Klik sini..

Tuesday, March 30, 2010

Terapi Jiwa-Jiwa ~ "Jejak Syurha Anakanda"

Seperti yg dijanjikan, aku cuba untuk mengagahkan diri mengetuk keyboard (kuang-kuang skema nye ayat!) gegeggee.. sebab kini ku bukan penulis blogger tegar.. Okay, moga-moga ku rajen mengupdate blog. yeah!!


Pada 20 mac 2010 lepas, Qila dan aku menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Rakan Intelek KBM iaitu prgram "Jejak Syurga Anakanda". Nama program je gempak. Muahahha Actually, kitorang pergi melawat rumah orang-orang tua kat Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka tapi tak lama la setengah hari jek dari pukul 9 pagi sampaila pukul 3 ptg.


Objektif utama adalah untuk mengingatkan kembali sejauh mana kasih sayang kita terhadap parent kita. Ingat, bukan senang diorang nak jaga kita tapi kita?? Tepuk dada tanya hati tu ha.. Diorang ni terdiri daripada duda, janda,takde tempat tinggal, tak dituntut oleh keluarga (astaga!) malah anak-anak yang dah bekerja pun hantar diorang kat sini. Walaupun diorang nampak gembira kitorang datang, tapi diorang tentu lagi suka kalau anak-anak diorang sendiri yang datang.. *sob* *sob*


Simple jek aktiviti kitorang tapi bermakna. Sambil main sukaneka ala-ala kanak-kanak ribena, kitorang juga melawat hostel tempat diorang tinggal..


Sedih..MySpace


Paling tak bleh lupa, ada satu nenek tu siap menari ala dondang sayang pulak bila kitorang datang. Comel.MySpace Mulut die becok tak henti-henti siap kitorang request lagu lagi. ahahaha Nyanyuk tak bleh kata apa dah. Ada pulak nenek yang baru 3 bulan jek tinggal kat situ. Dia citer kat kitorang nak balik Bangkok sebab kat situ takde kawan katanya. Kitorang layankan je la.huhuhu


"sayangi ibu bapa jika masih ada"




Group Pertama


Kelab Rakan Intelek


ea, tak nampak pulak muka pakcik group kitorang


Bersama ketua projek Mohd Saiful



p/s: nak join program komuniti lagi. syok!

Friday, March 26, 2010

J.A.K.U.N.

Entry lapuk..

"Ko dah tengok Berita Harian hari ni?

"Belum, awatnyer? Ada berita tergempar ke?"





Ku masuk paper!!! hahahaha


Ingat tak ENTRY lepas, ku dan kengkawan melawat NSTP untuk subjek Marketing Communication. So, inilah hasilnya! Kalau budak kelas BBAM 4B diinterview tv3 dan masuk slot WHI, kami masuk paper la.. Nampak muka pun jadi la. Sebab ku bukan artis mahupun tokoh terkenal nak masuk paper hari-hari  *riak..riak*


Jakun sekejap.. Okay ejan  STOP!!  Tak baik..Sekian entry hari ini..



*** actually kuar dalam paper Rabu lepas..hehe
*** patutnye UiTM Kampus Bandar Melaka (KBM)

Thursday, March 25, 2010

Nyanyian Si Dia Buat Ku jadi Cair...

Wah, pejam celik pejam celik dah lama tak update blog.. Ku memang sangat busy sepanjang 2 minggu ni sampai mood nak mengetuk keyboard pun menjadi sangat berat.. KAH KAH KAH.. Macam orang lain tak sibuk tapi still mengupdate blog dengan gigihnya kan..kan.. GEDIK aku ni!


Anyway, sekarang ni masih lagi busy dengan shooting untuk projek iklan MARCOM dan majlis penutup UITM kampus bandar Melaka aku tu Sabtu ni pulak.. Adoyai, banyaknyer nak settle before minggu exam sem ni lagi 3 minggu..HUAAAAAA


"Moga Allah memberikan ku kekuatan dan kesabaran"


Memandangkan ku "SANGAT RAJIN" untuk mengetuk keyboard, so inilah update terbaru yang ringkas jek dari aku. Kali ni aku tunjukkan pulak satu video dari budak Singapore pulak, Thaqif nama diberi. Peh, sedap jugak suara die. Lemak berkrim. Kalau rajen gi cari kat Youtube sana. Melambak video die upload kat Youtube..hehehehhe


Enjoy!!!






p/s: insyaAllah, update akan berjalan seperti biasa mulai minggu depan (kalau la ea)

Saturday, March 20, 2010

Suara Lemak Merdu Disukai Ramai

Kawan ku jumpa muzik video yang masyuk!!
Audrey ft. Gamaliel dari Indonesia
So, kat sini aku nak share dengan korang la
Sedap giler suara diorang!!
Memang berbakat..
Ku jatuh cinta sama diorang.. hahaha


Jeles..
Lagi-lagi diorang pandai main alat muzik.. OHMIGOD!!!
Tengok jangan tak tengok
Berbaloi-baloi!!!




p/s: Next entry, sorang lagi yg very talented..









version ~ acapella


source : Youtube

Lawatan Separuh Hari



Satu-satunya trip yang bawa kami keluar kampus untuk sem ni
Adalah pada hari Khamis (18 Mac 2010)  lepas..
Ahahahha, terasa jakun!!
Inipun sebab under subjek Marketing Communication
ada part advertisement (berangan jadi budak Mass Commm sekejap!)


Guard: "Kamu semua ni budak Mass Comm ke?"
Kami :  "Tak lah, kami budak MarCom! hahaha" 


Bukan senang tu nak organize trip kali ni..
Bincang punye bincang dgn Astro, Media Prima, Leo Burnett dan NagaDBB
Semuanya direject sebab kitorang group yg sangat ramai!! TSK TSK TSK
Sudah la kau. Takde rezeki nak ke sana lagi la tu..


Sebelum kami, budak kelas BBAM 4B dapat gi Hot.fm
Dan kami pulak ke bangunan NSTP
Ahahaha, ku ingat ape kes gi sana?? Cam bosan jek
Sekali pergi, teros terngaga jugaklah mulut kitorang!!
Gegegegge.. gamble jek diorang kat sana..
Dateline dekat pun still rilek je ku tengok!
Dan sesiapa yang nak practical kat sana pun boleh (bidang berkaitan saje yek!)
Dialu-alukan bagi sape yang berminat..


Actually trip kali ni tak bape nak syok kalau nak kata
Sebelum-sebelum ni.. (Ribuan ampun kemudian yek..)
Walaupun SI DIA seolah-olah mengabaikan kami (tak sihat kot!),
tapi kami tak kisah


Kami sedaya-upaya mengambil hati beliau.. Kami layan macam family lagi
Ahahaha, kalau la nak bandingkan layanan daripada kelas lain beliau kata baik,
layanan kami lebih berganda-ganda lebih hebat.. Semata-mata kerana beliau pemberi markah
Harapnya beliau tidak lagi membeza-bezakan kami.. huhuhuhu
Kami udah penat..


Akhir kata, ape lah trip kalau tidak menembak gambar..



















p/s: NSTP nak merge dgn Media Prima katanya.. egeggege rahsia taw ni!



Friday, March 19, 2010

Gatal Terlampau!!!



Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej.. 

Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan 
kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Sehinggalah sampai pada peraturan tentang asrama.  Asrama Putri adalah kawasan 
larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi.

"Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan  dikenakan denda RM.50.00"

"Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00"

"Kalau kali yang tiga, didenda RM180.00.. Faham!
Ada apa-apa pertanyaan?" tegasnya.

"Ada Tuan!" salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkat tangan kidalnya, 

"Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?"

%$#&*!@!!



*dicilok dari email fb..

p/s: budak-budak zaman skrg..

Tuesday, March 16, 2010

Diam Bukan Sekadar Elakkan Kontroversi Panas





Hari ni, aku belajar tentang Customer Complaint Behaviour dalam subjek Services Marketing. Macam-macam kami belajar hari ni lagi-lagi dalam menilai komplen daripada pelanggan. Bila cakap tentang komplenn, aku pun rasa nak mencarut komplain jugak la..hahaha..(Ada-ada aje aku ni!)


Semua orang nak komplen. Komplen pasal makanan, servis, cuaca dan macam-macam la.Perkara biasa tu.


Tapi, kali ni aku nak komplen pasal BISING. Ye, bising la. Apelagi kan takkan pasal Cik Kiah rumah sebelah pulak.  Nonono.. Anyway, aku pergi mana-mana jek semua orang nak buat bising termasuklah AKU jugak..hahaha..Motif? Mulut tak reti nak diam.. Ada jek benda nak cakap..


Semenjak akhir-akhir  ni, aku perhatikan budaya ni dah makin menjadi-jadi pulak kat kelas aku (habis la aku kalau diorang baca tapi ni sebagai peringatan utk aku gak okay!). Kalau nak diikutkan, sape-sape pun buat. Lelaki ke perempuan ke sama jek. Semua balun nak cakap.. Tak kira mana-mana tempat.  dalam kelas, cafe, bus stop, lagi dalam tandas pun nak jugak?!@#??  Adehhh, memang terganggu jugak la!


1) Dalam kelas

Memandangkan lecturerku semuanya baik-baik belaka sem ni, mulalah pelajar-pelajar buat bising lagi-lagi kat seat belakang.Paham dah. Syaitan bersorak kegembiraan tu! huhuhu Kesian jugak aku tengok lecturer  sem kali ni. Rilek jek. Belum lagi waktu presentation, semua pun nak jadi presenter tak rasmi. hahaha.. Sebab? boring dalam kelas. Mulalah nak bergosip itu ini!!


2) Dalam Perpustakaan

Nampak jek papan tanda "Jangan Bising", tapi macam tak wujud. Kalau sekadar berbincang, memang elok sangat la tapi waktu study week, takkan nak cakap kuat-kuat kot. Memang ku geram, rasa nak campak jek muka hardcover kat library kat budak-budak yang buat bising dalam library tu.. huhuhu
Sabar je la. Harap-harap sem ni tak macam sem lepas..


3) Dalam Bus

Selalunya aku akan teros tidur sambil pasang mp3 dalam bus. Lagi-lagi kalau balik waktu malam, ahh memang HEAVEN.. sedap tidur.. Sunyi jek unless bus tu gedik-gedik pasang radio KLASIK.FM.. ah, sudah!! Aku selalu abaikan jek tapi kalau salah seorang penumpang cakap dekat telefon ataupun melalak kuat-kuat sampai satu bus dengar.. Tettttt... Memang tak boleh tahan! TSK..TSK..TSK.. 

Sebagai peringatan uuntuk diri ku ini..

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

*sumber google



p/s: tak sabar nak pi trip Khamis ni..

Sunday, March 14, 2010

bAGAIKAN mATI hIDUP sEMula

Bus adalah pengangkutan ketiga ku selepas kete dan motor. Cuba korang bayangkan, kalau tak de bus, agaknya macam mana nak balik kampung halaman tanpa sebarang pengangkutan awam? Lagi-lagi yang jauh beratus-ratus kilometer..Walaweh, berjanggut agaknya nak sampai rumah..


Tapi, macam mana pulak kalau pengangkutan awam tu sendiri menjadi punca korang takkan balik rumah?? Ishhh, Ya Allah, jauhkanlah ku dari segala bahaya.. Realitinya, kondisi kemalangan kat Malaysia ni bukannya makin lama makin rendah, tapi makin lama makin tinggi lak. Dahtu antaranya bus, pengangkutan ku untuk pulang ke rumah!! ISK. ISK ISK


alala, comelnye bus ni (ihsan Google)


Jumaat lepas, ku terasa seperti mimpi. Seperti biasa, pulang ke Batu Pahat naik bus. Sebelum tu terpaksa menunggu selama 5 jam lebih kat Melaka Sentral semata-mata tiket bus tinggal pukul 7.30pm. WTHeck??!! Penat jek sampai awal-awal semata-mata kena tunggu lebih lama.  Terpaksa menunggu tercongok kat MC sorang-sorang. Bosannya..


Not my day, cuti sekolah dah start!! hahahah  Amik ko, lain kali beli tiket awal!!


Dalam perjalanan pulang, ku tertidur hampir separuh 2 jam perjalanan. Tak pikir pape dah. Penat sangat. Tetibe jek nga syok-syok tido, lepas lalu SMS Muar,  bus aku hampir-hampir nak terlanggar kereta depan yang tetibe jek berhenti sebab nak belok kanan. Ya Allah!!! Terkejut kami.. Aku yang selalu duduk seat depan terus terpikir kalau lah hentaman berlaku, ku yang duduk depan ni la yang paling first akan kena dulu!!


Mujur, bus driver sempat break. Alhamdulilah, ku masih hidup!!!  Kalau tak, keluar la pulak nanti berita kemalangan bus dalam paper. Dah terbayang wajah parentsku. Ku tak nak jadi mangsa kemalangan.. TIDAK SESEKALI!!  Huhuhu..Teros tak berselera nak sambung tido balik lepas tu!!


Berhati-hati ketika di jalan raya..


p/s: tak sabar nak ada kete sendiri..

Friday, March 12, 2010

Baden-baden dan Ronda-ronda Melaka Lagi!!

Semalam, kami bertiga as usual (Aku, Qila dan Tia) merayau-rayau sepanjang hari selepas kelas Service Mktg. Bukan merayau tak tentu arah tu, sambil duduk melepak makan kacang rebus kat tepi bahu jalan tu kay!! Hissshhh.. Dengan penuh TERUJA, kami naik bus ke Melaka Parade (MP) dengan gigihnya.. yeay!!





Agenda utama sebenarnya, Qila dan Tia nak buat handmade bags, wallet and puch bags daripada jeans terpakai.. So, plannya kami akan bergerak ke Dataran Pahlawan untuk mencari kedai bundle a.k.a. BADEN-BADEN.. Hahaha, unik sket nama kedai ni. Sampai jek pukul 3 ptg kami pun sampai. Before nak pergi kedai bundle, Tia ajak gi karaoke pulak!! Argh,,sudah!!!


Melalak

Bukan tak suka karaoke, tapi memang sakit tekak la kalau lepas menyanyi habis-habisan. Habis jugaklah kami melalak dalam 8 lagu gitu.. Penuh PERASAAN Tia menyanyi.. Gila microphone ke hapa Tia?? ahahaha.. Semua jenis lagu kami layan.. Dari Surti Tejo by Jamrud, Beautiful by Christina hinggalah Rindu Bayangan by Jay Jay.. macam-macam ada.. Okay, sampai situ jek bila orang lalu lalang dah mula pandang-pandang jeling-jeling kat kami!! ececeh..


Baden-baden

Then, melantak aiskrim sundae MCD lepas karaoke.. Memang syokkk!! Hehehe Siyes memang SEDAP GILER  aiskrim tu, dahla murah plak tu! Sila beli yek.. Sambung cerita lagi, sampai di Baden-baden.. Qila mencari Jeans yang dia nak untuk bahan menjahit projek beliau, aku dan Tia pulak sibuk mencari baju bundle yang ala-ala vintage gitu!! okay, stop menggedik..


Bundle

Murah tau.. RM5 jek!! Aku pun tak percaya.  Tapi paham-paham jela.. Kalau pandai cari, anda jumpa la baju yang berkenan di hati.. Lama jugak kami mencuba, try and error..hahahah.. Lebih kurang 2 jam kot kami   mencuba segala jenis baju..last-last aku angkut jugak satu baju dress ala-ala nak pergi pantai tu.. HAK HAK HAK.. Qila dan Tia borong jeans terpakai sampai 4 helai..

Otak orang Business!! hehe


Lastly, ronda-ronda Bandar Melaka sampai la rumah sewa.. Fuh, lega.sepanjang hari menapak dari DP ke Jonker Street!! Macam nak patah kaki..



p/s: Menunggu bus selama 5 jam lebih!! BP here I come!

Thursday, March 11, 2010

Main Pusing-pusing Sampai Mata Jadi Juling






Pernah nampak menatang ni??


Ianya bukan alien mahupun makanan. Tipu lah kalau tak tahu kan. Gedik sungguh di situ. Hahahaha. Tanya budak kecik pun mesti boleh jawab semudah macam makan kacang rebus tu. Dan lagi satu, kalau nak cari kat mana-mana senang kot nak dapat. Dari kedai Pak Cik Lim sampailah ke kedai RM2. Mesti ada punya. Okay, sudah boleh angkat bawak balik rumah dan pergi TRY sana! Hahaha


Okaylah, teka-teki over. Namanya Rubik's Cube. *clap* untuk diri sendiri. Hehe. Dulu panggil kotak magik jek almaklumlah budak kecik tak tahu lagi. Permainan ni dah ada sejak aku kecik lagi. Godek-godek dalam Mr. Google, permainan ni dah wujud pada tahun 1979 oleh pak cik Erno Rubik dari Hungary. Kiranya dah antik rupanya cube ini. Hahahaha Bukan kereta saja antik tahu.


Al-kisahnya..


Dalam kelas aku sekarang ni, semua orang tengah sibuk-sibuk menggedik tergila-gilakan menatang ni. Sebabnya classmates aku Syikin terror main menatang ni. Dia belajar dari adik dia time cuti lepas. Laju giler bila tengok die main. Hahahah, ku jugak jadi excited macam kanak-kanak gembira baru lepas dapat PSP *blushing*


Sesapa yang reti main menatang ni, memang cun la! Sebab aku sendiri pun merangkak-rangkak cam siput nak belajar cara nak selesaikan Rubik Cube ni dengan Syikin. So, ku salut habis la sama kamu! Hahahaha..


Actually, menatang ni senang jek. Ececeh. Saja sedapkan hati.  hahaha. Kalau mahu terror, senang jek tipsnya. "Practice makes perfect!"   So, try la sampai dapat yek.


Memandangkan dunia sudah berada di hujung jari, cuba la try godek-godek internet tu. Ku jumpa banyak video kalau nak belajar selesaikan cube ni. Menarik tau!!  Salah satunya video kat bawah ni. Mamat ni selesaikan dalam lebih kurang seminit jek. Sebelah tangan pun boleh. Terror giler kalau nak dibandingkan dengan aku ni ha..

KLIK SINI



So, mahu cuba?? Sila la try sendiri..




p/s: Ku reti main komputer games je.. ahakss!

Sunday, March 7, 2010

Ku Suka Makan KFC tapi Bukan MFC tu!



Seminar

Sabtu lepas, 6 March 2010 student kelas Marketing Communication (aku le tu!) dengan Puan Zaliha dijemput oleh beliau untuk menghadiri Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010 bertempat di Uitm Melaka kampus Lendu, Alor Gajah.. Tetamu kehormat seminar ni adalah Kolonel Sanders versi Malaysia (muahahaha, siyes betol! Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.. Dah..dah gi Google sekarang..KAH KAH KAH


Catur Bistari

As usual, dirasmikan oleh Pengarah kampus kami yang comel, Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj. Hitam. Selepas tu barulah sesi bersama 2 penceramah bermula.Seminar ni dianjurkan olej pihak Johor. Corporation sebab senior kitorang menang tempat kedua dalam Catur Bistari peringkat kebangsaan awal tahun ni. (pernah dgr Catur Bistari?) Menang RM30,000 lagi.. Jeles!


KFC

Memang best bila dengar apa yang cuba disampaikan Tan Sri Muhammad yg jugak orang kuat Johor Corporation iaitu tentang "Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah" Tak mengantuk. Semua org buat muka fokus..hahahaha. Dalam lawak ada serius. Baru aku tau (sori kalau tersilap info);


1. KFC dibawah Syarikat QSR, adalah dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputera sebanyak 51%, 24% dimiliki oleh Tabung Haji, 5% dimiliki Amanah Saham Malaysia dan selebihnya 6% dimiliki oleh pihak KFC Amerika.(So, apelagi sokong KFC Malaysia!) hahaha
2. KFC bukan francais, so memang operasinya dimiliki 100% oleh QSR sendiri termasuklah penyediaan makanan ayam, pengiktirafan Halal sendiri selain Jakim, penyembelihan dan sebagainya..
3. Cawangan KFC di Malaysia, Brunei, Singapura, Cambodia dan India semuanya halal dan dimiliki oleh QSR dibawah Johor corporation (so bleh makan tanpa was-was..teeheehee =)
4. Selain KFC, mereka uruskan Pizza Hut, LIFE, Rasamas, Zippie dan produk SME.. Cayalah!
5. Ada peluang bisnes dengan KFCH. terutamanya utk graduan dan ibu-ibu tunggal.


Usahawan Melayu

Slot kedua lepas Zuhur, ada 3 lagi penceramah. semuanya usahawan Melayu yang telah berjaya dalam bidang Insurans (Takaful Ikhlas), pelancongan dan biotek (pembinaan tulang sintetik)..  Memang terasa letih campur biol sebab takde break antara slot penceramah. Demm.. Khusyuk kami mendengar Dengar dalam paksa! Mengantuk jangan cakap tapi bertahan la sebab peluang ni bukan selalu beb.. huhuhu



O
Orang kuat KFC dan Johor Corporation



Bersama rakan sekelas



dan lagi ...


ok, dah muak tgk muka kami..hahaha



Apa yang best, dapat makan free daripada Rasamas..Itu yang best! Lalalala..Overall, memang tak rugi datang. Sebab ilmu dalam bidang bisnes ni meluas, cuma kita nak atau tak nak je terima.


p/s: Nak tunaikan voucher dari Ayamas..nyum2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin