang wine. Overall, cerita ni memang memenuhi persepsi aku. Best lagi-lagi pelakon die, I likeeeee!!!  Kawaii Nampak matang pulak, lain daripada watak kat Gokusen 2 dulu. hahaha

Donlod Sini
Credit to SilentRegret

***
***

Rasanya cukup la empat jek review aku. Hehehe,  a big thanks pada YelloCinema.Com, HeavenofDesires dan SilentRegret yang sedia bagi link. Overall, aku sangat puas hati tengok cerita-cerita ni walaupun ada yang endingnya sangat tak menepati kehendak aku, tergantung atau lain dari expectation aku. [Demand giler aku ni!] Kah kah kah. Dua-dua aku suka, korean dan japanese drama tapi japanese drama lebih pendek dan mempunyai mesej tersendiri. Bagus untuk motivasi diri.


Rasa nak tengok anime Jepun Studio Ghibli la, ada sesape tau kat ne nak cari???



p/s: layan citer sampai muntah


3 comments:

Kambenggurun said...

adeh. aku respek gile kat korg yg leh layan cite korea/jepun/cina byk2 ni. haha..

Sufy said...

sy peminat setia citer korea..heee

ghostER said...

wah..nk pinjam le x??

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin