Klik sini..

Friday, August 13, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulilah..


Ramadhan tiba lagi untuk tahun 2010..


Kali ini dia datang lagi waktu aku masih lagi menjalani kelas di penghujung semester. Ramadhan terakhir bersama teman-teman seperjuangan di UiTM KBM. Uiks macam tak percaya dan juga aku tak tahu lagi sama ada adakah ada lagi Ramadhan pada masa akan datang. huhu


Puasa sebenarnya mudah, semudah makan aiskrim. Alah, setakat menahan lapar dan dahaga. Kacang goreng. Tengok kawan-kawan, orang kat sekeliling, kedai makan tutup pun dah boleh buat puasa jadi lebih mudah cuma yang paling rumitnya nak menahan hawa nafsu, akal dan godaan tu. Hehe.. tu yang payah kan. Betul tak? Well, tepuk dada tanya hati la!


Cuba pergi bazar ramadhan. Tengok orang jual macam-macam makanan dan air, lagi-lagi perut tengah lapar. Perghh,  rasa macam nak borong kat situ gak!  Padahal perut tu kecik jek. Hah, dah satu pembaziran tu. Ingat, menahan nafsu tu dituntut dalam Islam. Besederhana kan lebih syokk.. (Peringatan untuk aku jugak ni!)Hehehe =)


Ramadhan kali ni pun sama gak. Masih di perantauan. KAH KAH KAH. Rindukan masakan emak. Sahur pun gitu-gitu jek  Iya lah, nak balik kampung rumah sendiri emak kejutkan bangun sahur pun tak boleh la, ada kelas ganti pulak untuk raya ni. (Hopefully kelas Sabtu ni cancel! haha) So, bila jek aku dapat balik rumah ni? Huhuhu.. Dugaan tu.


Apapun, Selamat Berpuasa untuk seluruh Muslimin dan muslimat!


 Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka, Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan





p/s: sapa nak bawa aku gi bazar? Nak ikut!!  


1 comment:

Azuan said...

selamat berpuasa jugak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin