Klik sini..

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharam

Assalamualaikum buat pembaca yg dirahmati Allah hendaknya,

Sebagaimana yg kita tau, tahun baru Islam ataupun lebih dikenali sebagai Awal Muharam atau Hijriah bakal menjelma, jatuh pada hari Isnin ini ni, 29hb Disember 2008 yakni 1429H/1430H..Menyusul pula Tahun Baru 2009 mengikut kalender Gregorian.

Mudah-mudahan tahun yg baru ini akan membawa seribu perubahan terhadap diri setiap insan. Aku berdoa agar tahun yang akan mendatang akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. InsyaAllah.. Selain itu, tahun ini diharapkan akan membawa lembaran baru bagi aku terutamanya dlm mengoptimumkan keimanan dan kepercayaan kepada Allah, Islam sebagai tunjang hidup dan ibadat sebagai amalan.

Seperkara lagi, azamku bagi tahun ini adalah untuk ;
1) Menjaga hubungan dengan Allah, Rasullah, Ibu bapa dan manusia
2) Mengubah sikap kepada yg lebih baik
3) Memaksimakan amalan sunat dgn berusaha mencontohi sifat Rasullah
4) Beusaha mendapatkan keputusan cemerlang dlm pelajaran (Anugerah Dekan kalo boleh!)
5) Menjaga solat
6) Mempertingkatkan ilmu pada diri
7) Menjaga perlakuan dan percakapan
8) Sentiasa mengingatkan diri tentang tanggungjawab yg dipikul
9) Menceburi aktiviti2 yg bermanfaat dan meninggalkan aktiviti yg sia2

Semoga Allah mempermudahkan dalam setiap urusan kita asalkan ia berlandaskan syariat kerana Allah. Jika tidak semua, sekurang-kurangnya separuh daripada list ni akan aku cuba penuhi. Sedikit tapi istiqamah. InsyaAllah. Salam Maal Hijrah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin