Klik sini..

Sunday, July 18, 2010

Ahlan Wa Sahlan!!

Menjalani hari-hari biasa sebagai student terasa sperti robot, bangun pagi, gi wat breakfast pastu siap-siap gi kelas. Bosan. Bila dah busy sepanjang hari sampai tak terasa yang aku sentiasa di luar rumah kebelakangan ni.. Balik rumah hanya untuk makan, solat dan berehat dan ape lagi tido. Tup-tup, dah nak akhir bulan Julai. Cepatnya!


Rabu lepas, course aku, MASA buat perjumpaan antara buadak-budak Marketing. Memandangkan kitorang dah jadi senior, so member-member aku yang jadi Majlis Tertinggi MASA sibuk uruskan majlis walhal aku macam biasa hanya jadi pengunjung setia audiotorium KBM sambil memenuhi dewan time meeting. Aku tengok tak ramai sangat junior-junior kali ni. Maybe pengambilan batch kali ni agak kurang berbanding sem lepas. Kami kalah lagi lagi jikalau nak dibandingkan dengan bilangan budak Finance yang melampau sangat bilangannya. Nasib badan.


Di akhir meeting, pengenalan junior-junior MASA berlangsung. Kebanyakannya orang Johor kali ni. *bangga sekejap disitu* hahahhaa =) Kami yang jadi senior-senior ni jek la yang dok sibuk-sibuk mengusha si junior. Sayang, ratio lelaki agak berkurang lagi. *mode sedeh* wuwuwuwu  Sah, nak hampir kiamat agaknya.. Usai meeting, straight pulak 2 kelas menanti 4 jam tanpa henti.

Alahai, kelas pack lagi..



"Ben Ten" ~ Orang kuat  MASA


Petang dan terus ke malam,


Aku sorang jek yang stay kat kampus lagi. Menunggu masa untuk perjumpaan kelab Rakan Intelek pulak. Nak balik rumah malas. Setakat jalan kaki. Termanggu-manggu di surau sorang-sorang. huhuhu.. Takpe,  tak lama pun, 2 jam jek. Perjumpaan pertama kali dengan batch baru dan ketua yang baru, Farique nama orangnya. Gembira sekejap. AJK RI apetah lagi, kembang lubang hidung agaknya. Ramai junior-junior memenuhi dewan auditorium kali ni. Meriah!  Selalunya jangan harap nak penuh setiap kali perjumpaan RI. Hehehehe..


Majlis habis kira-kira jam 10.30 malam. Memberku ajak lepak pulak di Restoran El-Izzat (kalau tak silap ejaannya) Belikan nasi utk si housemate. Aha, ada kisah di situ, Next time plak aku sambung...



p/s: mencari-cari masa untuk mengupdate

2 comments:

Syaza Ridzuan said...

bla nk ajar aku wt fb like nih!
hehe..kitelah super junior..ke girls generation?

ghostER said...

wah...ramai erh dtg perjumpaa RI???
xpergi pn...hehhe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin